Thursday, July 28, 2011

Imtiaz@Harry Potter & Transformer

Date: 16/07/2011
Location: The Curve, Damansara
With: G-ha, Jue & Abduh

Sangat adventurous, KTM plak tetiba menghadapi masalah…so, terpaksa naik KTM ke Sg. Buloh dari Bank Negara. Lama plak tu kena tunggu..huhu. Sudahnya, memang lewat la ktorg masuk hall cinema. Harry Potter & Deadly Hallow, Part II dah start dah time ktorg masuk hall tuu…agak tercengang gak lah bila masuk. Dahlah tak leh nak recall yang Part I ari2. sudahnya, men pepaham sendiri jee…Surely, happy ending. Tapi, memang serius best walaupun ala-ala tak berapa nak faham gak lah the whole story. Ni memang nak kena recall volume yang lepas2 ni. Dan, possibility untuk tgk kali kedua tu macam ada, itupun klu ada yang jadi peneman…hehe..oh, I xnak lah jadi spoiler..kira, klu korang nak tau jalan ceritanya, silalah tgk sendiri yeee…. Waa..Albus Severus sangat comeiii…

Ok, habis 1st movie, kami kelaparan. Berpusing2 cari tpt makan & as usual, minor arguing. At the end, A&W kami terjah.

Sesi kedua, Transformer 3; Dark of the moon…fuhh, dahlah dapat seat depan sekali. Nasib baik gaklah screen dia xbesar sangat. Tapi, agak mencabar kepala otak jugaklah. Pening weeiii…tapi sebab nak tgk sangat, belasah je lah. Transformer as usual…within our expectation. Tetap best. Part yg aku suka, waktu Sam argue with the guard, and he call ‘Bee’. Suddenly, ‘Bee’ come out to help him. ‘Now, this is my car’. Then, Sam confront with ‘Bee’. Cute argument, I think.

Then, we going lepak2 at uptown with Ude. Waa..sempat Ude belanja kami makan + sepinggan kerang bakar. Really thanks Ude…lepas lepak2, borak2, makan2 & pusing-pusing…kami pun pulang dengan dihantar oleh Mr Abduh. Atas nasibat ‘berguna’ dr Mr GPS, kami selamat sampai di rumah.

**My lappy come back already, so, I can marathon all the Harry Potter movie,…oh xlupa, Woojung ep 15 & 16 keluar sudah…yippiee….Malaysia honeymoon..*peace*

Tuesday, July 05, 2011

My Historical story ~ Book Fair'11

Book fair….my compulsary event every year. Just to buy JS book surely..

Destinasi pertama, of course Dewan Tun Hussein Onn, A08…huh, melilau cari dewan ni, sempat di sapa oleh sebilangan promoter yang sibuk duk promote product diorang. Cam kesian gak kat diorang ni sebab aku just bagi signage tangan, tunduk sikit & blah dengan cepatnya…huhu..selamatlah yea, sebab aku bukan orang yang jenis teruja dengan promotion segala bagai ni, klu aku nak, aku pandai cari sendiri..

Ok, selepas melilau aku cari JS, finally jupe juga…giler ramai org dalam dewan ni. Dan masa ni, aku amatlah tidak berpuas hati, kenapalah dia letak JS satu dewan dgn PTS & ana muslim….dahlah publisher dua2 ni rmai follower gak..mmg traffic jam giler2 punye. Dah sampai, terus aku grab ‘Baju Melayu Hijau Serindit’ & ‘Contengan Jalanan’..oleh sebab konon2 nak dapat paper bag free..aku grab satu lagi buku. Mengikut housemate sekepala ngan aku, Ishah, ‘3 Jantung Hati’ cam best..so, tanpa fikir panjang, terus aku grab. Bila nak bayar,…huhu…oleh kerana ‘3 Jantung Hati’ last year punya buku, boleh plak cashier JS bg aku beg plastic je..haiya, & aku pula siyes lupa T&C utk dptkan paper bag yg comei tu..hati ala aci tak puas hati…dan aku ala2 jealous tgk org bawa beg tu ke hulu ke hilir…tapi cam tak leh nak rewind daa…

