Thursday, December 06, 2012

\0/

"Dont find love, lets love find you. That's why its called fall in love....because you dont force yourself to fall, you just fall....."

Thursday, October 11, 2012

Shahrizan Suni ~ Dalam Kenangan 1985-2012 (Al- Fatihah)

090412 Khabar berita tentang pemergian beliau kami terima sekadar melalui wall FB seorang sahabat Imtiaz juga. Mulanya, hanya perkhabaran, kemudian, confirmation dari isteri arwah menokhtahkan penantian kami. Arwah telah pergi meninggalkan kita semua.

Innalillahiwainnailaihi raji’un…..pemergian arwah disebabkan kemalangan ketika arwah dalam perjalanan ke sekolah di awal pagi. Arwah merupakan salah seorang ex-schoolmate kami ketika sama-sama belajar di SMKA TAHAP lewat 1998-2002. Kalau diikutkan, rasanya tak pernah satu kelas dengan beliau. Tapi, oleh sebab batch kami masa Tingkatan Lima hanya 98 orang, kira ukhuwah kami sesama batch memang agak rapat sehingga ke hari ini.
ahli rombongan (tidak termasuk Naim & isteri)
Lalu, atas inisiatif bersama, dengan cadangan daripada Saudara Syed Faiz, disokong penuh oleh Dayana. Sesi pengutipan sumbangan bermula yang dikelola penuh oleh Dayana, dibantu oleh Aina. Dan untuk sesi penyerahan sumbangan, oleh sebab atas amanah semua, kami rasa agak tidak molek jika didepositkan sahaja ke dalam akaun bank, lalu, persetujuan di buat sesama kami untuk menziarahi keluarga arwah pada tanggal 06 Mei 2012.

Perjalanan kami bermula seawal 8 pagi dari Kajang. Sempat singgah makan Murtabak Singapore di…..oh, lupa sudah tempatnya. Selesai sarapan, kemi bertolak pergi, menyusuri highway KL-Seremban. Sesampainya kami di RNR Seremban, bertemu dengan Naim & Isteri, Fiza yang ketika itu sudah berbadan dua plus Abid. Perjalanan kami teruskan ke destinasi. Walaupun sesat sebab tersalah masuk lorong (emm..ada miscommunication di situ..), kami tiba jua di rumah keluarga isteri Arwah, Farah. Kedatangan kami di sambut mesra beliau. Sempat dijamu bihun goreng dan kek…Perbualan kami awalnya hanya berkisar cerita-cerita biasa perihal beliau, sehinggalah Farah mula membuka cerita disebalik kehilangan arwah. Sedihnya, mereka bakal menimang cahaya mata beberapa bulan lagi dan baru sahaja berpindah rumah (ni masa hari kejadian …sekarang ni dah delivered pun baby tue…)

Kemalangan yang berlaku yang sewajibnya adalah takdir Allah, cuma berpunca dari kereta Arwah ingin mengelak dari terlanggar kenderaan lain ketika di persimpangan lampu isyarat, sehingga menyebabkan kereta yang dipandu tersasar ke tepi jalan yang sedikit berpasir, berpusing dan melanggar pokok. Arwah sudah meninggal dunia ketika ditempat kejadian. Rasanya, begitulah kronologi cerita sepanjang ingatan aku….(klu salah, minta rakan-rakan betulkan ye..)

Kemudian, kami sempat menziarahi kubur arwah yang masih merah. Hanya terpacak kayu sebagai penanda. Alhamdulillah, sempat juga kami hadiahkan bacaan Yasin & doa. Moga-moga doa kami diterima, dan roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah. Insyaallah. Walau Farah nampak tabah, sedikit sebanyak, kami dapat lihat kesedihan beliau. Kelopak matanya berair dan sedikit merah kesan air mata. Sebak didada mula terasa. Masih terbayang-bayang wajah arwah yang kali terakhirnya aku jumpa dua tahun lepas di Mid Valley, sekadar lepak sesama Imtiaz. Sempat kena lepuk dengan buku kat MPH sebab aku tergelakkan dia..masa dia elaborate pasal buku apa tah kat Naim…. *smile*.Terimbau juga kenangan pada akhir tahun 2002, bilamana ayah Arwah menghadap Ilahi, ketika  kami sama-sama struggle menghadapi SPM. Masih terngiyang alunan Yasin yang diketuai beliau ketika itu. Masih terimbau panggilan telefon yang aku terima dari beliau, sekadar memberitahu ketidakhadiran beliau ke Gathering Port Dickson kami esoknya, kerana mendapat jemputan ceramah tiba-tiba. Beberapa kali dia memohon maaf kerana pembatalan last minute tersebut. Segalanya hanya tinggal kenangan walaupun mungkin hanya secebis cuma.

Kami berpisah di halaman rumah Farah. Sempat kami berikan sumbangan, sebagai amanat dari semua sahabat Imtiaz yang mengenali arwah suaminya. Walaupun, mungkin kita semua rindu dengan hasil tulisan-tulisan status beliau di FB, namun tidak pantas untuk disamakan dengan perasaan Farah. Hanya doa yang mampu  dikirimkan. Bak kata Farah, walaumacammanapun, dia kena tabah. Sebab anak yang bakal dilahirkan amat memerlukan dia. Moga Allah permudahkan segalanya. Aminn….
cendol yg manis

Perjalanan diteruskan, Naim dan Isteri menuju ke destinasi mereka. Kami, Dayana, Aina, Najwa & Abid meneruskan perjalanan pulang. Sempat melantak Cendol, ditaja oleh Abid & Dayana. Kami berpisah dengan Abid di Petronas, sebelum kami pulang ke rumah Dayana. Melepakkan diri sekejap sesambil menyedut Running Man dari Aina…sempat OK sampai hang lappy Dayana yang dah nak fly ke UK..\0/ \0/

Selepas Asar, baru kami pulang dengan pengharapan untuk berjumpa semula pada awal bulan 7 untuk Dark Cave Date yang sudah bertukar menjadi Chicken Run Date..will be my next entry…Ntah bila pulak la nak update nye kan….

