Showing posts with label Other's story. Show all posts
Showing posts with label Other's story. Show all posts

Friday, December 16, 2011

MVP?


RVP the real MVP??? ~
Baru je nak reda satu isu, keluar pulak isu lain. Ni gara-gara emel yang aku baca a few weeks ago. Dah gaya macam BPL player dah diorang nie. Yang berkaitan, dah gaya cam selebriti. Siap ada orang buat research pasal kronologi gossip yang melanda. Inilah kalau dah glamour kan…tapi, natijahnya, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Walaupun, segelintir kata ada pihak nak jatuhkan beliau, entahlah, sebab kita tak tahu disebalik cerita yang sebenar. Tapi, kesimpulannya di sini, kalau tak nak terjebak dengan sebarang cerita yang boleh dijadikan gossip seantero Malaya, jangan sesekali menjebakkan diri hatta mendekatkan diri dengan unsur tersebut. Kalau taknak orang buat fitnah kata kita minum arak, janganlah pergi ke tempat yang tersedia arak. Syubhah dah namanya…sila fikir sendiri. Sebab mulut manusia ni tak boleh ditutup. Tulah katanya ‘La taqrabu zina…’ yakni..jangan menghampiri zina. Allah tak kata ‘Jangan membuat zina’. So, yang ada akal fikiran, sekali lagi sila fikir sendiri. Tapi, kesian plak dengan diorang ni, siap keluar cite kata nak bersara sebab stress…

Walaupun nampak hebat di padang, susah untuk respect player macam ni….sekarang pulak, berjangkit-jangkit isu player yang tetiba menerima tempias gossip termasuklah Fadli Shas & si Nazmi yang belum pun ambil SPM. Haih..cam kelakar pun ada. Semua gara-gara si Neelofa nak belanja makan yg semuanya dah jadi history. Apapun, to be honest, im not into athlete yang tetiba glamour sebab unsur-unsur lain ini, walaupun secara mulanya, bukan mereka yang mencipta glamour tersebut, tapi, as I said before, kalau tak de angin, masakan pokok bergoyang. Dan lagi, bila membaca seorang komen kawan dalm facebook mengatakan sekarang ni ramai dah perempuan yang sukakan bola sepak. Sampaikan bila bola jatuh di kaki pemain yang mereka suka (he mention the player, but I don’t think I should put his name), habis riuh stadium dengan suara perempuan ‘mengilai’. Emm…walaupun komen tu betul, tapi aku sebagai perempuan sedikit terasa dengan perkataan ‘mengilai’ tersebut. Sinis & sangat makan dalam bunyinya, walaupun aku tengok bola kadang-kadang takde perasaan pun. Cuma kekadanglah excited tapi sampai mengilai tu taklah kan, malu kut. Jejak stadium pun tak pernah. Sebab honestly, aku bukan suka bola sangat pun. Sekadar tengok untuk tahu termasuk event-event sukan yang lain. Sebab aku nak jadi knowledgeable dan boleh jadi bahan sembang untuk sesiapa yang kaki bola or sukan especially my brothers termasuk abang ipar aku, sebab aku ni memang sangat diam kalau aku tak de topik untuk cakap. Kalau orang cakap perempuan suka bola mesti sebab ada suka playernya. Emm, memang logic pun. Sebab aku sokong Holland & Arsenal sebab RVP gara-gara baca artikel pasal dia masa Euro dulu dan aku admire dia punya loyalty dengan Arsenal. Kalau sokong Malaysian Team, tak perlu reason kut….cuma aku admire si Kapten Sukan Sea tu sebab dia sangat cool. Tak boleh nak suka Apek sebab cerita di atas tu. Kepada semua athelete, tak perlu kejar glamour pun sebab anda automatic akan glamour dan dikenali kalau anda bagus. Dan aku honestly, sangat tak suka kalau athlete ada skandal dengan selebriti. Yee tahu…ia semua berkaitan jodoh yang memang jadi rahsia Allah yang kadang2 kontroversi tu tak diundang pun. Kesian diorang, diorang pun manusia juga. Tapi , aku tak suka. TITIK. Klu ada pun, senyap-senyap sudah.

** RVP = MVP…wahh, baru baca The Star today. That guy brulah betul2 MVP. Dan sehingga sekarang, aku tak pernah dengar plak pasal gosip2 tak elok pasal dia, yg kena kad merah pasal offsaid & ada masalah kecerdasan sbelum ni adalah. Tak tahulah plak klu aku je yang tak tahu…*peace*

Saturday, December 10, 2011

Dia 'kawan' bukan 'sahabat'

‘Sahabat’ adalah ‘seorang’ yang bersama-sama kita, jatuh & bangunnya kita dia ada di samping kita, no excuses, no reason. No matter what. Ikhlas 24/7. But ‘kawan’ adalah ‘sebilangan’ yang bersama-sama kita ketika gembira, dan mula menyisihkan diri bila kita berduka sedangkan mungkin ketika itu mereka sedang ‘bergembira’, dan mungkin juga menikam belakang kita pula suatu masa. Orang kata, sharing is caring but this quote personally for ‘sahabat’ only.