Tapi, oleh sebab ramai sgt kat kaunter tu, aku cepat2 blah utk mencari cik Izzah & kwn2nya…aku tunggu kat depan stage, sesambil layan Rabbani yang dah wat kata2 penutup…yang diakhiri dengan lagu ‘Teman Sejati’ (I guess so…sebab aku ala2 dah lupe ingatan…). A few minutes later, jupelah cik Izzah berbaju hijau & kwan2nya. Lepas bersapa2an & berpeluk2kan..kami pergi ke JS booth semula sebab diorang pun nak borong JS book. Sampai je, terus aku promote kat diorang buku2 apa yang best & superb utk dibeli…giler betul diorang grab buku2 kat situ cam beli jajan je…alasannya, kat Semanggol susah nak dapat buku2 ni…logik2…dan aku ala-ala terpengaruh untuk memborong sekali lagi + aku tak puas hati tak dapat paper bag…sudahnya, tangan aku ni laju je grab ‘Tinta’ & ‘Mencari Suami@JS.com’..argh!!!! Titik kewarasan aku agak tak berapa stabil..tapi setelah dicongak2 oleh kalkulator otak aku (aku bab congak ni slalu fail sebab dah terbiasa guna kalkulator..huhu), aku bajet dalam RM 100.00 je utk book fair ni, dan memang aku on bajet lagi. Tu yang otak aku lagu je hantar signal kat tangan untuk grab dua lagi buku yg publish 2011. & masa bayar, dengan selambanya aku minta paper bag sebab alasan aku dah beli buku 2011 dua sebelumnya. Peduli la cashier tu nak ngomel apa kemudiannya, aku guna prinsip ‘customer always right…’. tapi, sebenarnya, walaupun beg tu memang comei,tapi agak tidak user friendly sebab nama pun paper bag & isinya bukanlah ringan…buku tu, so…agak mudah terkoyak jika muatannya terlebih…dan bila difikir, aku lebih suka beg yang last year punya, beg kain yang walaupun xcolourful..tapi tahan lama & memang user friendly. JS nak cut cost apa…dan aku sempat minta penulis buku ‘3 Jantung Hati’ & ‘Mencari Suami@ JS.com’ menitipkan sesuatu…dapat gift comei lagi…tapi, this time, aku tak dapat jupe Syud…

& lepas tu, kami jalan2 kat karangkraf…oleh sebab plan aku nak beli 3 novel menjadi 5 novel, so aku jalan2 je la dalam Karangkraf tu sesambil borak2 dengan Cik Izzah…emm, tak de apa yang berkenan lagipun nye….seterusnya, kami ke Telaga Biru. Izzah & kawannya nak pusing Telaga Biru, dan aku pi pusing mana2 booth yang ada buku untuk kanak2..sebab nak beli something for my Zikri. Emm….puasla aku keliling booth2 yang ada. Akhirnya aku beli 3 buku Tik Tik Tik dari Aras Mega, untuk angka, jawi & huruf dan singgah di Ameen, sempat aku grab ‘Permainan Minda untuk Kanak-Kanak 2 Tahun, 24-36 bulan’ …okaylah, sebab aku tak dapt cari yang exactly untuk 3 thn coz Zikri pun dah nak masuk 3thn. Buku untuk prasekolah plak yang banyak, tapi cam tak sesuai je lagi dengan dak2.




Penat dohh…kemudian, aku jupe Izzah & kawan2 semula, dan dia pun dah nak balik sebab perjalanannya masih jauh. So, kami berpisah di situ, dan sempat Izzah hulur satu buku….’Makkah Al-Mukaramah Kelebihan & Sejarah….’ dengan pesanan, ‘Klu sampai sana, jangan lupe doakan dia sekali…’..waduh!!!! terkujat & terharu aku...dalam aku teragak2 nak ambil, terus Izzah masukkan dalam JS paper bag. Alasannya, sebab aku hadiahkan dia ‘Laskar Pelangi’ dulu…emm, Izzah, this is second time u bought me books…thanks dear. Dan bila aku belek buku tu kemudiannya, giler weii…buku tu dahlah kulit dia cantik & keras, dalam dia penuh dengan gambar2 yang real & cantik sangat…sangat… kertas dia licin…speechless aku dengan cikgu sorang ni!!!

Jam sudah ke pukul 1.00pm, dan kami berpisah di situ dengan harapan akan berjupe lagi in future..insyaallah. emm..cik dayah, maaflah yee, xdapt nak tunggu dah…(sebab katanya, baru nak bertolak…). So laju kaki aku melangkah ke Star LRT PWTC…(maleh doh aku nek komuter….). oh, aku berkejar balik cepat sebab aku nak tengok ulangan Thorn Birds kul 2.00pm sebab ari Rabunya aku & housemate2 ku yang lain pi windows shopping kat Jusco MidValley sempena Member’s Day..boleh tak?...hehe…chill!!!!

*Oleh sebab masa aku cuma ada 24 jam, & separuh darinya aku sibuk dengan kerja…setakat hari ni, ‘Baju Melayu Hijau Serindit’ je yang aku dah habis baca. Yang len, on queue…sempat balut je…huhu..oh satu lagi fakta yang menarik, total amount aku habiskan untuk book fair kali ni = RM 100.80.. waaa...nilah baru dikatakan cara accountant berbelanja…bijak tak??


disclaimer: cite ni ditulis a few days after the event, but only posted few months later which mean, TODAY...haha...really historic rite!!!

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...