*** Alhamdulillah, mission accomplished!!!! Takziah buat keluarga Mohd Shahrizan Suni . Al-Fatihah…….

Till the next entry….anyeong!!!!!  

Wednesday, October 10, 2012

Avengers @ Alamanda 050512

the 4 of us...as usual...
Wesak Day…Cuti!!!!!!!! Nikmatnya cuti kan, biasalah orang yang kena kerja hari Sabtu ni. Perancangan sebenar adalah ziarah ke rumah Allahyarham Shahrizan Suni, di Seremban. Arwah adalah salah seorang kawan sekolah kami di SMKA TAHAP. Kami satu batch 1998-2002. Arwah pergi kerana kemalangan ketika on the way nak pergi sekolahnya di awal pagi. Al-Fatihah….Moga roh beliau dicucuri rahmat. Insyaallah.

Atas inisiatif bersama alumni batch kami, IMTIAZ (credit to all). Dapatlah kami mengumpul sedikit sumbangan untuk keluarga beliau yang kebetulan isterinya sedang mengandung. Dan esoknya, yakni 06/05/12, kami merancang untuk ke rumah keluarga isteri arwah untuk menghantar sumbangan tersebut. Details, tunggu entry untuk 060512. Sekarang nak cerita yang 050512 dulu. 



Kami berkumpul di Sg Besi, driver berjaya kami Aina dengan Wiranya akan mengambil kami untuk ke rumah Dayana, rumah persinggahan kami untuk lepak (boleh tak… hehe…tp skang tuan rumah dah nak fly…fridge magnet!!!)… Jam sudah pukul 6.30, barulah kelihatan kelibat Jue dengan senyum lebarnya.

Sebaik sahaja lepas maghrib, kami keluar untuk makan. Dayana bawa kami ke warung apa tah. Lupa sudah…pic pun tak ambil sebab semua ala kelaparan. Dinner kami ditaja oleh Jue atas kelewatan beliau…yee kami memang sedang membuli beliau. Hehe…Thanks a lot Jue. Dan kami pun rushing untuk kejar Avengers 9.00pm.. haha… Oh, sempat bertemu dengan junior TAHAP. Maryamah yang menegur Aina, sebelum perasan yang lain. (sebenarnya mulanya kami lupa nama dia nie..yang tahu dia satu batch dengan Nadia, adik arwah Farham, emmm..nasib baik ingatan Jue baik sikit). Dia pulak boleh tue ingat kitaorang lagi…apa da…failed betul senior2 nie…
Avengers' Ticket..9.00pm ok!!
AVENGERS!!!! CHECKED!!!!...walaupun masuk cinema hall lewat sedikit. As usual…(kami memang ada history masuk lewat nie…) Mulanya, Aina yang suggest, dan dialah yang tolong belikan tiket online…tanpa minta persetujuan dari Dayana. Haha…Dayana kira paksa rela mengikut cadangan kami sebab tiket dia sudah dibeli. Avengers best…awesome. Part paling best, bila Captain Amerika tu bagi arahan..teruja sekejap. Memang captain lah…
ni confius ke ...merenung Hawkeye yg handsome....
DONE!!! …sebaik keluar hall, Aina meluru untuk queue bayar parking ticket. Lepas bayar, barulah realize, kitaorang tak sempat berposing segala bagai. Lastly, keluar parking lot, kitaorang parking semula kat luar..haha….
kena panah pun boleh gelak kan...
ai..ai..captain!!!
 POSING TIME!!! …kami dah gaya kanak-kanak riang bergambar. Tak hirau dah orang sekeliling…as usual!!!  Sebab, nyatanya, diorang tak kenal pun kitaorang…dan possibility untuk jumpa balik adalah 1% saja kan….so aci redah je la….
kanak-kanak ribena....
Jalan-jalan..tetiba…eh…boleh pulak masuk Game Station…BASKETBALL!!!! Mulanya, beli 4 token je…compete 2 team lepas ‘Lat tali Lat’. Amazingly, my team menang (+ Jue). Oleh sebab team satu lagi aci tak puas hati. Warm up katanya. Lagi 4 token kami beli…at last, kami juga yang menang..hehe…(wondering…sejak bila aku ala berbakat main basketball nie…haha..ayat riak…padahal xleh compete pun the highest score…)
*peace* gaya champion...
Waa…midninght sudah!!! Kami pun pulang ke rumah persinggahan untuk mission utama kami esoknya. Allah Bless!!!

Till the next entry….anyeong!!!! ~ waaa..mood meng’update’ blog sudah datang….keep it up!!!! *wink..wink*

Monday, October 08, 2012

Saya Muslim, Awak Iman ~ Nur Fizkkmi Satar

Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu
cr : www.jemariseni.com

Ini penangan novel ‘Saya Muslim, Awak Iman’…

Emm, lama giler rasa tak update blog nie..skil nak merepek kat blog dah hilang. (Malas sebenarnya…). Just wondering…sesambil garu dahi, ada ke orang baca blog nie..haha…anggap je la ada.

