Thursday, December 29, 2011

Ketam Lembut @Kuala Gula

ni lah ketam lembut masak pedas...sedapppp!!!

Alang-alang pergi kenduri di Taiping bulan lepas, Izzah dah mengemukakan cadangan untuk makan ketam lembut yang sangat popular di Kuala Gula. Sebenarnya, pernah je beberapa kali pergi ke sana, sebab kalau balik kampung di Bagan Serai tentu akan singgah kat rumah arwah tuk sedara di Kuala Gula. Tapi, tak tahulah plak kat situ ada restoran yang glamor dengan ketam lembutnya. emmm...Thanks Izzah mencadangkan tempat makan yang best.

Perjalanan dari rumah Miza ke destinasi ambil masa dalam 1/2 jam jugalah. dan perjalanan kami ditemani deretan pokok kelapa sawit disepanjang jalan. view yang sangat cantik walaupun tak pelik mana pun sebab aku membesar pun dengan pokok kelapa sawit gak sambil ditemani oleh Izzah sebagai driver yang berjaya dan kawannya Umi.
Destinasi yang dituju sampai akhirnya, guess what?? Restoran terapung...sangat-sangat teruja. tapi, jaga-jagalah klu tetiba bot lalu..mau rasa nak melayang je. Kami order nasi putih, ketam lembut masak pedas, kailan ikan masin dan tomyam. harga? tak tahulah sebab Izzah yang belanja...hehe...emm, sedap2. tapi ikut kata Izzah, klu masak goreng tepung lagi sedap...

menu hari itu...tomyam, kailan ikan masin, & ketam lembut

boleh juga kalau nak bersiar2 dgn bot

kat bawah ni sangkar2 ternakan laut

ni info kalau terasa nak ke sana



view dari restoran..tu chalet kuala gula
ni lah namanya kuala
Kuala Gula Resort..klu nak cari tempat menginap la
then, kami bersiar-siar di sekitar Kuala Gula. Sempat menapak di Kuala Gula Resort sekejap yang betul-betul berada di tepi kuala sebelum bertolak pulang sebab hari dah menginjak ke senja....

emm..journey yang sangat best. Thanks a lot Izzah yang setia jadi driver & sediakan tempat menginap. Miza gak sudi jadi peneman & penginapan juga..hehe...

**Story kat Bukit Merah Laketown resort, nenantilah, kalau aku rasa rajin, aku sambung...(^_-)**

Friday, December 23, 2011

Ojakgyo Brothers

Honestly, im not really like family based drama or weekend drama because the ep is too long. For OB itself, might be 50 episod, and got rumors will extend till 60 ep…then,as at last Sunday only, just airing up to 40 episod.  This drama still airing, I have no choice to read the recaps first especially from Cadence blog cause its really troublesome for me to watch without subtitle. So, I can get the picture of the story though watching without sub..(macam faham jeee...as my roomate always say)

For this OB, at first i accidentally watch one evening at KBSWorld. Just watching the scene between Tae Hae and Jae Un make me want to watch the next ep..i try to search thru internet, and fortunately, my favourite site already upload the link.


I know Tae Hae (Joo Won) from Baker Kim Takgu and im not into his character as Majun at first, but I like him when he transfom and willing to help Takgu, and  for OB, truly his character totally different. Just love to see his acting again. For Jae Un (Uee), knowing her from You're Beautiful, the annoying girl and After School idol group. But, im not into After School at all. But seeing them together, such really cute. Some more i like the connection between Tae Hae and Jae Un and their relationship among Hwang big family. Plus, I really like the relationship between all four Hwang son and their own story esp Tae Hae and Tae Bum. Though Tae Hae is not really their son, cause actually Tae Hae is his dead brother son and cousin with all the Hwang brothers, but their relationship growing like true family. Plus, like the transformation of relationship between Tae Pil (Hwang’s youngest) and Tae Hae, cause at first, Tae Pil really don’t like Tae Hee, not calling him hyung at all. Some more, just love how the 4 brothers solve problem each other when something happen.
 
After all, Tae Hae & Jae Un relationship actually make me obsess with this drama. Just love to see both of them together though their relationship growing really really slow (coz its 50 ep drama). Plus, as Tae Hae growing as a boy that loss his parents, it make him fail to express and realize his feeling towards others, esp Jae Un. After waiting about 30+ ep, then finally, viewer can see their love relationship growing better. But as this is fair and square drama, when Tae Hae-Jae Un relationship going better and better, Tae Bum-So yung relationship going worst then ever. Cuz their secret married already reveal to their colleagues, plus their contract married already known by their family.

Emm..ok done for my review for this Ojakgyo Brothers/Family drama. My bias at this moment other than Queen Insoo.

** waiting for ep 41 & 42 this weekend...chill!!

Thursday, December 22, 2011

Welcome 2012

new 2012 calendar ~ at the back 2011 calendar yang penuh sudah dengan contengan

 CHANGE ~ We cannot direct the wind, but we can adjust the sails..


Mood ~ welcoming 2012 coz just received 2012 calendar by one of our supplier. The first things, figure out all the public holidays. Big Smile ~ and berkira-kira untuk chop date for my future planning. Ceh!!! In my dreams la….Insyaallah, Allah Bless. Please pray for me…hehe (but the truth is tak leh nak plan sebab partner untuk plan tak muncul lagi....)