But for ‘kawan’ sharing is dying cause we don’t know when they will stab back your heart. No matter what, be careful with your ‘kawan’ because when they need u, they will meet u..when they don’t, they will leave u…don’t ever share your secret with your ‘kawan’ cause we don’t know what they talk about us in behind. Allah Bless...

Sunday, October 23, 2011

She is a maid…

This is a story…about a maid.

One lady hire a maid from negara jiran, comes from rural area. Once arriving in Malaysia, katanya, first time naik escalator..dan impiannya, nak pergi KLCC sebab menurut kata org, dari KLCC kita boleh tengok the whole world…betul ye? Oh, saya pun tak pernah naik ke puncak. Setakat jalan-jalan kat KLCC sesambil lepak kat taman, solat di Masjid Assyakirin, membeli belah kat Kinokuniya (tu jelah tempat yang logic untuk shopping pun…) dan makan2 kat fastfood sekitarnya, pernah la..

And this terrible story began…ada la satu hari, katanya nak makan mee segera (Mee Sedap yang sangat popular di negaranya). Katanya lagi, ramai yang cakap mee tu memang sedap. This lady ingatkan, dia memang pernah makan. So, kebetulan memang ada stok kat rumahnya. Ditinggalkanlah dia memasak seorang diri di dapur. Entah macam mana, tergerak hati lady tu pergi jenguk dapurnya. Dia pelik sebab nampak macam ada benda terapung dalam periuk tu..you guest wat? Rencah-rencah yang masih elok berbungkus. Rupa-rupanya, dia dah campak semua dalam periuk, termasuklah dengan rencah-rencah yang masih dibalut plastik…haiya!!!! nasib baik dibuka plastik mee tu dulu. Rasa macam nak gelak, tapi macam tak patut…kesian, tu yang pasti. Ada rupanya lagi manusia yang macam ni. I just can’t imagine how she can be a maid, in the same time, know nothing…she can’t even cook instant mee..Surely, her majikan need to teach her every single thing. But for how long?...if she is a fast learner, that quite okay. If not?... If she really need to work, surely, she have to learn. Though, language can be the biggest barrier here…its doesn’t matter, as long as she want to learn & work.

After all, life is a learning process… even me, first time naik escalator pun, terkujat juga. Sampai sanggup naik tangga..& sampai sekarang pun, masih berhati-hati memijak tangga escalator. Cuma, kepala ni masih terfikir-fikir…macammana dia boleh nak masak mee segera dengan memasukkan rencah dengan plasticnya sekali…sangat tak logic okay. Tapi, sumber cerita ni dari sumber yang premier bukan sekunder yeee… and from that, we know, bagi diorg, mee segera tu one of the luxury things yang ada diantara diorang yang duduk rural area tak pernah makan pun. Bagi diorang cukup sekadar nasi atau roti plus sayur. Lauk macam ayam dan daging sangat-sangat jarang. And i remember, our cleaner said, hidup kat sana memang sangat-sangat susah. but, i can't imagine sesusah mana diorang. susah-susah kita kat sini, kita makan mee segera jee..emmm.

Sunday, August 07, 2011

Iklan o iklan..

Bila time pose je..salah satu benda yg ditunggu2...iklan pose + raya...emm...tapi yg xbape nak best, sejak kebelakangan ni, ada je kontroversi pasal iklan-iklan tersebut..haila. kenapa iklan skang xmacam masa kita dulu-dulu ek? dulu..tengok iklan pun rasa best. sampai berkejar pi TV semata-mata nak tengok iklan..dan natijahnya, aku & the gang pi la usha YouTube tengok balik segala jenis iklan pose & raya yang penah wujud kat M'sia ni. Nostalgik...rasa macam xbosan je. tapi iklan yang aku paling suka...iklan sekumpulan kanak2 yang main kereta kayu, ala-ala macam nak balik kampung. sampai je kat kampung, konon2 lambat. Dan neneknya tanya sambil bercekak pinggang..'Kenapa lambat....' jawab mereka..'Traffic jam...'...waa..giler aku suka iklan ni. Tapi penat aku pi cari kat serata youtube..xjumpa plak. Aku pun lupa tahun bila iklan tu publish...tapi serius, aku nak tgk balik iklan ini...try tnya en google, rupanya ada gak org lain yang kemaruk nak tgk iklan tu selain kitaorg. haa..satu lg iklan yang aku xjupa2..iklan budak dlm bas yng nak pi Chemor tu...

& ada org cakap, iklan2 pose & raya yang best2 tu hasil kerja tangan Arwah Yasmin Ahmad..so, skang kreativiti yang ada pada arwah mungkin tak sama dgn yang sedia ada..pepun2 kreativiti org berbeza-beza. but the truth is, i'm really waiting for this year punya iklan...tapi, janganlah buat iklan yang mnyentuh sensitiviti sesetengah org..dah sah2 tau masyarakat M'sia ni extra sensitif...lagi2 klu bab agama & bangsa...

oh ok..chill...*peace*..happy fasting!!!