Saya Muslim, Awak Iman…beli dari MPH Mid Valley, last Sunday. Itu pun sebab dapat rebat voucher dari MPH, gagah jugaklah nak ke MidValley mencari novel baru dengan cik roommate yang juga nak cari bahan bacaan baru. Bosan katanya…laptop dh seludup bawa balik kampung.

Saya Muslim, Awak Iman…cerita yang santai punya message yang tersirat, Muslim Razin & Iman Iskandar yang memang menjadi teman bergaduh kalau berjumpa sejak sekolah. Walaupun hakikatnya, masing-masing punya rasa yang susah nak diungkapkan, bila mana cinta kepada Allah lebih didahulukan.  Iman mengagumi ‘beliau’ sejak dulu lagi namun, diamnya ‘beliau’ dianggap Iman, dia hanya sekadar pilihan umi untuk anak keduanya itu. Kerapnya Iman bergaduh mulut dengan ‘beliau’ kerana bimbang hatinya terusik walaupun selalunya bukan dia yang mulakan.

Namun, sebenarnya, diamnya Muslim untuk menjaga hatinya. Cukup baginya, masing-masing sedar rasa sayang itu sehingga ‘beliau’ halal untuknya. Dan dia percaya, ‘beliau’ sangat pandai menjaga dirinya. Cukup baginya hanya melihat ‘beliau’ dari jauh. Mendengar cerita tentang ‘beliau’ dari kembar lima harinya, Zamil. Walaupun, dalam diamnya, ‘dipaksanya’ Amar (teman kuliah Iman) menjadi kawan muka bukunya, menjadi spy aka bodyguard Iman sepeninggalannya ke Aussie.

Sebagaimana Iman menghadkan pergaulannya dengan lelaki yang bukan mahramnya, its just remind me with my true self. Cuma, Iman lebih peramah berbanding aku. Hehe..aku memang berat mulut, hakikatnya. Walaupun, sometime aku rasa macam ragu-ragu..sampai terfikir, sebab tu kut aku masih sendiri. 27 years…emm, such a long journey kan. Tapi, bila aku baca novel nie, aku punya keyakinan semula, yee..itu yang sepatutnya. Aku tak perlu ragu, Allah sudah punya rancangan terbaikNya untuk aku….*smilesimpul*. Jodoh itu rahsiaNya. Oh ni bukan sesi bual bicara hati….

Saya Muslim, Awak Iman…suka dengan dialognya yang selamba. Terasa hidup dan tak bosan. Dan sangat suka dengan hubungan kekeluargaannya especially hubungan Iman dengan kembar lima harinya, Zamil.

Terima kasih Nur Fizkkmi Sattar (adoi..camnalah nak pronounce nama dia nie) & JS untuk ‘Saya Muslim, Awak Iman’. Walaupun, rasa macam nak je diorang tambah sikit lagi scene Muslim & Iman with marriage life. Dan tertanya, ada ke Muslim balas version panjang surat Iman kat diari tu. Maybe boleh revealkan apa yang Muslim tulis & mungkin boleh revealkan pada Iman masa scene kat hospital tu, masa Ikhwan sakit. Juga pasal Amar, yang tetiba boleh kenal dengan Muslim pada Iman. Plus, tambah reaksi Iman bila Muslim tahu pasal Aussie boy tue..hehe..dah gaya macam pengkritik tak bertauliah je. Tapi, kira conclusionnya, nak penulis nie tambah 2-3 bab lagi kut. Sebab rasa macam novel nie tak tebal..hihi. Tak pun, boleh tambah kat blog macam Syud selalu buat – untold story. Ke ada sebenarnya? Aku yang tak dapat cari…emm…

Okay, nanti try nak stalk si Nur Fizkkmi Satar nie pulak..kut-kut ada untold story kan. Tak pun, cerita lain sementara nak tunggu novel-novel JS yang baru.

Until next time (yang tak tahu bila…)…anyeong!!!! Jaga diri..jaga Iman…keep praying for your own  ‘Muslim’. ~ Oh ya, seminar Baitul Muslim, Sebelum Aku Bernikah 2.0, Februari 2012, my bff Izzati dah tolong register…thanks a lot dear….emm..*senyumsampailangit*

**Mood bersukaria sebab audit untuk 2 company yang complicated tu dah settle....tu yang tetiba rasa nak update blog. Untuk untold story yang dah jadi history tue..emm…sila lawat muka buku saya je la yee..picture will told all the story..(mood kejam malas nak menaip)…..esp, for mummy to be nikah bulan 5 ari tue…hehe..jangan stress-stress!!!!

Thursday, June 28, 2012

KL Book Fair 2012

Hasil book fair kali ini...total investment???
1st May ; The whole world celebrate Labour Day…I know its late. *peace*

1st May morning…konon-konon nak bergerak ke PWTC seawal 9.00 pagi, tapi oleh sebab biasalah orang bekerjakan, kalau hari cuti ni nafsu tidur tu terlebih sikit. Akhirnya, kami bergerak keluar rumah pun dalam pukul 10 lebih, sekali dengan my roommate, Cik Linda Kawaii + my bff Izzati + her ‘lawyer’ sis….(emm..sampai hari ni aku still percaya yang adik mu tu lawyer in the making….cis….). Sempat bersarapan roti canai sedap walaupun menunggunya punyalah lama…dan takut juga kalau si Miza yang dari Putrajaya tu tunggu lama. Tapi..dia pun lambat juga sebab train terlepas. So, kami pun bersukaria jelah melantak roti canai tersebut.