Best2..overall public holiday jatuh kat hari yang best. cuma ada a few months yang tak ada public holiday...huhu...
emm..September???? ....haha...month chosen by my bff...tuan badan?? amin kan saja...\0/ \0/

we'll see...

Monday, December 19, 2011

Habis sudah voucher Jusco ku.....



Last Jusco Member card day 1st Dec yang lalu, aku & cik roomate telah bershopping dengan jayanya. Kira secara congaknya dalam RM1300++ la habis. (ooh, aku memang fail klu bab congak2 nie dan lagi total tu total untuk 2 org yee). ohh..ak bukan beli sebarangan ok, benda yang aku beli tu sangat2la penting..PETI AIS, Panasonic, lepas ditolak 5% discount, adalah dalam RM 1100++. emm..brand lain tak banyak yang ada discount, plus some more, klu beli brand Panasonic dia bagi lagi Jusco Voucher extra. Yang balance RM 200 tu yang tu baru dikira shopping, sempatlah grab sandal sepasang (itupun lepas kena bebel dgn mak suruh beli sandal baru...padahal mak tak tahu selain sandal crocodile yang dia tengok cam dah tak comei tu, aku ada sandal spare yang lain..hehe)..

Sandal, aku grab 'SOLE' punya, aku tak kira pun brand ape, asalkan selesa dan comel aku pakai. dan tahan lama, tak ada saiz 4, terpaksa ambil saiz 5, agak longgar tapi lepas diadjust, oklah. dan incident yang agak memalukan, aku tak tahu plak ada brand SOLE, aku ingatkan sandal yang aku nak tu dah SOLD out....haha..kena gelak jap dengan promoter tu. patutlah ejaan lain, aku try cover malu...then, aku grab iron board & blouse sehelai, yang balance, roomate aku punya portion sebabnya kami nak cukupkan untuk dapatkan voucher..hehee...

So totalnya, kami dapat RM 130 voucher dari total belian + RM 50 voucher sebab beli peti ais Panasonic. so, bahagi 2, kira aku & roomate dapat RM 90 sorang. So, oleh sebab aku punya barang2 peribadi dah out of stock dan fikir macam taknak bazirkan voucher yang kitaorang dapat + mengambil peluang masih lagi mood 'SALE' kat Jusco nun. so, kitaorang pun pergilah menyopingkan diri hari Sabtu lepas. Cadangnya nak beli rak kasut, sudahnya tak jumpa yang berkenan, ber'groceries' je la kami. total about RM 80++..emm, barangnya tak adalah banyak mana pun, tapi harganya...sabar je la kan.
my personal stok yang totalnya RM 80++

Tapi takpelah, ni stock pun untuk 1-3 bln depends pada kuantiti penggunaan..hehee...dan sempat grab rak kasut & hanging rak kat carefour yang tak best, sebab dahlah in renovation, kaunter bayaran punyalah sikit dan susun atur barang sangat bercelaru...huh

oleh sebab hari kami shopping tu weekend dan kami ni tak ada kereta, sangat meletihkan kerana terpaksa menunggu giliran yang amat panjang & lambat untuk cab. itu belum masuk cerita orang yang menyentot barisan..rasanya penat tunggu teksi lagi penat dari pusing Jusco & Carefour tu kut...huhu..kaki sangat sakit, rasa cam nak bersila je kat MidValley entrance tuee...
rak kasut yang convenience untuk di carry oleh kami yang tak ada transport
taraa...peti ais baru yg menghadiahkan voucher RM 160
Overall, aku puas hati, sebab...1stnya, gaji bulan lepas walaupun segedebuk mengalir laju, tapi aku nampak juga segedebuk peti ais dah selamat sampai kat rumah aku semalam., tak kisahlah walau aku kongsi 2 orang dgn cik roomate, plus rak kasut & hanging rak yang tersadai tepi pintu & all the groceries untuk bekalan masa depan yang aku beli dengan Jusco Voucher. Emm...cara shopping yang bijak and Im proud of myself...hehe...

** Next mission; kami terfikir-fikir untuk beli microwave pulak...tapi, tengoklah macam mana situasinya nanti...maklumlah gaji aku ni bukan banyak pun....dan bila berfikir secara tidak waras, aku agak sengal dengan orang yang gajinya berkali ganda daripada aku tapi tak pernah terfikir untuk beli apa-apa barang pun untuk rumah tue...nak je aku seal peti ais tue tak bagi diorang isi barang, tapi kalau aku buat macam tu, aku la yang sengal...ngeee....tpi, rak kasut tu memang kitaorg tak kasi can, letaklah, aku campak luar...(eh..berani ke aku buat???...gelak sensorang...) ~ its depend on level of selfishness...chill!!!!

Disclaimer; Entry atas ni aku tulis kat ofis tadi, barula ni nak pos. tetiba je bila aku turun bawah nak dinner, lorrr...sudah ada sandal asing kat rak kasut kami, perlu ke aku campak luar kasut tuee...haish, ni aku rasa nak suruh Aishah balik cepat, nak suruh dia susun sandal dia penuhkan rak tu bagi tak ada space...huhu

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...