Tuesday, December 28, 2010

[Oh! What a night…]

- One of the most outstanding shows for Malaysia to remember –
By Caleb Khew (The Star, pg S57; Tuesday, 28 Dec 2010) ~ a true-blue Malaysia fan on the night the national football team mauled Indonesia

Just read his article…do know why, mata dah bergenang semacam. Tapi tak gugur lah. Sentap jantung gak baca article tu. Ekspresi someone yg tgk game M’sia vs Indonesia Suzuki Cup live last Sunday.

“Singing ‘Negaraku’ along with 100,000 people, you could feel the goosebumps developing. Have you ever been part of a 100,000 strong crowd, experiencing the exact same emotions? I have.”

“I wanted to chant along to the song everyone seemed to know. Sadly, I didn’t know the lyrics……”

“I will learn this song.” (Turut disertakan lirik lagu spt di bwh…its make me smile)

‘Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
MALAYSIA BERJAYA

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti.’


“I’m a huge Manchester United fan and I celebrate every goal they score with enthusiasm and joy. However, it is a totally different story when your country scores.”

He ended his article with this quote. “I will be proud to say that I was there…”

Such a good article…sincere…genuine. Like, he wrote from the bottom of his heart. Fell like u want to read it again and again. For M’sia team, good luck for the second-leg final in Jakarta soon.

[CLICK FOR FULL ARTICLE]

# I try to buy M’sia jersey, blue colour for my little bro…out of stock already.. huhu..just buying him black-yellow type. Tapi, cam jersi hitam- kuning je lagi cantik…hehe..

Saturday, December 18, 2010

[Hidup jangan seperti enau….]

-beginikah pohon enau...??-

Pepatah lama, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing..,..
Kita hidup ni bukan sendirian…
Kita hidup berkawan....

Jadi, janganlah pentingkan diri ..
Macamlah hanya kita saja yg penting kat dunia ni..
Macamlah hanya kita saja yg wujud di dunia ni..
Macamlah hanya kita yang ada masalah atas dunia ni..
Tanpa kita sedar perihal yang lain..

Umumnya, hati orang tak siapa tau..
Kata orang, rambut sama hitam, hati lain..lain…
Tapi, pernah kita selami hati yang lain itu…
Sakitkah hatinya…terasakah hatinya…dendamkah dirinya…
Atau kita hanya melihat kesakitan & keterasaan hati kita saja..
Atau…kita rasa kita saja yang ada hati di dunia ni…

Kata orang lagi, kerana mulut badan binasa…
Hakikatnya,masa depan bukan kita penentunya....
Jadi, kenapa tidak berhati-hati dengan tutur kata kita..
Kerana malang itu tidak berbau…
Jika Allah ingin menduga…bila-bila masa saja jadinya…
Bimbang…ujian tiba atas kafarah dosa..
Dosa sesama makhluk tentunya..
Sekadar mengingatkan sesama kita…
Hubungan manusia & hubungan dengan Allah tentunya…

Jagalah hati kita…
Jangan pula sampai ia mati..
Sehingga tidak sedar…silap kita mendatangkan dosa..
Bimbang juga…bila neraca akhirat di guna..
Manusia lain jadi penimbangnya…
Takut-takut ditarik kaki dari syurga..
Kerana dengki sesama manusia..
Kerana riak, takbur & mengata…
Hingga menjadi enau dalam belukar…

Tuesday, November 23, 2010

[Whatever it is…we’ll support you]

Sangat kecewa…sangat sedih..but, the truth is there. We loss…kita terlepas pingat emas. Tapi, walau sekecewa mana pun kita, sesedih mana pun kita…kta tak mampu nak bayangkan kekecewaan & kesedihan diorang sume yg brjuang bermati-matian utk merebut emas buat Negara. Sedang mereka menggalas harapan Negara dgn selangkah lagi dapat menggengam emas, nyata, rezeki bukan brpihak pada kita. Lalu, kenapa pula kita harus menuding jari kesalahan pada mereka. Mungkin ada serba sedikit kesalahan yang tidak sengaja dilakukan..tapi, nyata, it’s a game..and they just a human like us. Not perfect…kalah menang itu adatnya. Janganlah pula kita meyorak kemenangan mereka, tapi, bila kalah..di hentam habis-habisan. They are good fighter..they do their best, but it’s a fate…

Dato’ Lee Chong Wei, Koo-Tan, Takraw berpasukan…though you all got the silver, it’s okay, as long as you do your best. Coz we’ll support you till the end. Tapi, serius, sangat kecewa…sebab kita mengharap kilauan emas. I watch almost of their game…but, lets bygone be bygone…hope, Takraw will give something for us soon…thanks to Dato’ Nicol & Azlan..you both cheer up our day…then also for the other gold medalist, Chai Fong Yin, Azizul Hasni, Alex Liew & Adrian Ang….

9 gold medal is not impossible…though is really hard to get now…for all the Asian Games 2010 athlete..Gud luck!! Chaiyokk!!! Ganbatte ne…!!! We’ll support all of you..