Perjalanan kami ke PWTC..oh lupa nak cakap..kami ni pencinta buku belaka, so nak meraikan KL Book Fair’12 la ni….perjalananan smooth je sebab Izzati membawa kami mengikut jalan short cut melalui deretan rumah-rumah cantik sekitar Bangsar. Giler terpegun tengok rumah diorang.Siap ada guard house segala bagai. 

Parking…still available. Kami parking kat The Mall, boleh dikatakan lengang lagi. Tapi, kat luar PWTC tu dah nampak deretan kereta dan bas. Tapi, pada kami benda tu normallah kan...

Jejak je kaki kat PWTC…..oh mak…giler ramai orang. Macam unbelievable jugaklah. Sebenarnya, memang expect ramai orang. Tapi, tak de lah seramai ini...haiya!!!! Destinasi pertama..oh sudah semestinya Dewan Tun Hussein Onn, gerai HA11-14..JEMARI SENI. Tapi, on the way, terjumpa booth Assohwah Prof Dr Muhaya punya, Izzati yang memang mengagumi beliau sempat membeli buku & minta autograph siap. (Mek..mesti PA Dr Muhaya frust giler xambik no hp mu kan…testimoni berjaya weiii…kagum aku..hihi). Next, Dewan THO. Aku tak tahulah, pengurusan book fair ni ke…atau apa yang menyebabkan kesesakan teruk ..giler-giler teruk lah. Rasa sepanjang aku join book fair ni tak adalah pernah sesak giler macam ni. Nak berjalan pun macam tak cukup lantai nak pijak. Sabar jelah…
bag JS yg comei...haa..beg mcm nilah yg mesra pengguna compare to last year punye...

oh ni cik roomate punya hasil
Sampai je JS, terus aku minta tolong staff JS yang baik hati..grab 3 buku baru, Senyum Sampai Langit, Velvet di Durham dan Nah! Untuk Awak…sempat staff tu cakap, tambah satu lagi buku kak, dapat beg…hehe..memang nak tambah pun dik…so, aku minta tolong dia ambikkan Hanya Dia Sufi yang jenuh aku dok cari merata kedai. Siap!!! Terus bayar…RM 59.20. Dapat free beg yang cantik….see, pandai tak aku!!!

Next…kami ke Karya Seni sebab Cik Linda Kawaii aka Mas nak beli novel untuk kakaknya. Melilau juga cari..lupa nak pesan kat dia suruh survey lokasi dulu. Huhu….Sesambil dia mengusha buku…aku dan Izzati menjenguk PTS mencari bahan-bahan bacaan yang lain. Izzati sempat mencapai ‘Yakjuj & Makjuj’..ingat tak aku ada terniat nak beli buku ni masa beli ‘Iskandar Bukan Zulkarnain’ years back. Tapi, sampai sekarang tak terbeli-beli…apadah aku ni…Mek!!! Dah siap baca belum???..Sempat aku mengusha buku Fatimah Syarha..kut-kut ada buku baru pesanan my adik. Dia ni pun satu, nak pesan buku tak bagi tajuk..adoiyai!!!! Masa nilah baru, Miza sampai…haila…sabar je lah dia ni. Lepas say ‘hi’….dan semua pun dah dapat buku memasing, kami pun keluar dari dewan yang sesak nak mampus tue. Tau-tau je Miza & Dayah, adik housematenya…hilang entah ke mana. Kira memasing bawa haluan sendiri.
ni pun cik roomate punye anak sedara  punye...siap suruh mms tue
 Next..kami mencari Telaga Biru pula…mencari buku ‘Beduk’ yang dipesan Izzah. Sebenarnya, tajuknya ‘Beduk diketuk’ tapi yang diingat Izzati, ‘Beduk Berbunyi..’…haha…tapi, nasib baiklah si Mas ni nampak buku tue. Sempat aku membeli Majalah Solusi vol 41,42,43.Ok done!! Lepas semua pun dah siap dengan buku memasing. Ingat nak balik la kan…tapi, bila SMS si Miza katanya tak beli buku apapun…kepala pening sebab ramai sangat orang, dia menapak kat luar sudah. Apa dah….haish...*geleng kepala*. So, oleh sebab kebetulan kami berehat tak jauh dari Telaga Biru booth, kami pun volunteerkan diri untuk membeli buku dengan bajet RM 80.00. Nak-nak buku yang dia pesan berkaitan alam rumahtangga… emm… aku pun main beli je apa yang aku rasa sesuai…Mek, ok kan apa yang aku beli tu..haha…aku suka ‘Cinta Kerana Allah’ tu….baca sampai habis ok!!! Nasib baik Mas temankan aku..kira memang on bajetlah. Kalau tak menggagau gak aku nak mencongak harga buku tue…well..aku memang fail bab congak…otak jadi blurr..hehe…Sebelum kami menapak keluar, Izzati tetiba nak masuk semula ke booth PTS sebab terkenang-kenang buku siri novel Pejuang Islam yang satu bundle RM 80.00 tu…aku yang support dia sebab aku rasa bila lagi nak beli buku-buku tu dengan harga runtuh macam tue.....nanti balik rumah termimpi-mimpi...hihi...(oh tak ambik plak pic buku-buku hasil investment Zati..lupa sudah)....dan sebelum keluar, sempat juga Mas membeli sekotak buku Ana Muslim untuk anak sedaranya yang hanya berharga RM 10.00.
my JS book + solusi magazine
 Kami berjumpa semula di luar The Mall…untuk Miza, aku belikan ‘Cinta Kerana Allah’ + 2 buku Ustazah Nor Bahyah, + 1 lagi buku yang aku buat-buat tak ingat tajuknya..hehe…total RM 72.50…awesome tak aku? ni pun lupa plak nak snap pic.Hehe..sempat juga aku belikan Dayah, si ibu mengandung…’Amalan Ibu Mengandung’ buku Ustazah Nor Bahyah juga.. Masa nilah baru si Miza nak distribute kad kawinnya yang jatuh pada tarikh 19th May (will be my next entry)… Sempat berjumpa dengan our FPPUM Jr.. Khalil dan Isterinya yang juga sedang mengandung. Plus..our UM-mate…Nasaie…& anak2nya.
Village view Jalan Reko...makan time (lunch + high tea)

