Waa..hari ini sangat excited walaupun kepala masih pening sebab tak cukup tido. Ciss..ingat rumor cuti itu betullah..huhu..dan sebaik jejak KL, terus mencari paper hari ini.Fokus utama hari ini...HARIMAU MUDA.
Mulanya macam was-was dengan diorang sebab sekadar seri dengan Singapore masa perlawanan pertama. Tapi, ternyata diorang memang hebat dalam definisi tersendiri. Mulanya macam tak puas hati masa diorang lawan Cambodia walaupun menang 4-1. Tapi, sangat impress masa tengok diorang lawan Indonesia masa penentuan juara kumpulan walaupun sangat2 tidak puas hati dengan pemain Indonesia yang sangat2 agresif. Masa HM lawan Myanmar, tak dapat tengok, sebab sudah on de way ke Taiping. Hanya dapat berita kemenangan diorang melalui my little bro & baca paper esoknya. Sempatlah tengok recap melalui TV3 kat rumah Cik Miza sebelum Final. Dan untuk final, masih sempat menonton 120 minit prlawanan w/pun tak sepenuhnya sbb sempat pusing-pusing LakeTown melihat keindahan lampu waktu malam sebelum pulang ke KL.
Sampai je di rumah Miza, dah masuk separuh masa yang kedua. Masih sempat menonton sesambil packing baju. Sangat teruja tengok walaupun sangat2 kesian dengan pemain HM yang asyik dijatuhkan lawan terutama sekali my new bias, Captain Badrol Bakhtiar. Nampak sudah mereka sangat keletihan terutama pada 15 min terakhir masa tambahan (so, sangat tidak relevan mereka meminta melakukan doping test tersebut)
Oleh sebab mengejar waktu keretapi 11.59mlm, tak sempat pulak nak menyaksikan tendangan Captain yang memastikan Malaysia berjaya mempertahankan Pingat Emas. Hanya dengar ulasan dari radio macammana tendangan tragis itu berlaku. (for sure will download after this).Dan ‘sms’ dari adik Miza yang men’confimkan M’sia menang. Dan sesampai je di stesen keretapi, sempat melihat aksi mereka sebelum pingat emas dikalungkan. Alhamdulillah, doa semua rakyat M’sia termakbul walau tak terkira rintangan yang mereka hadapi disana sebaik menjejak kaki di bumi Indonesia hingga saat terakhir kemenangan termaktup.
Apapun keputusannya, the truth is we proud of u ‘Harimau Muda’. Semangat juang mereka berjaya membuatkan ramai rakyat M’sia masih berjaga mengiringi perjuangan mereka walaupun malam sudah menginjak ke pagi. Harapnya, semangat ini berterusan kerana perjuangan mereka masih belum berakhir. Dan kita yang tidak bersama-sama mereka di padang janganlah pula mencaci maki mereka bila kemenangan tidak berpihak kepada mereka. Sokonglah mereka seadanya, biar kalah atau menang. Itu semangatnya. Dan Indonesia, shame on you. Walau apapun alasan anda untuk membenci Malaysia dengan menzahirkan dengan perbuatan anda terhadap rakyat dan atlit kami di bumi anda sendiri, itu bukan caranya. Sukan Sea bukan medan untuk anda berbuat demikian. Seharusnya cuba difikiri, kalau kami di sini, melakukan seperti mana apa yang anda lakukan terhadap rakyat anda yang membanjiri Negara kami disini….nyatanya, kami tidak seperti anda coz the reality is, we are ‘Malaysian’.
**Tahniah juga kepada kontijen M’sia yang berjaya meraih 59 pingat emas di Sukan Sea.
2 comments:
suddenly semua org very da semangat kesukanan...:)t'masukla aku cik shila oiii...smpi rase mcm nk follow seme jenis sukan t'masuk angkat berat..hehehe
hehe...bgus2...w/pun nk jd atlit mmg xlogik, jd penyokong jelah ...coming soon, sukan asia, komanwel & olimpik plak...:D
Post a Comment