Thursday, July 29, 2010

Si PUTIH & Si BELANG…



Klu dh namanya PUTIH & BELANG..mmg sah2 dlm fikiran kta trbyang kucing kan…ini bukan cerita psl kucing ak pun, sbb xpenah hayat ak membela kucing..& xpenah terniat pun, sbb ak mmg spesis alergik dgn binatang yg namanya kucing, xdelah smpai takut dgn spesis ni cuma….geli. Lagipun, abah pun penah kata, better jgn bela spesis kucing ni, sbb kucing ni antara binatang kesayangan Rasulullah SAW, kdg2 klu kita dh berniat utk bela dia, kt kena take care pada kucing ni, bgi makan & sgla bagailah..& kdg2 mgkin kta xtrcontrol emosi, kt termarah dia, or maybe kita trpukul atau trtendang dia ke …kan dah jadi satu dosa pulak kat binatang tu. So, better xpyh bela…tpi, klu sesekali kucing tu singgah, apa slhnya kita bgi mkn…& klu kita nak halau dia, halaulah dgn cra yg baik…

Tpi, masalahnya skang ni…tuan punya si PUTIH & si BELANG ni…haih…mmg kdg2 meng’angin’kan emosi aku…xsah klu sehari ak xdengar nama PUTIH & BELANG ni dijerit oleh tuannya…bukan panggil okay, JERIT!!!! Yg dlm erti kata…JERITAN YG BERULANG KALI… Klu dah namanya jerit, haih…berdesing jugalah telinga aku ni. Klu ikut dilogik akal…PUTIH & BELANG tu dgr ke tuan dia JERIT tu??? Dia menyahut ke?? Tapi, ye jugakkan, klu betul dia myahut…haih, tobat ak pindah rumah.. tapi, menurut cerita K.Iza, my housemate yg mmg sukakkn kucing, & yg brtanggungjawab melayan kucing2 yg singgh kat rumh ktorg….terangkat telinga si PUTIH & BELANG sebaik je dia dgr JERITAN tuan dia..haila…patutla pun tuannya beria mmbuat JERITAN BERULANG KALI tu…tapiiiii…..kut ye pun, en tuan punye PUTIH & BELANG, agak2lah pun klu nak wat sesi JERITAN tu…ni pepagi buta & tgh mlm pun masuk dlm sesi JERITAN tu juga…huh..angin aku. Macam panggil anak blik rumah dh gayanye…tapi, yg slalu di JERIT oleh en tuan punye kucing ni, adalh SI PUTIH, sbb khabarnye..si PUTIH ni kuat merayau..tapi, w/pun K.Iza kata PUTIH & BELANG ni slalu je singgah umah ktorg, bertenggek kat depan pintu & sliding door ktorg,…smpai skang, aku mmg xkenal pun mana satu si PUTIH or Si BELANG tu…klulah, aku bolh brcakap face to face dgn si PUTIH & BELANG ni, bagi nasihat skit jgn asyik nak merayau je..penat tuan dia panggil…hehe…klu ak jupe pun, even ak bgi nasihat pun, dh namanya kucing…. yelah kan, ak nak nasihat en tuan punye kucing tu mmg aku xberani...:)p



****emmm, nmpaknye…JERITAN SI PUTIH & BELANG ni mmg ak akan dgr je lah tiap hri, slagi ak msih ddk kat umah ni. Sabar je la aku dgn en tuan punye PUTIH & BELANG aka my neighbour….

Monday, December 21, 2009

1-0

Tahniah utk Malaysia esp pasukan bola sepak Malaysia.. mmg melakar sejarah sungguh.
w/pun, cite ni hangat mggu lepas..tapi bak kata sorg pengulas sukan2, setidak2nya, kejayaan ini akan diprkatakan utk 20 thn lagi..cayalah.

pagi khamis tu aku layan hot fm skejap sblum pergi office..mmg hangatlah psal bola. Tapi, bila masuk office, dh busy dgn keje, aku jadi lupa skejap psal bola ni.. msa keluar ofis, trlalu tepi kdai mkn, nmpak a few crowd tgh duk tgk something, rupanya, tgk tv..siaran langsung bola sepak Final Sukan Sea 2009…sempat jeling tu. 0-0, alhamdulillah, at least, Malaysia still ada peluang. Then, atas sbb smangat patriotik jugalah, dlam hati, aku mmg doa je lah..harap2 Malaysia dpt gold, sebiji gol pun jadilah.

