Monday, December 13, 2010

[Saya muda remaja…(^_-)**]

Hari tu masa aku tgh tunggu my colleagues after buying my lunch, adalah sorang pak cik ni (aku consider pak cik cz rsanya baya2 ayah aku je dia ni w/pun dia ngan sorg kanak2, yg ak consider as cucu dia..hehe). pak cik ni dgn ramahnya menegur aku…

“Keje mana….?” Pak cik tu memulakan wawancara. Aku pandang, senyum jelah. Smbil jari telunjuk menunjuk arah atas. (aku slalu beli lunch kat food court tingkt 1..)
“Atas…”
“CIMB…?” Pak cik tu serkap jarang..
“Tak lah…” Aku geleng. Haih…tiap kali org nak serkap jarang. Mesti diorg sebut CIMB or SYABAS…mcmlah dua company tu jelah company besar kat bangunan nie. (huhu..w/pun hakikatnya yee…).
“Dah kawin…”
“Belum…” Aku sengih smbil geleng kepala.
“Umur bape…”
“25…” Haa…tgk, betapa jujurnya aku. Walaupun aku sedikit curiga ngan pak cik ni.
“Hah…tak macam 25 pun….mcam muda remaja je tengok…” Dua tiga kali gaklah pak cik tu mengulang ayat ‘muda remaja’ tu smbil tngannye berpusing-pusing menunjuk mukanya. Aku pun tak bape ambik peduli sgt apa pak cik tu explain pasal muka aku. Yang aku faham…muka aku klu ikut penglihatan pak cik tersebut tak menampakkan yang aku ni brumur 25 tahun la agaknya (positif thinking…emm..entah2 pak cik tu ngutuk muka aku kut…haih, tak baik ‘syukzhon’….). Aku sengih je lah.
“Apa-apa jelah pak cik…” dalam hati aku je yee.
“Asal mana….?”
“Pahang….”
“oooo….” Agaknya, dalam kepala pak cik tu tak bape nak percaya kut aku org pahang, sbb slalu ngat org misunderstanding aku ni Sabahan. Helo…walaupun IC aku bukan 06, tp, aku mmbesar kat Pahang, ok. Wawancara dengan pak cik tu terhenti setakat itu sahaja sbb ofismate aku pun dah sampai, so, aku blah la dari situ…dengan cepatnya. Sbb maleh nak jawab the next question….haha..macamlah ada kan.

Aku tak tahulah nak ambik frasa pak cik ni as insult or compliment…haha.
Tapi aku mempositifkan dirilah…. “I take it as a compliment…”
“Saya muda remaja….?...” haha…sebab tu kut jodoh aku lembab sikit. (ada kaitan ke?...)
adalah kut, sbb klu aku wat sesuatu yang tak bape kena dgn definisi ‘matured’ di mata umum, mesti mak aku akan cakap…”haih…camne nak kawin camni…” haha….aku sengih je klu mak aku cakap camtu pastu aku mulalah tukar topik len cepat-cepat sebelum mak aku meneruskan pembebelannya. Haih…kenapalah kakak aku kawin umur 25 thn….*sigh*…

No comments:

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...