Friday, January 07, 2011

A Journey to Kelantan @Part II


Oleh kerana msg2 kepenatan akibat perjalanan yg mmg jauh smlmnya, hampir kul 10 gak kami keluar & trus check out. Sblmnya, Along siap goggle map Bazar Siti Khadijah. Rupanya, GPS Along tak detect Bazar Siti Khadijah tapi detect as Bazar Buluh Kubu, nama lamanya..huhu…then, kami pi sarapan dlu. Kami order roti Canai gak. Roti Canainya terasa manis. Kuahnya, diorg hidang kuah dal dalam mangkuk, tapi isinya teramatlah sedikit…So, kami pun mintalah sambal. Commonly, kta sume tau, sambal tu merujuk kepada sambal ikan bilis, tapi surprisingly, waiter tu mistaken as sambal belacan. Haila..apa kejadahlah nak makan roti canai dengan sambal belacan. Then, bila kami minta kuah kari…tak da katanya. Padahal, masa kami dah nak blah, ada je kuah kari…huhu…

Seterusnya, kami mencari lokasi Bazar Siti Khadijah & Gerbang Al-Quran. On the way, kami trnampak gerbang Kota Darul Naim, trylah msuk..huhu..bangunan kerajaan rupanya. At last, Alhamdulillah, dapat juga jupe. So, kami pun brsiar-siarlah sekitar dataran kat gerbang tu sesambil taking a few photo.

Fuhh..tgk bangunan LHDN dia dh mcm muzium. Lepas hampir 1 hour pusing2, kami terus ke Bazar Siti Khadijah aka Bazar Buluh Kubu. Huh..blaka-blaka jual brangan batik je. Tapi serius penat berjalan sbb kedainya agak byk. Lepas tu, kami ke bangunan sebelahnya, lower ground, barangan basah, tak berapa terurus & baunya agak kurang menyenangkan. Terus kami naik ke tingkat berikutnya. Susunan kedai agak berserabut & terlalu byk brg yg dijual, jalannya pun agak sempit. Sbb masa kami pun tak byk utk spend for shopping, so, main beli je la mana yg dan. Yg agak-agak berkenan di hati.

Seterusnya, kul dalam 12.30pm, kami teruskan perjalanan ke rumah Ani di PAsir MAs. Sampai je, tetamu pun baru je start makan. So, kami jupe pengantin sekejap sblm masing2 menjamu selera. Kali ni, masakannya bolehlah walaupun sambalnya terasa manis. Aku makan pun mana yg biasa nampak & makan. Yg macam pelik tu, tak makan, takut tak kena selera. Lepas habis beramah mesra dgn pengantin, taking picture..kami pun berangkat pulang jam 3.00pm lepas patah balik smula ke Psr Siti Khadijah sbb Along nk beli tepak sirih utk majlisnya coming soon. Emm…perjalanan masih jauh, dan esoknya kami semua keje..huhu..

Kami berehat sbntar di Msjid xxx utk solat asar. Msjid ni mmg tersergam indah & besar. Tapi, huhu….maaf kata, tandasnya memang kotor & ada benda2 yg sepatutnya ada dlm dustbin bersepah merata tempat. Klu tak disebbkn mknan yg mkn tadi dah selamat hadam, alamatnya trkeluarlah blaka…huhu..perkataan Tandas Perempuan pun hanya diconteng dgn cat. Tak kisahlah, benda ni remeh pun, tapi bagi aku, at least, tandas biarlah bersih dan convenient, sbb rasanya, cam ramai je brhenti solat & rehat kat situ…klu tak sebab urgent, rasanya tak terguna kut tandas tu…ngeeee…

Perjalanan balik tak se’smooth’ perjalanan dtg, sbb masa dah merangkak ke mlm. Dan berduyun-duyun lori keluar atas jalan raya. Jadi perjalanan kami jd agak lambat trutama bila melalui Gua Musang & K.Lipis. Kami cuma berhenti solat & makan di Genting Sempah. Kali ni mmg kami pi McD sbb memasing dah tak berapa nak selera makan berat. Itupun, sbb Along cerita perihal kawanya yg balik Kelantan mlm2 & sorang2 dan singgah mkan kat gerai yg sebenrnya tak wujud pun..huhu..so, tu yg kami singgah kat tpt yg btul2 wujud siang & mlm…

Finally, kami sampai rumah hampir kul 11 lebih. Penat sangat2. huh..macam mana lah diorg boleh bertahan balik kg jauh-jauh camtu dgn jalan yg tak berapa nak elok. Huhu..tapi, bak kata Along, diorg pergi tu kg memasing, so rasa balik kg tu lain dari rasa jalan sesaja cam kami ni. Mungkin lpas ni kami boleh consider cadangan K. Mala utk naik flight je klu nak pergi Kelantan..huhu…adventurous sungguh.


- Org kelantan tak panggil kuah kari tu kari, tapi gulai..huhu..patutlah bila kami tnya kari diorg kata tak de..
- Dan betullah kebyakan makanan dicampur gula, mcm roti canai, karipap, sambal ikan bilis..tu jelah yg aku makan pun…haha
- Dan susah nak tawar hg klu kta cakap luar masa shopping2 kat sana…
- Accommodation ~ for me not so convenient, facilities tak berapa memuaskan. Mybe coz not achieve our expectation…we book for family suite,but tak macam family suite pun…huhu…still on considerable sbb smlm je pun…what we expect for 90++ per night? ~ tapi, dlu aku pi Penang 80++ for one room, convenient giler..huhu

No comments:

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...