Then, sesampai je aku kat rumah, buka pintu, tgk a few housemate aku tgh menghadap tv tgk siaran langsung bola. Dri jauh, aku tgk…1-0, aku perhati btul2 gambar bendera kat atas tu, alhamdulillah..angka 1 tu kat tepi bendera Malaysia…tak kisahlah, walaupun gol tu trkena kaki pemain Vietnam. Bila habis je, 90 minit, msa tmbahan plak dia bagi 6 min, lama tu….tapi, at the end, Malaysia menang gold dgn 1-0. tapi, memanglah, takut gak aku tgk minit2 terakhir tu…yelah, apa2 bolh jadi time tu. Apapun, Tahniah utk sume atlit Malaysia, 40 gold medal kita dpt + Daniel Bego dpt jadi pemain trbaik lelaki keseluruhan…yg paling brmakna, 20 thn penantian Malaysia utk bola sepak, berbaloi…

Saturday, December 12, 2009

Sea Games ~ Laos 2009

Majulah sukan untuk Malaysia...:)
Klu ikutkan aku bknlah kaki sukan pun, bab2 sukan ni mmg hampeh skit..pernah je aku skip sukan msa secondary school dulu..walau acara wajib skalipun. Tapi, klu bab sea Games ni aku mmg suka je nk ikut prkembangan..sbbnya, nak kira bape Malaysia kutip gold medal..hehe..klu Komanwel Games xbape nak boleh kira, utk cukupkan 10 jari pun susah..tapi Sea Games bolh tahan byk jugak emasnya. Dulu masa study, time2 hujung thn ni, cuti semester, so, mghadap TV smata-mata nak tgk Sea Games, bila ada slot sukan je, mmg aku tgk..& effort tu tggu highlight jam 12.00am nak tahu bape medal Malaysia dapat for whole day. Yg dok skali join aku, my youngest sister..dia ni mmg satu kpala dgn aku,..sampai dok kena ngomel dgn my sis..huhu..

Yang pling aku ingat, the memorable moment, aku xingat plak Sea Games yg kat mana, xsilap, Korat or Manila..sbb dua2 sea games ni yg mmg aku ikut sgt, time tu, acara lari +lompat pagar lelaki, Malaysia dpt gold & silver medal…habis je diorg lari, dua-dua pelari Malaysia terus saling brpelukan. Seronok tgk diorng…

Utk sume atlit Sea Games 2009, Good Luck utk sumenya..semalam je Malaysia dh dapat 8 gold medal.. :)p. & yg pling mgejutkan football team menang 2-1 dgn Thailand..cayalah. Cuma trkilan skit cz Datuk Lee Chong Wei xdpt join Sea Games kali ni…Tapi, aku ni jenis, tak nak tgk live punye acara, sbb, takut nak tgk Malaysia kalah time tgk live…tapi, bila dh tau result Malaysia menang, haa..time tu baru best nak tgk..hehe…tu yg suka tgk siaran trtunda. Sbb, rasa kecewa bila tau Malaysia kalah tu lain macam skit…esp, klu tgk bola sepak & badminton punya games…Hari tu pun, masa tgk Super series, Men Final..tgk sparuh masa prtama je yg live…huhu..sbbnya, byk gak games yg aku tgk live before this, mesti kalah….antranya, bola sepak Sea Games…& Piala Thomas & Super series utk badminton..klu tgk live ni, aku ada 2 adik lelaki yg mmg kaki bola & badminton + my bro in law….tu yang terjoin skali..before this, mmg ktorg ada sport channel kat rumah, tp, atas kuasa veto my abah, dia buang channel bola & msukkan Mustika …sbb, abah bukan jenis layan sgt bola yg Liga2 oversea ni…klu Liga Malaysia tu bolhlah….

Saturday, October 31, 2009

Tak salah klu kita salah...

memang xsalah pun, klu kita ade buat salah..mmg hakiktnya manusia itu sifatnya xsempurna. tapi, yang buatkan kita hangin, org yg buat slah tu xnak mengaku pun dia buat salah, siap create cite lain yg tunjukkn kita pulak yg slah.konon2nya, nak tutup cite yg dia sbnarnya buat salah tu..memanglah dia ni. klu ikutkan hati kitorg yg ala-ala hangin tahap kexstabilan emosi ni mmg nak kena dia ni..tapi tu lah kan, orgnya pun dah besar panjang..fikirlah sendiri. sedarlah yg sbnarnya,kitaorg sume dh tau yang awk tu buat salah besar..xpayah nak create another story.

org ckp, hati perempuan ni ibarat kerak nasi..ade betulnya.
tapi, hakikatnya, perempuan ni, Allah jadikan dari tulang rusuk adam yg bengkok..

fitrah lelaki, Allah kurniakan 4 kuota yg bolh diisi..ni bukan compulsory, optional je..
tapi lelaki...kut ye pun, jgnlah mainkan perasaan perempuan plak..
ckap biar jelas..kata biar terang..
perempuan pun ade maruah diri..

huhu...ter-emo sekejap...pepun, pada sesapa yg realise dia ade buat salah, baik minta maaf je..
xperlulah nak tutup cite tu dgn jatuhkn kesalahn pada org lain plak...
org ckap bangkai gajah xleh ttp..klu tutup pun, lama2 dia busuk gak..
Allah anugerahkan manusia tu akal...so, fikir2lh..okey!!

pada si perempuan2...cyaiyok2!!! life must going on..bygone be bygone..tutup buku. case closed.

Saturday, September 19, 2009

Mohon doa sahabat semua....

