Monday, November 14, 2011

Mereka sudah bertunang

Sudah musim agaknya…dan jodoh mereka tentunya.

Nak kata aku tak jealous…bohong!
Nak kata aku tak rasa apa-apa…bohong!
Nak kata aku gembira…50-50…yee aku gembira, finally mereka sudah jumpa jodoh mereka. Tapi, bila sampai masanya, mereka tentu akan berkahwin. Dan selepas itu, semua tidak seperti sekarang lagi… Nak kata aku sedih…tak juga!
Nak kata aku tertekan….sikit la!

Jodoh itu rahsia Allah. Tentunya aku redha. Siapa mereka? Oh..seperti di pesan, aku tak boleh nak revealkan nama mereka di sini. Kalau korang tau, diam-diam sudah. Kalau tak tahu, abaikan saja.

Saturday, November 12, 2011

im not a good teacher..

!'m really not a good teacher.

Bkn jenis yang kesabaran tahap tinggi. Skang, kat ofis ni ada 2 new staff. Ok lah kan, tidak-tidaknya bolehlah diorang ni cover kerja kitaorg yang menggunung ni. But, the problem is, this 2 new staff ni kena ajar satu persatu. Katanya, before this pernah keje data entry, tapi, the basic things pasal excel pun tak tahu..waduh, mau giler aku macam ni. Dah lah banyak data yang aku kena buat semua dalam excel. tu blum lagi nak kena ajar POS and MYOB. yang sorang pulak, katanya pernah kerja jadi store keeper. Aku ingat pasal store & logistic tahulah kan. tapi, tak tahu juga. Tu belum lagi minta tolong untuk sediakan document untuk shipping. aduhai...

sudahnya, banyak kerja yang kami juga nak kena cover sebab belaka-belaka urgent. Kalau nak ajar diorng dulu, mau ambik masa jugak. tapi, sampai bila kan. mesti kena nak ajar diorang juga. cuma yang mnganginkan aku, diorang ni kadang-kadang tak berapa nak dengar kata. note pun malas nk tulis kadang-kadang tu, men ingat kat kepala otak. lepas tu, mulalah nak tanya macam-macam lagi. Bukan aku tak nak jawab, tapi, kalau asyik tanya benda yang sama berulang kali, angin juga. kadang-kadang tu, nak kena remind diorang banyak kali pe yang diorg kena & patut buat. dahlah aku ni jenis malas nak cakap banyak kali. dan kalau tak kena gaya, suara aku pun boleh jadi tinggi & sinis nadanya.

waaa..sesungguhnya aku memanglah tak sabar. sangat tertekan dapat asistant yang semua benda nak kena ajar even the simplest things. Dan diorang ni sesungguhnya sangat dependable, tak ada inisiatif nak belajar sendiri. Bukannya tak ada free time. kalau nak harap aku ajar everything, mana nak cari masa. aku pun banyak kerja juga. Diorang ni plak, kadang-kadang, benda yang nak kena confimation, tak ditanya pulak. ikut sedap kepala sendiri nak buat keputusan.. tapi, difikirkan positif, nama pun staff baru. Apa yang diorang kena buat semuanya benda baru bagi diorang. cuma, aku kena banyak bersabar lah dengan diorang ni. I'm realize, that im truly not a good teacher.....

Pulut Pasong @Aidiladha

Pernah dengar? Aku pun first time dengar. Rupanya sejenis makanan tradisi orang banjar. Oh ya! My Family actually keturunan banjar. Mak ayah orang banjar. Speaking pun klu sesame ‘kulaan’ memang banjar language laa. Cuma anak-anaknya je tak reti nak speaking. Faham tu bolehlah...klu tengok muka kitaorang pun, memang muka orang banjar, sebab belaka-belaka cerah cam Chinese tapi cerah kami, cerah orang banjar.

Oh, penyediaan nya sama je macam nak buat lemang. Cuma tak bakar je. Pulut tu kena kukus lepas balut dengan daun pisang. Rasanya pun sama macam lemang. Cuma bezanya tak de bau bakar. Tapi serius sedap. Ingatkan ni first time makan…rupanya, as my sister said, mak pernah je buat dulu, tapi aku dah lupa ingatan. Sudahnya, abang ipar aku yang mula-mulanya puaslah dok fikir macammana mak nak masak pulut tu sebab banyak juga daun pisang yang mak & abah ambil, siap duk melobi kakak aku suh masak macam ni kat rumahnya nanti. Maklumlah, family dia pun bukan jenis family yang buat lemang jugak. Klu ada pulut pasong ni kalau tak ada rendang tak sedap juga. Dan seterusnya, my mum buat rendang kerang & ayam. Silalah tengok gambar di bawah pada sesapa yang tak boleh imagine rupa dia macam mana…lupa plak nak snap pic rendang kerang & ayam. tak sempat kut, tau-tau je org2 lelaki blok aku dah sampai. Terus lari masuk dapur....
ni pic lepas dipotong..serius mcm lemang..
ni pic sblm dipotong..

Friday, November 11, 2011

The X File

Misteri di sebalik kehilangan tudung

waa...aku sangat takut sekarang. Satu malam, oleh kerana ampaian dah dieksport ke rumah baru pengantin baru,aku pun sidailah baju kat gril kat balkoni bawah. dan pagi esoknya, sebab takut hujan kalau di biar, sebelum aku pergi kerja, aku nak angkatlah kain tu. dan tetiba....

waaa...2 helai tudung aku sudah tak de. elok je hangernya tergantung. Nak kata jatuh, tak nampak pulak bayang2 tudung kat balkoni tu. takkan melayang sampai tembus gril umah pulak...huhu..ke ada orang kidnap.. serius, aku dah gabra. takut plak kalau betul dicuri dengan niat jahat. at last, daripada aku penat fikir benda yang aku memang tak tahu, aku tawakal je lah. moga-moga tudung yang hilang tu xde apa-apa. redha. Sehari berlalu, aku demam. aku tawakal juga, moga-moga demam aku ni tak de kena mengena dengan misteri tudung hilang tu. lagi pulak, badan aku ni memang imunisasi agak lemah. senang sangat nak demam. lagi-lagi dengan cuaca sekarang. kebetulan roomate aku pun demam, kwn ofis pun ada yang demam sampai MC 3 hari. so, aku positif je.

dan hari ni tetiba, Aisyah housemate aku masuk bilik dengan sebungkus plastik. Terus ditanya kenapa tudung aku ada kat luar. huhu...siap berbungkus dalam plastik. dia jumpa pagi tadi masa nak pergi kerja depan pintu. bila dibuka, 2 helai tudung tu memang dalam plastik tu, bau soflan aku pun ada lagi. bila aku tarik keluar tudung tu, nampak syiling 20 sen. waaaa...serius otak aku jam. tak boleh nak rungkai misteri sebaliknya. Sangat berharap tak de yang aniaya aku ke apa. Aisyah siap pesan suruh aku basuh semula tudung, baca selawat segala bagai. aku dah takut...dan ikut hati aku, tak nak dah pakai tudung ni. Dan sesungguhnya, aku doa sangat-sangat. tak de lah sesapa yang berniat tak baik pada aku. Insyaallah...Allah Bless.

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...