all of us..ahli rombongan
Next, kami kelaparan sudah…mulanya, nak makan kat tempat selalu yang kat Bangi tu, sebab alang-alang menghantar adik Izzati ke Bangi. Restoran apatah namanya..aritu beria aku hafal…lupa jugak. Tapi, restoran tu tutup pulak. Finally, kami singgah di Restoran Village View, Jalan Reko. Giler cantik interior dia…makanannya pun awesome. Sedap wei…dengan hanya berharga RM 107.10 untuk kami berenam makan. Silalah lihat menu di bawah ni yee….aku bab-bab harga ni memang senang je nak ingat walaupun resit dia buang sudah...*wink..wink*
Guava Juice yg sedap..yummy!!!
Menu untuk hari ini....yg paling sedap..kerang tu..:D termasuk sate 20 cucuk
kena paksa makan sampai licin..
bersungguh Izzati makan sate nak bagi habis..hihi...nak tambah berat kan...
 Petang sudah…so, kami pun mahu pulang. Sempat menghantar Miza dan Dayah, housematenya ke Putrajaya. Perjalanan balik kami ditemani…waaa..hujan yang sangat-sangat lebat. Thanks a lot pada semua yang sudi jadi chaperon aku untuk book fair kali ini. REPORT DONE!!!!.

Zati cover perut..hihi

 pssst....sekarang ni ada Pesta Buku Selangor kat SACC Mall ~ 29 Jun - 9 Julai 2012. Silalah jenguk yee...
alorr..kenapalah Izzati tak join time nie..tak cukup korum laa...
* As conclusion, my spend for book fair kali ni RM 95.10…waaa…on bajet. Biasalah..accountant kan…hehe…proud of myself!!!

Friday, June 08, 2012

Petrosains???

14th APRIL-I know its late..but, heck…do I care? Its my bloq anyway..haha..
 
Petrosains or TGV??
Petrosains? Haha…mitos semata. Cadangan ini di buat konon-konon nak ajak Imtiazah yang kat area sekitar ni termasuklah yang dah berkahwin & ada anak-anak untuk join. Kira logiklah kan kalau kami yang memang tak pernah jejak Petrosains ni pergi kalau sekali dengan keluarga Imtiaz yang lain. Cadangan ni diterima pun setelah ‘bergaduh’ panjang kat fb. Tapi, at the end….yang boleh join pun kami tiga dara pingitan ini. So, korang rasa logik tak kalau kami masuk Petrosains?..haha..klu ikut kewarasan, logik je, tapi sebab mengikut arus pemikiran kami ketika itu…haha….memang tak logik la.
 

FYI, invitation ini hanya untuk Imtiazah sahaja, memandangkan yang laki2 dah menganjurkan aktiviti futsal mereka dengan jayanya. (klu pada waktu kejadian, hari esoknye lah). Dan aktiviti ni, just a private event. Sesaja suka-suki…
 
3 dara pingitan
Klu ikut plan, kami berjumpa di entrance Petrosains dalam pukul 2.00 lebih, memandangkan aku pun habis kerja pukul 2.00pm. Dengan hanya ambil masa dalam 15-20 min, aku dah terpacak kat destinasi. Yang si dua orang lagi tu..emm…baru bertolak?..sabar je la. So, aku pun pusing2 Kinokuniya dulu. Itu jela pun tempat yang logi aku pergi kat KLCC tue. Petrosains plak dah penuh dengan budak sekolah. Kinokuniya…lama tak jejak. Memang banyak choices of book..tapi…novel yang aku cari tak terjumpa pulak..so, atas pesanan my roommate…dapatlah novel sebijik.

Around 3pm something, barulah nampak batang hidung dua sekawan tue. Fuhh…penat wei menunggu diorang nie. Sampai je..lepas meninjau Petrosains yang dah dipenuhi budah sekolah..terus plan bertukar secara automatiknye…TGV Cinema yang kebetulan boleh nampak je signboardnya dari Petrosains. Hihi..ni memang logik.
Battleship!!! Awesome!!!
Queue….finally…BATTLESHIP!!!! 3.30pm Checked!!! Dah tak kira walau dapat seat paling depan. Dah msuk dalam hall cinema..baru diorang nak tanya ‘Shila ok ke Battleship?’…adoiiii…klu tak OK..agak-agak tiket tadi boleh refund tak?...

Battleship?...super awesome!!!! Ala-ala cam transformer la…emm..oh lupe, produksi yang sama kan. Tapi, biasalah cite yang klise selalu hero tu ala-ala jerk pastu tu bila cite tu moving forward, barulah nampak hero itu memang hero…
Caffe Latte!!! Super Awesome!!!
Next!!! Makan time..lapar giler. Secret Recipe Checked!!!! Konon-konon nak belanja Dayana Coklat Indulgence  ke..sempena birthday dia yang ke- ….(kami sebaya OK) on 13th  tapi bila dapat makan tomyam semangkuk, kenyang sudah…oh..caffe latte dia SUPER AWESOME!!!