Mohon didoakan kesejahteraan & kesihatan juga kesembuhan buat my housemate@ex-roomate, Noor ISmah yg dimasukkan ke hospital semalam akibat pendarahan otak...& siang tadi baru lepas dioperate...sahabat yg terbaca entri ini, mohon sama2 kita panjatkan doa untuk beliau...skang masih dlm keadaan tidak sedarkan diri di PPUM. dan insyaallah, bulan depan akan dioperate skali lagi...

emmm...such a sudden tragedy...dalam sibuk2 nak beraya, Allah duga beliau sehebat ini. padahal, b4 this, dia ok je. klimaksnya pun awal pagi khmis ri2 bile dia rasa pening kpala yg tramat sgt & asyik muntah...ktorg ingt migrain je...even the doc say so..& after scaning her brain...de sikit pendarahan di bhgn otak..ALhamdulillah, just a minor..that's why kena operate secpat mgkin...

utk IS, moga cepat smbuh & tabah hadapi dugaan Allah..we'll waiting 4u...
utk semua, selamat hari raya aidilfitri...w/pun kita mgkin gembira brsama keluarga, ingatlh shbat2 kt yg lain yg mngkin xsebahagia kt..atau mgkin diduga dgn dugaan & ujian dari Allah...

#Esok, i'll start my raya journey...
KL>Bentong>tapah>Bgn serai>sbrang perak>raub,phg>KL
Moga Allah permudahkan segalanya...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Wednesday, June 17, 2009

1Malaysia...

Mood:ok
My life would suck without you by Kelly Clarkson...
'Guess this means you're sorry..
you're standing at my door..
Guess this means you take back..
All you said before..'

Mata aku ni mmg jenis ala-ala peka je dgn alam sekeliling..selalu nek bas mmg aku pling suka duk tepi tingkap..sbb..suka main observe pe2 yg ada spanjang jln on de way ke ofis..hehe

dan..satu hari2, aku trpandang cam da yg xkena je kat words 'Wawasan 2020' yg elok je letak kat rooftop bangunan angkasapuri2..dan my heart court pun mulalah wat sesi bual bicara..
"Eii..diorang ni tak perasan ke..rasa cam nak jatuh je words tu.."

And...after dat day, mmg aku dah xbape endah dah pasal benda tu..sampailah, tetiba tu, on de way nak balik dari ofis,....
"Aik..bila masa pulak, ada words 1Malaysia kat situ..huhu..." Apa-apa jelah..
Tapi, since Tun Mahathir jadi PM, Wawasan 2020 tu dah sebati kat situ...sampailah, Dato' Seri Najib naik jadi PM skang..
1Malaysia vs Wawasan 2020...

1Malaysia...lebih shoot pada perpaduan.mybe..dats our PM vision..rakyat M'sia skang lack bab unity, maybe...this is what happen today..

wawasan 2020...the power of dreams..think beyond the future

& maybe...we have to consider cause & benefit relationship...(korek balik MA pnye subjek..)..1Malaysia is a cause& the benefit, Wawasan 2020 for the future, become reality...

pe2 pun, we can't even compare all the 5 PM..coz, the years is difference...zaman pun lain...mind rakyat M'sia pun lain..then, rambut sama hitam, hati lain2..w/pun, ideologi sama, xsemestinya, pemikiran sama..bila pemikiran xsama, visi & misi pun xsama..what ever it is...hope everything is ok..biarlah M'sia ni aman seaman2nya..secara zahir & batinnya..

#Tadi, my colleagous baru naikkan poster our PM kat dinding...huhu..poster2 bru je dapat semlm & poster Pak Lah pun dah diturunkan dengan hormatnya...

Tuesday, April 14, 2009

Kut ye pun nak buNuh diri.......

"Ann..got call from a doctor..." Linda transfer the line to our Lady boss

"Yes..Ann speaking here. May I help u.."
"Ohh..u calling from?"
"Hospital? What isn't regarding?" Aku pandang Ann, Ann angkat kening. Aku jungkit bahu..Then, terus aku menapak ke customer service counter...

"What happen?"
"Got calling from doctor..patient dia nak bunuh diri guna our oil...." Haaa..apa punya bijak la dak tu. Dah terang2 lg bersuluh, oil tu xbawa maut pun > exclude Allah's takdir. Then..one of our director pun dah wat demo..lagipun ingredient dlm tu vegetable ester je...huhu..apa2 je la..riuh jap ofis tadi.

"Shila..help me to find MSDS plez..."Errgh...teiba suara my lady boss mencelah bg arahan. aku pandang syima...
"MSDS..apa tu?" Syima jungkit bahu.
"Where's Vincent?"
"Washroom..." Huhu..bab-bab technical report ni, mmg dak tu lah yg expert. aku awai2 dah fail..fuhh, nasib baik gak tetiba tringat yg aku pernah file satu report..then, cepat2 aku take out report tu & serah kat my boss. rupe2nye MSDS tu, material safety data sheet..memang betullah report yg aku main redah je ambik tadi...

