Tuesday, March 22, 2011

[Khurafat]

tak kisah la nak kata aku trlepas stesen ke apa..aku nak review gak tentang filem ni. Filem ni aku tak tengok kat pawagam pun. Oleh sebab sabtu malam ari tu tak ada cerita yang menarik utk di tengok, kami pakat-pakat contact Astro First. Oleh sebab cik Mas teringin sangat nak tgk khurafat & dengan jayanya melobi dak rumah yang lain, aku pun follow je lah, w/pun aku tak teruja mana pun nak tengok cite ni. 9.50pm wayang start. So kami pun pakat2la melepak depan tv blaka.

Sepanjang cite, sume duk membebel pasal cite ni. Huhu…memang banyak sangat scene2 terkejut sbb hantu dia asyik muncul secara mengejut. Aku tak tau plak hantu tu menakutkan atau tak, sbb tiap kali hantu keluar, aku tutup muka ngan bantal dulu…hehe..hampir sepanjang cite, asyik malam je…agaknya diorang ni wat filem kat kutub kut, malam lebih panjang dri siang. Tapi, logiknya, klu dh siang, scene hantu keluar xleh wat plak kan….hehe..pastu kut2 malam pun, lampu suram je…emm, hospital tak bayar elektrik ke apa…emm, yelah, nama pun cite hantu…

khurafat? rasanya ramai kut orang cakap yang tajuk filem ni tak sesuai ngan jalan cite. & sememangnya aku setuju….tak taulah, bila tgk cite ni, macam tak kena ngan tajuknya…. dan kebanyakan org ckp lagi, ending dia memang unexpected…& marvelous…dan ini pun aku setuju. Patutlah kutipan dia meletop, mungkin sbb org nak tau ending cite ni kut…dan yang lain2 klise ..cam cite hantu yang lain2..tapi satu aku perasan, si Johan tu tak menjerit pun tiap kali nampak hantu…emm..dan seperti biasa paling aku tak suka klu cerita melayu ni, scene kat rumah pun nak mekap tebal2…huhu

Dan nilah antara kelebihan tgk filem tru Astro first, boleh sesedap rasa je membebel time filem tgh tayang…ngeh3. biasalah klu dah namanya pengkritik tak bertauliah….. dan lepas tu, kami layan MI3 kat tv2..rumah sunyi sepi, tak keluar dah bebelan2 sumbang…haha..well, unfair la klu nak bandingkan dua2 cite ni kan…chill!!!

Saturday, March 05, 2011

Dear Boys 19 ~ Poor Toya


My life ...nothing special, kepala masih mengalami kebengongan sebab tak dapat cari rumah sewa yg baru lagi...huhu..so, this comic sure make up my mind...chill!!

Plot cerita bermula malam sebelum perlawanan Mizuho & Shonan. Kisah pertemuan Toya & Ayumi Fuse di gelanggang, dengan Toya mengisytiharkan cabaran secara terang-terangan pada Fuse dengan niat berjuang bermati-matian untuk menghapuskan Shonan. Mulanya, Fuse tidak berminat dengan cabaran Toya kerana lebih menitik beratkan perjanjiannya dengan Aikawa yang mereka akan menewaskan sesama sendiri dengan sekurang-kurangnya 50 mata, sebab ketidakpuasan hatinya menang dengan Mizuho masa pertandingan daerah dengan hanya 1 mata. Namun, cabaran Toya, meminta Fuse untuk menghapuskannya dengan apa cara sekalipun samaada foul atau terpaksa keluar gelanggang sebelum Fuse berdepan dengan Aikawa. ‘Kachinige suru’ , lari atau mengundur dengan kemenangan di tangan dimana Toya berniat untuk menewaskan Fuse dengan kemengangan yang ulung sehingga Fuse berasa keliru dan kemudian tidak berpeluang membalas dendam kerana Toya berniat untuk berhenti dari bermain bola keranjang selepas habis Inter High . Cabaran Toya menyebabkan Fuse bengang.

Takumi & Ishii pula tidak boleh tidur kerana memikirkan perlawanan esoknya tanpa Ranmaru Miura yang cedera. Dan Ishii bersungguh menyatakan semangat juangnya untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ranmaru.

Hari penentuan pusingan ke-3. Tendouji membelasah Koshien untuk ke peringkat seterusnya. Selepas tamat, Tendouji, Akita Johoko & Meiwaidai Hitachi masing-masing menonton perlawanan antara Shonan & Mizuho. Sebelum perlawanan, Toya sempat memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya ketika menentang Shonan di pertandingan daerah menyebabkan semua ahli Mizuho terkejut, namun kembali bersemangat untuk mara ke suku akhir. Gelangang dimulakan dengan lima pemain Mizuho; Takumi, Kazuhiko, Ishii, Kenji & Toya menggunakan formasi 1:1:3, sama seperti masa Pertandingan Saringan Kanagawa. Dan Shonan memang sudah menduga corak permainan yang sama akan digunakan oleh Mizuho tanpa sama sekali tahu yang Mizuho terpaksa menggunakan formasi tersebut untuk tidak menurunkan Ranmaru. Lagipun, kubu kuat Shonan adalah di kawasan ‘inside’.

Watak Toya berubah sama sekali pada perlawanan kali ini, sebab dia seakan berkeras untuk menentang Shonan bermati-matian sehingga menyebabkan kesemua rakannya bimbang. Sebelumnya, Toya masih sempat senyum dan bergurau semasa bermain walau setegang manapun perlawanan. Tapi, kali ini, dia berubah menjadi serius sehinga menyebabkannya 2 kali foul. Perubahan watak Toya turut mencuri tumpuan Cik Sakibara (reporter sukan yang amat mengikuti perkembangan Mizuho dan lainnya).

Perlawanan kali ini melihatkan kematangan Ishii dalam membentuk pertahanan sebagai salah seorang orang panjang dalam Mizuho. Ini dipersetujui oleh pemain Tendouji sendiri. Dan Sawanobori dan Mushashi dapat melihat dengan jelas bagaimana kerjasama hantaran yang bermutu tinggi antara Takumi Fujiwara & Kazuhiko Aikawa.

Klimaksnya, dalam proses menghalang Shonan menjaringkan mata, Toya sekali lagi membentuk pertahanan kental bersama Ishii & Kenji, sehingga menyebabkannya jatuh bersama-sama dengan Ayumi Fuse, dan tanpa diduga hidung Toya terkena lutut Fuse hingga menyebabkan hidungnya berdarah. Seisi dewan terkejut & Mizuho meminta ‘time-out’. ~ to be continue…..

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...