Wednesday, January 05, 2011

[A Jouney to Kelantan @Ani Wedding]



Date : 25-26/12/2010
Location : From KL to Kota Bharu, Kelantan.
Participant : I, I-shah, Along, Lili & K.Mala


Our journey start at 5.00am dr KL. Brtolak dr rumah awal pagi sbb nak smpai Kelantan before tengahari. Memang mengantuk sangat sebab memasing pun penat. Tapi, still survive sbb kesian kat Along drive Persona dia sorang2. Dr KL, mlalui highway Karak terus ke Bentong. Kami berhenti solat Subuh kat Masjid Bentong yg besar & cantik. Lepas Solat, ingatkan nak survey2 kedai makan utk sarapan. Huhu..sumenya tak buka pun lagi. Lalu, kami teruskan perjalanan ke Raub. Sampai di persimpangan Felda Krau, adalh satu kedai dah buka lampu..bila kami tnya, dah ready ke, belum siap setting katanya. Lepas je kami blah, terus owner dia tutup lampu..haha…Perjalanan diteruskan lagi. Finally, kami bersarapan kat Restoran Ehsan, Raub jam 7pg. Memasing order Roti Canai. Kemudian, perjalanan diteruskan ke K. Lipis ~ Gua Musang ~ Kuala Krai ~ Kota Bharu. Kami brhenti sekejap di R & R Merapoh..mencari toilet. Fuhh…susahnya ikut jalan biasa. Nak cari toilet yg convenience amatlah susah. Penat gaklah menghitung masa & jarak. Tiap kali ada signboard & batu jalan msti tengok sbb nak tau dah bape jauh kami brjalan..haha… Bagi mghilangkan sisa-sisa ngantuk, kami wat konsert dalam kereta smbil2 main pop kuiz…hehe…


Sampai je kat Ombak Inn, tpt kami mnginap, jam blum pun pukul 2pm. Xboleh check in sbb check in kul 2pm. So kami pun try survey kedai mkn utk lunch. Jupe satu kedai, survey lauk, kami nmpak ada A4 paper trtulis ‘SERATI’. Masing2 pandang sesama sendiri. Senyum & terus blah…haha…bak kata k.mala, telur masin je yg dia boleh mkn.
Emm…macam susah plak nak cari kedai makan. Tulah, org kata, time kita nak cari susah plak nak jupe. Punyalah pusing, smpaikan kami nekad, klu xjupe kedai makan yg kena ngan selera kami, McD je kami tibai. Finally jupe gak satu kedai makan ni. Tapi, oleh sbb lmbat bgi signal, kami brhenti kat depan satu bengkel. Bila kami try utk reversed, tetiba ada satu kereta Nissan Sylphy tgh mengundur ke belakang. Kami ingatkan dia sedarlah kami kat belakang tgh reversed. Yg kereta tu laju je reversed. Sedar-sedar dah langgar tepi kereta Along. Punyelah Along hon kuat, xdengar katanya. Tapi, tulah, takkan alarm keretanya xbunyi. Sudahnya, kemek gaklah kereta Along, sampai pintu depan belah pnumpang xboleh nak buka. Tapi, nasib baiknya, kejadian tu brlaku depan bengkel. & yg langgar kami tu, tuan punya bengkel. Dia kata diorg akan baiki pe yang rosak tu, FOC. tapi hanya boleh siap petang. Huhu…spoiler sungguh. Tak menjadilah plan kami nak jalan2 ptg tu. Rupa2nya owner bengkel tu dah tua & ada masalah pendengaran…huhu

Sudahnya, lepas kami tapau lunch. Kami trus menapak pergi Ombak Inn, lepak dalam bilik jelah smpai kereta siap. Tidur je blaka. Penat.

Dalam kul 5.45pm, baru kereta siap. So kami pun trus bersiap utk pi jalan2. Destinasi seterusnya, KB Mall. Mula-mula ingatkan KB Mall tu byklah kedai2 yg logic utk kami shopping kat Kelantan ni. Tapi, sudahnya, emmm…sama je macam MidValley & shopping mall kat KL ni. Blaka2 kedai kat c2, boleh jupe kat KL ni. So, kami pun terus menapak keluar. Honestly, tgk…KB mmg tgh membangun skang, jadi jalan dia macam xbape ok sbb byk construction sana sini. Seterusnya, ingatkan nak pi cari Pasar Siti Khadijah & gerbang Al-Quran tu..pusing punya pusing, sesat daa. Sebab totally ikut signboard, sudahnya, xjupe. Tau-tau je dah maghrib. Huhu…last2 kami pi singgah Pasar Wakaf Che Yeh tak jauh dari Ombak Inn. Tapi, cam byk gerai tak buka lagi. So, kami pun dinner dulu. Kali ni, tak susah sangat nak cri kedai. Blaka2 order masakan panas je. Tapi, serius, lama giler kami tunggu…hampir ½ jam. Tak tahulah apa sebabnya, smpaikan aku sempat patah balik hotel. Lepas makan, kami naik bilik utk rehat sekejap. Lepas rehat, aku, Along & I-shah nak sambung pusing pasar. Kami start dari gerbang Wakaf Che Yeh…memang pusing habislah. Tapi, tak tahulah habis ke tak sbb pasar dia pjang sgt & byk lorong plak tu. Gerai2 pun hampir sama je. Jualan pun sama je. Tudung, baju, t-shirt, selendang, buahan, makanan & etc. yg paling byk, jual barangan batik….lepas penat pusing2. balik time. Sudahnya, kul 12.00am gaklah kami tido.



To be continue…part II

- Belaka2 kata rasa lain bila datang Kelantan. Well…kena dtg dululah kut bru rasa apa yg lainnya.
- Agak susah nak jupe yg perempuan tidak bertudung, bukan takde, ada je..tpi, majoritinya bertudung. Tapi, tak tahulah time kitaorg pergi tu kut2 yg tak bertudung tak keluar rumah kan…
- Makanan…penyediaan makanannya agak tak bape nak kena ngan selera kami. Tapi, still boleh terima lah..sekali sekala.
- Pe’el beberapa kerat manusia, main langgar je. Menonong je jalan smpai tak hirau kut2 trlanggar orang ke…huhu..sbb aku hampir dilanggar bbrapa kali di KB Mall.
- Ada gak yg tak berapa nk berdisiplin ats jalan raya, liat nak gunakan signal. Nasib baik kami alert … klu tak mahu accident beberapa kali.
- Dan kami agak kagum ngan uncle bengkel tu, org cina tapi fasih berbahasa melayu kelantan & speaking English siap + sgt peramah.

1 comment:

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...