"Terrible la dat person..." My lady boss dah mengomel..menyusahkan dia la tu. yelah, PIC aka my director outsation skang..so, xleh nak contact die..dia lebih arif klu bab2 mcm ni. then, klu ikutkan apa yg my boss ckp, klu betullah dia juz minum our oil je utk bunuh diri tu..means, mmg xbrjayalah niat dia tu..tp, yg buatkn ktorg concern, takut ade something else dlm botol yg dia minum tu..huhu..wallahu'alam la...

Friday, March 27, 2009

Gud Luck 4 all Mtest candidates...

Huhu..esok de Mtest u dak2 yg apply KPLI..including my dearest housemate..cik Noor yg mmg smangt giler nak ambik test tu esk kat Putrajaya with her cousin & cik KhuaiLah > ex-housemate dlu..hehe..pada cik Noor & de Gang..i Wish u all de best la ek..Gud Luck. Aku iA..ikhlas tlg doakan utk ko lulus exm tu..tp, aku honestly xikhlas u doakan ko posting kat ur hometown..huhu..then..pe kata, ko maintain je keje as tax asistant tu..ok pe..ko mmg cam happy je keje ngan dak2 kat c2..nnti dak2 umah ni rindu plak nak dgr cite ko gaduh dgn mail...ko kne usik dgn en. daniel n abg Razi..cite sal K.ina..k.mas..fila, afzan, k.sherin..k.shelin n sume la dak ofis ko..haaa tengok! aku dh siap dok hafal nm sorang2 dak ofis ko..hehe..

haaa..xlupe gak utk cik izzah yg nun jauh di Perak..i wish u all de best gak ya..elok2 jwb exam tu..emmm, aku pegang janji ko..if dlm 2 thn ni ko xdpt nak make ur dreams come true..ko nak sm2 join ktorang kn? hehe..nyway..insyaallah, klu mmg dah rezeki cik izzah jd cikgu ke..lecturer ke..cik izzah will be a greatest teacher gak kan..iA. same goes to u cik Noor..Gud Luck to both of u..n xlupe gak pd my ofismate ayu yg same gak join kroni2 Mtest esok kat Seremban..

#Huhu...nape aku xminat nak join korang ya? sbb...aku mmg xde talent nak jadi cikgu..as my abah n mak said..haha..err..camne nak ngajar tuisyen ni?

Monday, March 02, 2009

Congrate for NabiLah..

Tgh2 aku duk ralit wat keje kat office td, tetiba dapat 1msg from my ex-classmate ms sekolah dulu...
"Salam.Alhamdulillah kami (Nabilah & Harun) telah dikurniakan anak lelaki pada 21-02-2009, Sabtu,7.02mlm. Doakan smg anak kami jdi penyejuk mata kami & permata ummah.tq." Emm..camtulah lebih kurang msg yg 1st. then, aku reply lebih krg, say congrate n tnya pe yg patut....this the 2nd msg.
"Tq. Nama dia Mahdi Akef,kome kat rumah Kajang. Cti sek ni balik phg.Insyaallah. Eh,bila pla nak ikut jejak ni? hehe.." Kan dh kena sebijik. kuar gak soalan cepu platinum dr ibu baru ni..n as usual, my answer alwiz be the same...someday soon.

utk Nabilah & Family, congratulation la ye. Cm baru je pi kenduri kawin dia last year, tetiba dh dpt bite dh dapat baby..cepat tul masa berlalu. Yelah, dulu masa dia kawin, aku baru je habis study, keje pun xlagi, ni dh almost 9months aku keje..dh ada baby kwn aku sorang ni..

#Aku? Bila lg ya? Insyaallah, someday soon...hehe..Sometimes, it is more better if we juz live it to Allah, becoz ...He knows everything..

Friday, February 20, 2009

Alahai Elizabeth...

Dlm beberapa hari ni, gempar pulak isu adun sorang ni..entahlah, mula2 tu aku confius gak bila xhabis2 org bangkitkan isu morality..immoral or not? Tapi, tadi, bila aku dgr je statment dr Tuan Guru Nik Abd Aziz...aku terkedu, xtau kenapa...simple je jawapannya, tapi, padat, tepat n aku setuju sgt2..lebih kurang mcm ni gak lah maksudnye,..aku pun bkn fhm sgt loghat Kelantan ni...
"sbnarnya, mmg itu hak dia..nak pakai apapun kat dlm rumah...xpakai apa2 pun xpe..kt dlm Islam pun xsalah, bukan dosa pun...tp, malulah pada malaikat..so, dia xsalah, yang salahnya orang yg ceroboh umah dia tu..." hehe..simple kan..before this, hati aku berdolak dalih gak bila ramai yg timbulkan soal morality..tapi, bila dgr je statement tu dr Tuan Guru..aku jadi tersentap, dan terus yakin..yg Elizabeth sekadar mangsa...Tu lah, the power of Ulama'...brtambah kagum aku dgn Tuan Guru ni..

