Saturday, March 05, 2011

Dear Boys 19 ~ Poor Toya


My life ...nothing special, kepala masih mengalami kebengongan sebab tak dapat cari rumah sewa yg baru lagi...huhu..so, this comic sure make up my mind...chill!!

Plot cerita bermula malam sebelum perlawanan Mizuho & Shonan. Kisah pertemuan Toya & Ayumi Fuse di gelanggang, dengan Toya mengisytiharkan cabaran secara terang-terangan pada Fuse dengan niat berjuang bermati-matian untuk menghapuskan Shonan. Mulanya, Fuse tidak berminat dengan cabaran Toya kerana lebih menitik beratkan perjanjiannya dengan Aikawa yang mereka akan menewaskan sesama sendiri dengan sekurang-kurangnya 50 mata, sebab ketidakpuasan hatinya menang dengan Mizuho masa pertandingan daerah dengan hanya 1 mata. Namun, cabaran Toya, meminta Fuse untuk menghapuskannya dengan apa cara sekalipun samaada foul atau terpaksa keluar gelanggang sebelum Fuse berdepan dengan Aikawa. ‘Kachinige suru’ , lari atau mengundur dengan kemenangan di tangan dimana Toya berniat untuk menewaskan Fuse dengan kemengangan yang ulung sehingga Fuse berasa keliru dan kemudian tidak berpeluang membalas dendam kerana Toya berniat untuk berhenti dari bermain bola keranjang selepas habis Inter High . Cabaran Toya menyebabkan Fuse bengang.

Takumi & Ishii pula tidak boleh tidur kerana memikirkan perlawanan esoknya tanpa Ranmaru Miura yang cedera. Dan Ishii bersungguh menyatakan semangat juangnya untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ranmaru.

Hari penentuan pusingan ke-3. Tendouji membelasah Koshien untuk ke peringkat seterusnya. Selepas tamat, Tendouji, Akita Johoko & Meiwaidai Hitachi masing-masing menonton perlawanan antara Shonan & Mizuho. Sebelum perlawanan, Toya sempat memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya ketika menentang Shonan di pertandingan daerah menyebabkan semua ahli Mizuho terkejut, namun kembali bersemangat untuk mara ke suku akhir. Gelangang dimulakan dengan lima pemain Mizuho; Takumi, Kazuhiko, Ishii, Kenji & Toya menggunakan formasi 1:1:3, sama seperti masa Pertandingan Saringan Kanagawa. Dan Shonan memang sudah menduga corak permainan yang sama akan digunakan oleh Mizuho tanpa sama sekali tahu yang Mizuho terpaksa menggunakan formasi tersebut untuk tidak menurunkan Ranmaru. Lagipun, kubu kuat Shonan adalah di kawasan ‘inside’.

Watak Toya berubah sama sekali pada perlawanan kali ini, sebab dia seakan berkeras untuk menentang Shonan bermati-matian sehingga menyebabkan kesemua rakannya bimbang. Sebelumnya, Toya masih sempat senyum dan bergurau semasa bermain walau setegang manapun perlawanan. Tapi, kali ini, dia berubah menjadi serius sehinga menyebabkannya 2 kali foul. Perubahan watak Toya turut mencuri tumpuan Cik Sakibara (reporter sukan yang amat mengikuti perkembangan Mizuho dan lainnya).

Perlawanan kali ini melihatkan kematangan Ishii dalam membentuk pertahanan sebagai salah seorang orang panjang dalam Mizuho. Ini dipersetujui oleh pemain Tendouji sendiri. Dan Sawanobori dan Mushashi dapat melihat dengan jelas bagaimana kerjasama hantaran yang bermutu tinggi antara Takumi Fujiwara & Kazuhiko Aikawa.

Klimaksnya, dalam proses menghalang Shonan menjaringkan mata, Toya sekali lagi membentuk pertahanan kental bersama Ishii & Kenji, sehingga menyebabkannya jatuh bersama-sama dengan Ayumi Fuse, dan tanpa diduga hidung Toya terkena lutut Fuse hingga menyebabkan hidungnya berdarah. Seisi dewan terkejut & Mizuho meminta ‘time-out’. ~ to be continue…..

No comments:

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...