i'm here at Bukit Larut okay... |
Seawal 8.00 pagi selepas siap
bersarapan popia goreng yang sedap dan Nasi goreng Miza, kami bergegas
ke destinasi rekreasi kami kali ini, Bukit Larut or named as Maxwell
Hill.
Sampai saja di kaki Bukit Larut,
kelibat orang-orang nak trekking kelihatan. Emm…ramai juga rupanya orang
walaupun hari Isnin. Oh lupa, cuti sekolah rupanya. Biasalah dah kerja
ni, bab-bab cuti sekolah selalu tak ambik endah pun. Then, terus kami ke
kaunter tiket untuk naik jip, sebab, kami malas nak trekking
memandangkan perjalanan kami masih jauh. Lagi-lagi kesian kat cik driver
yang kena drive balik KL petang nanti.
the history of Bukit Larut aka Maxwell Hill...sila baca yeee |
Jam kat ofis tu pukul 8.50am cam
tu. Mengikut kata En Kaunter tu, sebenarnya ada satu rombongan sekolah
dah book tiket untuk naik jip tu. So, dia minta kami tunggu sampai pukul
9.00, baru dia boleh release tiket. Emm…dalam hati dah berdoa, mohon
rombongan sekolah tu lambat..huhu..dah gaya heartless semacam kami ni.
Maaf ye rombongan sekolah yang berkenaan. Misi kami lebih
penting…hehe..sesambil menunggu, kami….snap picture la apalagi.
Tepat jam 9.00am, bergegas kami ke
kaunter tu untuk beli tiket bersama-sama dengan satu famili yang juga
menunggu seperti kami. Alhamdulillah, dengan tiket berharga RM 6.00
sekepala, dapat kami naik jip zaman penjajah tu untuk ke puncak Bukit
Larut bersama-sama dengan famili tadi dan satu couple yang tak mesra
alam (pepandai je kan aku buat spekulasi) dan sorang mamat. Mulanya,
ingatkan kitaorang naik jip sekali dengan famili tu je. Rupanya, dia
sumbat sekali sume dalam satu jip penjajah yang kecik tu..Adoiyai!!!
Yang famili tu, driver tu suruh duduk depan, yang kitaorang yang lain
duduk kat belakang. Tapi, oleh sebab ada satu space kosong, driver minta
sorang perempuan masuk. Yang si couple confirm-confirm la kan tak nak
berenggang. Kitaorang bertiga memasing pandang satu sama lain…yang at
last, Zati volunteerkan diri. Zati cakap; masa dia nak duduk depan tu,
sempat dijeling kami, katanya, muka kami dah cemberut semacam…haha…tak
perasan sebenarnya, automatic kut. Aura tak puas hati…
Tiket hanya berharga RM 6.00 untuk 2jam...sangat berbaloi!!! |
Then.....we
began our TERRIBLE journey (TERRIBLE tu huruf besar OK!!). Yang Zati
kat depan bersuka ria beramah mesra dengan famili tu. Yang aku dengan
Miza…emm…terhimpit di belakang. Giler scary naik jip tu..Dengan keadaaan
merentas hutan ke puncak, dengan jalan yang turapnya dah hancur…lagi
pulak, jip ni membawa beban tempat kutip sampah kat belakang…dengan
drivernya macam nak drift je gayanya…lap pun ambik lajak jauh giler,
sampai kami dah rasa macam nak terlambung masuk gaung…memang segala
jenis selawat, istighfar plus kalimah syahadah kami baca. Manalah tau,
tetiba jip ni melambung masuk gaung…emm..
Dalam
keadaan kami yang terhentak-hentak kat seat belakang…yang kalau kami
tak pegang sekuat mungkin penghadang besi tue, mau kami terlambung
keluar atau terperosok kat lantai jip…atau terhantuk dinding jip…dengan
penumpang yang duduk berhadapan kitaorang ni boleh plak dia ambik space
lebih, tau la kaki diorang tu besar dan panjang, sudahnya sampai kaki
kami tersepit ….Yang si Izzati yang bersenang lenang kat seat depan tu
boleh plak bertanya dengan sinisnya (konon-konon simpatila kan ~ simpati
ke perli???); KAU OK? …..huh..ni aku rasa macam nak kuar aura ‘hulk’,
nak humban Zati masuk gaung. *mata menjengil*
Walaupun
berhempas pulas bertahan dalam jip tu untuk naik ke puncak Bukit
Larut…dengan laluan kami yang selalu berselisih dengan pen’trekking’
yang emm…ok, sangat impress dengan diorang ni. Effort tu panjat Bukit
Larut ni…dahlah trekking tu sendirian berhad…tapi, view sepanjang
perjalanan kami sangat awesome. Walaupun, gaung kat tepi cam
scary….nampak hutan hijau yang masih terpelihara…dengan udara hutan yang
segar..sesekali nampak air terjun yang jernih…waaa…sangat-sangat
berbaloi untuk rasa terhentak dalam jip. Ada juga beberapa pondok di
tepi jalan, mungkin transit untuk pendaki-pendaki kut…
Sesekali,
adalah En Driver tu bertanya; yang belakang ok ke?; emm..boleh plak si
Izzati yang volunteer tukang jawab; OK…OK…eh???? ~ Tangan aku pun laju
je nak mencekik leher dia ni..huh…
view dari atas Bukit Larut....awesome!!!! |
Alhamdulillah..after
about 20 minit merasa sakit terhentak-hentak, kami sampai di Bukit
Larut pada ketinggian 1036m dari paras laut . Just one words to describe our feeling;
AWESOME!!!! Walaupun ambik masa juga untuk stabilkan diri masa mula-mula
jejak tanah…Subhanallah..sangat cantik okay. Bestnya kalau dapat spend time lama sikit kan...