Saturday, February 14, 2009

Lelaki oh Lelaki V2

Ni sambung balik cerita pasal lelaki....
Emmm, diorang ni kalau kita sedih & nak cerita kat diorang, diorang pulak cakap yang kita ni xhabis2 nk menyusahkan diorang. Tapi, bila kita xcerita, dituduhnya kita xpercayakan dia. Kalau kita naik angin, sesedap rasa je dia kata kita membebel macam mak nenek..tapi, bila kita protes sebab slalu kena marah,..dia jawab, itu tandanya saya prihatin dengan awak!!! Sungguh!!! xthn dengan diorng ni,...Bila kita sakitkan hati dia, dia kata kita ni kasar..tapi, kalau diorg tu berkasar dengan kita sampai kita menangis, sesedap mulut je dia kata kita ni sensitif sangat, banyak cantik...ahhh susah betul nak faham diorang ni...unpredictable betul.kalau kita luahkan cerita ni pada diorang, confirm diorang tak mengaku...tapi, kalau kita pendamkan je..dikatanya kita pentingkan diri sendiri plak...lelaki..lelaki, spesis apakah diorang ni...
kadang2 best kan jadi lelaki ni, pe2 keputusan dia buat ikut sedap kepala diorang je. xpernah nk bincang dgn kita...kita sakit hati ke...kita suka ke...xpedulinya. asalkan diorang bahagia..susahkan nak cari lelaki yg betul2 boleh faham kita...kalau jumpe pun belum tentu 100% akan faham kita...tapi tu lah, nak buat macam mana, kalau dah memang tu jodoh kita..bukan kita boleh pilih2 bab2 jodoh ni..semuanya dh ditentukan...semuanya bukan soal pilihan...soal jodoh, takdir..itu bukan atas kuasa kita....kita hanya makhluk Allah, redha je lah ya. Yelah bila kita lahir je kat dunia ni, Allah dah tetapkan siapa jodoh kita..klu sampi skang xjupe2 lagi, mybe someday soon in future, insyaallah akan jupe juga. tapi, kalau still xjupe2 gak, itu makna nya jodoh kita tu dah pergi dulu menghadap Allah...kalaulah dah jupe n tetiba putus o bercerai...itu makna nya dia itu bukan jodoh kita sebenarnya, Allah cuma bagi peluang untuk kita bersama dengan org tu seketika...mungkin memberi pengajaran pada kita...pasrah je lah ya, dan keep searching for the right person..don't ever give up..just open ur heart to a new love & being love...chewah..pandai pula bagi nasihat...myself??? hahah...a secret makes a woman, woman...let it be a secret for the whole of my life...its really better if we just let it go...mungkin itu bukan jodoh sebenarnya...sekadar Allah anugerahkan sedikit rasa cinta untuk insan bergelar LELAKI....
Jangan sesekali korbankan cinta ALLAH kerana manusia, tapi, cintalah
ALLAH dengan kita mencintai manusia...

Tuesday, February 10, 2009

LeLAki oh Lelaki

Apa yg bakal ditulis ni, secara umumnya mmg dipersetujui olh kebanyakan perempuan kan? hehe..pada semua para lelaki, attention plzzz, nilah realiti yg brlaku, walau seribu kali didalih sekalipun...jeng..jeng..jeng...

Petunjuk = kita tu gadis2 (saya mewakili gadis2 yg satu kepala dgn saya)
Dia tu merujuk kepada lelaki2 yg trmakan cili krn kisah ini...hehe

Lelaki ni, kalau dilayan dengan baik, dikata kita jatuh cinta padanya, syok sendiri. Tapi, kalau dilayan ala kadar pulak, di kata kita sombong. Kalau kita bergaya, dikata nak menggodanya, tapi bila berpakaian ala kadar, diejeknya kampung. Betul tak kawan2? Tak faham sungguh dengan perangai diorang ni. Kalau berselisih faham dengannya, dikata kita degil, tapi kalau kita berdiam diri, dikata kita bodoh pula. Kalau kita lebih cerdik dr dia pun susah, malu lah konon. Tapi, kalau diorang yang lebih cerdik, dengan riaknya dia berkata: "Tengok, aku lebih hebat dr kau..."

Diorng ni, bila kita tidak mencintainya, dipujuk rayunya kita. Tapi, bila kita dah betul2 cintakannya, ditinggalkan pula kita., Kalau tidak diturutkan kehendak nafsunya, kita dituduhnya tidak cintakannya sepenuh hati. tapi, bila diserahkan pula, dikatanya kita gadis murahan..nauzubillah, minta dijauhkan para gadis sekalian.

hehe...ni baru separuh bingkisan untuk mereka yg bergelar lelaki, kita sambung lain kali pula ya..sebenarnya, bingkisan ni saya baca dlm Mastika, keluaran Februari 2006. Sekadar berkongsi dengan shbt2 sekalian...betul tak? haha...ingatlah kaum adam sekalian, hawa diciptakan Allah dari tulang rusukmu yang bengkok, kalau kepincangan wanita itu kerana asal kejadiannya dari tulang rusukmu yang bengkok, maka kamulah yang wajib untuk membetulkannya....lagi2, kalau ia memang dari tulang rusukmu sendiri, means, your wife lah, bukankah, Allah telah menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Maka, pasangan kamulah yang telah dianugerahkan Allah tulang rusukmu kepadanya, macam Adam & Hawa.....Ok?

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...