The three of us...sebelum hidangan sampai...
Bila berjumpa, biasalah cerita pun berkisar perihal sesapa yang kami semua kenal termasuk update cerita terbaru memasing. Sesambil plan untuk next event. Ziarah rumah family arwah Ijan (Al-Fatihah). Sesambil jugak merancang plan untuk…..haha..biarlah rahsia. Kami masih dan tetap dan sangat tidak berpuas hati. TITIK.
Tomyam for birthday gurl!!!
Teruja tengok kasut tuee okay!!!
Waaa…maghrib sudah!!!! Next!!!! Memandangkan kami ni single kan..tak ada sapa pun nak tunggu kat rumah, we drag our date..haha..as usual. Belasah je movie apa yang ada…cadangan pertama…MIRROR MIRROR. Bila on queue…tayangan 9.30pm la pulak. Kang lambat pulak kami ni balik. Dah lah memasing guna public transport je. Finally…THE WRATH OF THE TITANS…8.30pm. Kali nie seat yang comfortable sikit.

Memandangkan aku tak pernah tengok pun cite ni before this, so agak blur dengan jalan cite zaman purba nie. Overall, OKlah..still boleh diterima dek otak aku nie. 

tu ha petrosains nye...yang kami tak masuk pun..
Then, oleh sebab jam pun dah nak menganjak ke angka 11.00pm, time to go back lah. Kang tak pasal terlepas train. Kami berpisah di Masjid Jamek Station sebab Dayana & Aina nak meneruskan perjalanan ke LRT Sungai Besi pulak. OK, DONE!!!

masih sempat sementara tunggu lif
*** Thanks a lot for Dayana & Aina, our date was marvelous as usual walaupun tak cukup korum. Waiting for our next date!!! Insyaallah. Pada yang lain, if tak diajak, maaf di pinta. Mungkin kami terlupa, biasalah, jarang berjumpa & bertegur sapa, so mungkin terlepas pandang. Yang tak berkesempatan untuk join, Insyaallah..next time.

yippeee!!!!!

Sunday, May 13, 2012

KAU OK? @ Bukit Larut, Taiping Perak

i'm here at Bukit Larut okay...
Seawal 8.00 pagi selepas siap bersarapan popia goreng yang sedap dan Nasi goreng Miza, kami bergegas ke destinasi rekreasi kami kali ini, Bukit Larut or named as Maxwell Hill. 

Sampai saja di kaki Bukit Larut, kelibat orang-orang nak trekking kelihatan. Emm…ramai juga rupanya orang walaupun hari Isnin. Oh lupa, cuti sekolah rupanya. Biasalah dah kerja ni, bab-bab cuti sekolah selalu tak ambik endah pun. Then, terus kami ke kaunter tiket untuk naik jip, sebab, kami malas nak trekking memandangkan perjalanan kami masih jauh. Lagi-lagi kesian kat cik driver yang kena drive balik KL petang nanti. 
the history of Bukit Larut aka Maxwell Hill...sila baca yeee
 Jam kat ofis tu pukul 8.50am cam tu. Mengikut kata En Kaunter tu, sebenarnya ada satu rombongan sekolah dah book tiket untuk naik jip tu. So, dia minta kami tunggu sampai pukul 9.00, baru dia boleh release tiket. Emm…dalam hati dah berdoa, mohon rombongan sekolah tu lambat..huhu..dah gaya heartless semacam kami ni. Maaf ye rombongan sekolah yang berkenaan. Misi kami lebih penting…hehe..sesambil menunggu, kami….snap picture la apalagi.

Tepat jam 9.00am, bergegas kami ke kaunter tu untuk beli tiket bersama-sama dengan satu famili yang juga menunggu seperti kami. Alhamdulillah, dengan tiket berharga RM 6.00 sekepala, dapat kami naik jip zaman penjajah tu untuk ke puncak Bukit Larut bersama-sama dengan famili tadi dan satu couple yang tak mesra alam (pepandai je kan aku buat spekulasi) dan sorang mamat. Mulanya, ingatkan kitaorang naik jip sekali dengan famili tu je. Rupanya, dia sumbat sekali sume dalam satu jip penjajah yang kecik tu..Adoiyai!!! Yang famili tu, driver tu suruh duduk depan, yang kitaorang yang lain duduk kat belakang. Tapi, oleh sebab ada satu space kosong, driver minta sorang perempuan masuk. Yang si couple confirm-confirm la kan tak nak berenggang. Kitaorang bertiga memasing pandang satu sama lain…yang at last, Zati volunteerkan diri. Zati cakap; masa dia nak duduk depan tu, sempat dijeling kami, katanya, muka kami dah cemberut semacam…haha…tak perasan sebenarnya, automatic kut. Aura tak puas hati… 
Tiket hanya berharga RM 6.00 untuk 2jam...sangat berbaloi!!!

Then.....we began our TERRIBLE journey (TERRIBLE tu huruf besar OK!!). Yang Zati kat depan bersuka ria beramah mesra dengan famili tu. Yang aku dengan Miza…emm…terhimpit di belakang. Giler scary naik jip tu..Dengan keadaaan merentas hutan ke puncak, dengan jalan yang turapnya dah hancur…lagi pulak, jip ni membawa beban tempat kutip sampah kat belakang…dengan drivernya macam nak drift je gayanya…lap pun ambik lajak jauh giler, sampai kami dah rasa macam nak terlambung masuk gaung…memang segala jenis selawat, istighfar plus kalimah syahadah kami baca. Manalah tau, tetiba jip ni melambung masuk gaung…emm..