time to bersiar-siar..haruslah mengoptimumkan masa kan... |
3km lagi ke puncak Bukit Larut...hujung tu laut okay... |
nilah sebahagian dari 'restriction area' tuee...huhu |
Sebenarnya, ingatkan
betul-betullah dia hantar sampai puncak….huhu…tapi bila tengok batu
jalan..BUKIT LARUT 4KM….waaaa…nak kena daki juga ke….mulanya,
konon-konon bersemangatlah nak sambung berjalan sampai puncak sebab nak
tahu apa yang ada kat puncak tu sesambil kami bersiar-siar sekitar
transit stesen. Ikut kata En Kaunter sebelumnya, tulip dah 5 tahun tak
de…huhu…sudahnya, kami cuma larat berjalan sampai Cendana Hut & Cafe je sebab
terasa jauhnya. Sempat bertembung dengan En Driver yang menghantar kami,
sempat dia tegur; Oh…sampai sini korang berjalan. ~ Eh….
KAU OK?? |
Cendana Hut & Cafe...lets go!!! |
CafĂ© ni on renovation…banyak port
yang cantik tak dapat nak pergi. Dekat bawahnya ada penanaman pokok
bunga, tapi ada signboard ‘restriction area’…emmm…
pokok bunga yang macam .....in the making je gayanya |
sila tengok kat belakang tue...emmm..under construction la plak |
Pusat Kepelbagaian Biolagi signboard.... |
Oleh sebab masa kami untuk berada
di situ 2 jam sahaja, so, kami explore everthing yang kat situ dan snap
seberapa banyak picture yang menarik. Sebab..tak tahu samaada kami
sanggup untuk naik scariest jip penjajah tu sekali lagi…huhu...
...map of Bukit Larut... |
prove kami di ketinggian 1036m dari paras laut |
Dan bila tengok
pengunjung-pengunjung yang lain…lorrr…kami je ke yang rasa teruja lebih
dapat jejak Bukit Larut nie…sebab bila kami turun semula ke stesen
transit, ramai dah duduk berehat sahaja di kerusi tersedia…eh???
masa untuk kami menuruni bukit untuk ke Titi Gantung |
Jam pukul 10.30am..masih ada ½ jam
untuk kami explore, so, kami menuruni Bukit Larut untuk ke titi gantung
yang kebetulan kami nampak sebelum naik ke stesen transit. Haruslah
pergi situ…titi tu sangat cantik ok. Tapi, ada papannya yang sudah
tercabut… dan titi tu membawa ke satu menara yang…tangganya sudah patah.
Emmm…tapi tak tahu menara apa….
nilah titi gantung yang kami nak sangat pergi tu.. |
tangga yang hubungkan titi ke menara...sila tengok view belakang tu...beauty!! |
menara yang tangganya sudah patah...sayangkan!!! |
view dari titi gantung...atas tu la stesen transit...emm...jauhkan kami jalan.. |
the tree of us..the only one pic... |
Okay, jam dah nak pukul
11.00am…masa untuk kami bergegas ke stesen transit. Kalau tak sampai
tepat pada masanya,…emm..mau kami kena tinggal kat Bukit Larut
ni..huhu…idokla kut.Lainla kalau memang kita book resort kat sini kan...
waaa....jip sudah menunggu kami... |
Sampai je kami kat stesen transit,
ada satu jip baru berlalu…penumpangnya, famili yang bersama-sama kami
tadi dengan couple tue..dalam hati, YESSS!!!! Nasib baik kami naik
lambat sikit. Dan ada satu jip yang besar sikit sudah menunggu kami.
Hehe…Alhamdulillah, tepat jam 11.00am..jip tu memulakan perjalanan
menuruni Bukit Larut. Mulanya memang scary juga sebab penghadang
belakang jip tak boleh tutup, tapi ada seorang guiard yang berdiri kat
situ. Jip ni sangat selesa sebab besar sikit dan orang dalamnya pun tak
ramai..dalam 7 orang macam tu. One family & us je…dan perjalanan,
sangat smooth…tak delah rasa sakit terhentak-hentak macam mula-mula
tadi. Kesimpulannya, best la..rasa macam bersiar-siar sekitar kampung
je. Dan, takde lah rasa tension kalau ada orang tanya; KAU OK?
time to balik!!!! |
After about 20 min; sampai juga
kami di kaki Bukit Larut. Izzati sudah sibuk dengan
handponenya…lorr…minah bekerjaya sungguh dia ni. Namapk signboard depan
pejabat yang jual tiket tu, TIKET UNTUK HARI INI SUDAH HABIS ….Eh???