Dalam keadaan kami yang terhentak-hentak kat seat belakang…yang kalau kami tak pegang sekuat mungkin penghadang besi tue, mau kami terlambung keluar atau terperosok kat lantai jip…atau terhantuk dinding jip…dengan penumpang yang duduk berhadapan kitaorang ni boleh plak dia ambik space lebih, tau la kaki diorang tu besar dan panjang, sudahnya sampai kaki kami tersepit ….Yang si Izzati yang bersenang lenang kat seat depan tu boleh plak bertanya dengan sinisnya (konon-konon simpatila kan ~ simpati ke perli???); KAU OK? …..huh..ni aku rasa macam nak kuar aura ‘hulk’, nak humban Zati masuk gaung. *mata menjengil*

Walaupun berhempas pulas bertahan dalam jip tu untuk naik ke puncak Bukit Larut…dengan laluan kami yang selalu berselisih dengan pen’trekking’ yang emm…ok, sangat impress dengan diorang ni. Effort tu panjat Bukit Larut ni…dahlah trekking tu sendirian berhad…tapi, view sepanjang perjalanan kami sangat awesome. Walaupun, gaung kat tepi cam scary….nampak hutan hijau yang masih terpelihara…dengan udara hutan yang segar..sesekali nampak air terjun yang jernih…waaa…sangat-sangat berbaloi untuk rasa terhentak dalam jip. Ada juga beberapa pondok di tepi jalan, mungkin transit untuk pendaki-pendaki kut…

Sesekali, adalah En Driver tu bertanya; yang belakang ok ke?; emm..boleh plak si Izzati yang volunteer tukang jawab; OK…OK…eh???? ~ Tangan aku pun laju je nak mencekik leher dia ni..huh…
view dari atas Bukit Larut....awesome!!!!
Alhamdulillah..after about 20 minit merasa sakit terhentak-hentak, kami sampai di Bukit Larut pada ketinggian 1036m dari paras laut . Just one words to describe our feeling; AWESOME!!!! Walaupun ambik masa juga untuk stabilkan diri masa mula-mula jejak tanah…Subhanallah..sangat cantik okay. Bestnya kalau dapat spend time lama sikit kan...
time to bersiar-siar..haruslah mengoptimumkan masa kan...
3km lagi ke puncak Bukit Larut...hujung tu laut okay...
nilah sebahagian dari 'restriction area' tuee...huhu
 Sebenarnya, ingatkan betul-betullah dia hantar sampai puncak….huhu…tapi bila tengok batu jalan..BUKIT LARUT 4KM….waaaa…nak kena daki juga ke….mulanya, konon-konon bersemangatlah nak sambung berjalan sampai puncak sebab nak tahu apa yang ada kat puncak tu sesambil kami bersiar-siar sekitar transit stesen. Ikut kata En Kaunter sebelumnya, tulip dah 5 tahun tak de…huhu…sudahnya, kami cuma larat berjalan sampai Cendana Hut & Cafe je sebab terasa jauhnya. Sempat bertembung dengan En Driver yang menghantar kami, sempat dia tegur; Oh…sampai sini korang berjalan. ~ Eh….
KAU OK??

Cendana Hut & Cafe...lets go!!!
 CafĂ© ni on renovation…banyak port yang cantik tak dapat nak pergi. Dekat bawahnya ada penanaman pokok bunga, tapi ada signboard ‘restriction area’…emmm…
pokok bunga yang macam .....in the making je gayanya

sila tengok kat belakang tue...emmm..under construction la plak

Pusat Kepelbagaian Biolagi signboard....
 Oleh sebab masa kami untuk berada di situ 2 jam sahaja, so, kami explore everthing yang kat situ dan snap seberapa banyak picture yang menarik. Sebab..tak tahu samaada kami sanggup untuk naik scariest jip penjajah tu sekali lagi…huhu...
...map of Bukit Larut...


prove kami di ketinggian 1036m dari paras laut
 Dan bila tengok pengunjung-pengunjung yang lain…lorrr…kami je ke yang rasa teruja lebih dapat jejak Bukit Larut nie…sebab bila kami turun semula ke stesen transit, ramai dah duduk berehat sahaja di kerusi tersedia…eh???
masa untuk kami menuruni bukit untuk ke Titi Gantung
 Jam pukul 10.30am..masih ada ½ jam untuk kami explore, so, kami menuruni Bukit Larut untuk ke titi gantung yang kebetulan kami nampak sebelum naik ke stesen transit. Haruslah pergi situ…titi tu sangat cantik ok. Tapi, ada papannya yang sudah tercabut… dan titi tu membawa ke satu menara yang…tangganya sudah patah. Emmm…tapi tak tahu menara apa….
nilah titi gantung yang kami nak sangat pergi tu..

tangga yang hubungkan titi ke menara...sila tengok view belakang tu...beauty!!

menara yang tangganya sudah patah...sayangkan!!!
view dari titi gantung...atas tu la stesen transit...emm...jauhkan kami jalan..

the tree of us..the only one pic...
 Okay, jam dah nak pukul 11.00am…masa untuk kami bergegas ke stesen transit. Kalau tak sampai tepat pada masanya,…emm..mau kami kena tinggal kat Bukit Larut ni..huhu…idokla kut.Lainla kalau memang kita book resort kat sini kan...
waaa....jip sudah menunggu kami...
 Sampai je kami kat stesen transit, ada satu jip baru berlalu…penumpangnya, famili yang bersama-sama kami tadi dengan couple tue..dalam hati, YESSS!!!! Nasib baik kami naik lambat sikit. Dan ada satu jip yang besar sikit sudah menunggu kami. Hehe…Alhamdulillah, tepat jam 11.00am..jip tu memulakan perjalanan menuruni Bukit Larut. Mulanya memang scary juga sebab penghadang belakang jip tak boleh tutup, tapi ada seorang guiard yang berdiri kat situ. Jip ni sangat selesa sebab besar sikit dan orang dalamnya pun tak ramai..dalam 7 orang macam tu. One family & us je…dan perjalanan, sangat smooth…tak delah rasa sakit terhentak-hentak macam mula-mula tadi. Kesimpulannya, best la..rasa macam bersiar-siar sekitar kampung je. Dan, takde lah rasa tension kalau ada orang tanya; KAU OK?
time to balik!!!!
 After about 20 min; sampai juga kami di kaki Bukit Larut. Izzati sudah sibuk dengan handponenya…lorr…minah bekerjaya sungguh dia ni. Namapk signboard depan pejabat yang jual tiket tu, TIKET UNTUK HARI INI SUDAH HABIS ….Eh??? Apakah?? Baru pukul 11.00 lebih kut… emmm..nasib baik kami pergi awal..huhu…
sadisnya tengok signboard nie...xde orang tolong cuci ke...emm

waa..1910...over 100 years okay..
 Then, terus kami ke tempat parking yang kebetulan luar sedikit dari Bukit Larut tue, kebetulan terserempak dengan famili yang bersama-sama kami tadi yang kebetulan nak balik juga. Sempat si ibu melambai kami. Ceh..ingatkan Izzati dan Miza perasan. Sebab Izzati kut yang terlebih beramah mesra dengan diorang, rupanya diorang tak perasan, Dan nasib baik juga aku balas lambaian tu. Kalau tak mau di chop kami sombong plak. Emm…nampak satu kedai jual laksa dan goreng-goreng. Menarik….
air sungai yang......fresh dan sejuk...
Kami singgah sekejap merehatkan kaki kat sungai di kaki Bukit Larut tu..sangat sejuk airnya. Waa..terasa segar. Rasa macam nak terjun mandi dalam tu pun ada….

Lepas rasa lega..kaki pun dah segar sikit. Kami ke gerai laksa tadi untuk melantak laksa pula selepas penat men’daki’ Bukit Larut…Laksa yang pedas..dan, sempat men’tapau’ goreng pisang yang sedap…rangup ok..

rasa cam cantik je bunga ni hidup kat situ
Sampai rumah Miza, Zohor sudah…berehat sebentar sebelum bersiap untuk bertolak pulang. Oh..sempat men’call’ pengantin baru…ceh dia dah lepas ke Penang sudah. Ingatkan nak singgah sekejap sebelum balik. After lunch & Jamak Qasar, kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur, tempat kami cari makan…sebab esoknya memasing kerja doh….masa bersalaman dengan Mak Miza, sempat dibisikkan kepada kami..  “Nanti Bulan 6 datang lagi yee…..” ~ emmm….bulan 6 la sangat Cik Miza kan….haha…



Waa..trip 3D 2N yang AWESOME!!!! Walaupun terasa penatnya..tapi sangat..sangat dan tersangatlah berbaloi. Demi menemani Cik Driver yang memandu sorang-sorang, seperti biasa kami buat konsert duet sepanjang perjalanan. As I told before, Miza tak boleh pakai kalau nak Trio…lagu ‘Bawaku Pergi’ tu pun dia boleh blurr tak faham..hihi…(pengantin to be tak boleh stress-stress tau…). Oh sempat kami merencana trip untuk kami BERLIMA (you-know-who-you-are) plus MKA,KA & KAA…dalam bulan 7 nanti..emm…tapi tak tahulah macammana tu memandangkan kena melibatkan KA3. Harap-harapnya menjadi la ek…Insyaallah. 

Oh..sampai je kat KL yang dah mula jam tu, Miza dihantar ke KL Sentral untuk pulang ke rumahnya. Izzati pula sempat singgah kat rumah aku untuk mentransfer all the picture yang sempat kami capture. Huh…sampai tak cukup satu CD tue..Waa,…finally, DONE. Eh…maaflah korang, terpanjangla pulak entry kali ni…emm…tapi, kalau kira korang baca sampai sini, memang salute la….korang memang pembaca yang budiman. Tulah, excited terlebih nak cerita segala bagai kan..sampai tak sedar entry ni dah macam nak buat report projek. *peace sambil senyum*

*Pengantin to be; Jangan stress-stress…sila gelak bila baca entry kali ni. Kalau stress lagi, baca post-post aku yang sebelum ni…~ KAU OK???

*Pengantin bln 3; Hehe..tunggu kedatangan kami. Sila pesan kat En KA, kami nak book mu 3 hari tau..kalaulah mu tak berjaya ‘menghalau’ dia untuk pergi camping tu,emm… dia nak join sekali pun okay sajo…hehe….oh, ur ‘beduk’ kami tak lupa punya…

*Ibu Mengandung; Hehe…jumpa nanti. Jaga diri & baby…kalau MKA buli, report kami ok..oh..jangan stress2 juga!!! Kalau stress….hihi..silalah visit blog yang awesome ni…Oh, ada orang tu mengidam ketam lembut, nak join????

*My Dearest couple; huhu..nak buat macammana…la ni, KAje…belum lagi menjadi KA5 …so, silalah bersabar menghadap muka your partner ni… ~ KAU OK???

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...