Apakah?? Baru pukul 11.00 lebih kut… emmm..nasib baik kami pergi
awal..huhu…
sadisnya tengok signboard nie...xde orang tolong cuci ke...emm |
waa..1910...over 100 years okay.. |
Then, terus kami ke tempat parking
yang kebetulan luar sedikit dari Bukit Larut tue, kebetulan terserempak
dengan famili yang bersama-sama kami tadi yang kebetulan nak balik
juga. Sempat si ibu melambai kami. Ceh..ingatkan Izzati dan Miza
perasan. Sebab Izzati kut yang terlebih beramah mesra dengan diorang,
rupanya diorang tak perasan, Dan nasib baik juga aku balas lambaian tu.
Kalau tak mau di chop kami sombong plak. Emm…nampak satu kedai jual
laksa dan goreng-goreng. Menarik….
air sungai yang......fresh dan sejuk... |
Kami
singgah sekejap merehatkan kaki kat sungai di kaki Bukit Larut
tu..sangat sejuk airnya. Waa..terasa segar. Rasa macam nak terjun mandi
dalam tu pun ada….
Lepas
rasa lega..kaki pun dah segar sikit. Kami ke gerai laksa tadi untuk
melantak laksa pula selepas penat men’daki’ Bukit Larut…Laksa yang
pedas..dan, sempat men’tapau’ goreng pisang yang sedap…rangup ok..
rasa cam cantik je bunga ni hidup kat situ |
Sampai
rumah Miza, Zohor sudah…berehat sebentar sebelum bersiap untuk bertolak
pulang. Oh..sempat men’call’ pengantin baru…ceh dia dah lepas ke Penang
sudah. Ingatkan nak singgah sekejap sebelum balik. After lunch &
Jamak Qasar, kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur, tempat kami cari
makan…sebab esoknya memasing kerja doh….masa bersalaman dengan Mak Miza,
sempat dibisikkan kepada kami.. “Nanti Bulan 6 datang lagi yee…..” ~ emmm….bulan 6 la sangat Cik Miza kan….haha…
Waa..trip
3D 2N yang AWESOME!!!! Walaupun terasa penatnya..tapi sangat..sangat
dan tersangatlah berbaloi. Demi menemani Cik Driver yang memandu
sorang-sorang, seperti biasa kami buat konsert duet sepanjang
perjalanan. As I told before, Miza tak boleh pakai kalau nak Trio…lagu
‘Bawaku Pergi’ tu pun dia boleh blurr tak faham..hihi…(pengantin to be
tak boleh stress-stress tau…). Oh sempat kami merencana trip untuk kami
BERLIMA (you-know-who-you-are) plus MKA,KA & KAA…dalam bulan 7
nanti..emm…tapi tak tahulah macammana tu memandangkan kena melibatkan KA3. Harap-harapnya menjadi la ek…Insyaallah.
Oh..sampai
je kat KL yang dah mula jam tu, Miza dihantar ke KL Sentral untuk
pulang ke rumahnya. Izzati pula sempat singgah kat rumah aku untuk
mentransfer all the picture yang sempat kami capture. Huh…sampai tak
cukup satu CD tue..Waa,…finally, DONE. Eh…maaflah korang, terpanjangla
pulak entry kali ni…emm…tapi, kalau kira korang baca sampai sini, memang
salute la….korang memang pembaca yang budiman. Tulah, excited terlebih
nak cerita segala bagai kan..sampai tak sedar entry ni dah macam nak
buat report projek. *peace sambil senyum*
*Pengantin
to be; Jangan stress-stress…sila gelak bila baca entry kali ni. Kalau
stress lagi, baca post-post aku yang sebelum ni…~ KAU OK???
*Pengantin
bln 3; Hehe..tunggu kedatangan kami. Sila pesan kat En KA, kami nak
book mu 3 hari tau..kalaulah mu tak berjaya ‘menghalau’ dia untuk pergi
camping tu,emm… dia nak join sekali pun okay sajo…hehe….oh, ur ‘beduk’
kami tak lupa punya…
*Ibu
Mengandung; Hehe…jumpa nanti. Jaga diri & baby…kalau MKA buli,
report kami ok..oh..jangan stress2 juga!!! Kalau stress….hihi..silalah
visit blog yang awesome ni…Oh, ada orang tu mengidam ketam lembut, nak
join????
*My Dearest couple; huhu..nak buat macammana…la ni, KA3 je…belum lagi menjadi KA5 …so, silalah bersabar menghadap muka your partner ni… ~ KAU OK???
3 comments:
x tau pulak bukit larut ni cantik jugak..kalo x, aritu mesti dah pegi...huhu..ruginye..:(
sangat cantik!!!!! rugi tak singgah...hehe...tp byk yg on renovation..
tak sabar asa nak sampai sana... mst sejukkan.. ^_^
Post a Comment