Monday, March 05, 2012

Si Mangkuk Tingkat

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

Impiannya satu dalam seribu.
“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”
Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.
New collection by JS for sure, written by Faziela. Emm..dah lama tak buat review pasal novel.

Kali ni, aku lebih berhati-hati beli novel, sebab dulu main borong je bila rasa-rasa macam best ikut instint sendiri. Sudahnya, haish…sometimes instint aku pun tak berapa nak betul. Tersadai je buku tu kat rak tanpa dibaca..tapi sometimes, novel tu best je tapi aku ni sedang melalui fasa malas untuk membaca sudah bila dah ada Lappy yang comei. Sebab rasa teruja untuk baca novel tu hilang sekejap. Ni ‘Hidden Chronicles’ punya pasal…salahkan roommate yang berjaya menterujakan aku untuk main game. Haha….Nasib baik aku tak terjebak dengan Castle Ville dia..

Oh berbalik dengan ‘Si Mangkuk Tingkat’…bought from MPH Midvalley. Sekarang, aku akan baca review dan bab awal dari website dia dulu. According to the review & bab awal, emmm….aku dah jatuh cinta dengan cerita Ash & Ard or Ashraff & Edryna. Ash, si co-pilot yang a very nice guy…& si Ard yang berubah menjadi Ard yang sangat garang dengan lelaki kerana satu peristiwa silam. Ceritanya dimulakan dengan Si Ash terjatuh hati dengan Ard masa first jumpa sebab masa dia nak fly untuk kerja, konon2 dia nak cari seorang perempuan yang travel pakai baju kurung. Dan kebetulannya, dia terlanggar seorang perempuan berbaju kurung dengan mangkuk tingkat. Dari situ, dia tahu nama perempuan tu Edryna sebab Ard terjatuhkan boarding pas. Ard berkejar untuk jumpa si abang, pilot juga, Kapten Edryyan, sebab diorang nak naik flight untuk jumpa bapa saudara yang masuk hospital. Mangkuk tingkat tu bekalan untuk si abang, sebab Ard ni jenis manusia yang sangat environmental friendly.

And the story began, konon2 Ashraff kata, kalau dia jumpa semula Edryna tu, dia nak ajak kahwin terus. Tapi, apa yang terjadi, Edryna yang dia jumpa sekarang tak sama dengan Edryna yang dulu. Dan atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Namun, keduanya sangat tidak sebulu. Dan Ashraff berusaha sedaya mungkin untuk melembutkan hati Edryna. Dalam proses tu, barulah dia tahu kenapa Ard berubah, semuanya kerana seorang bernama Asyraf aka Acap. Tapi sedikit-sedikit, hati Edryna mula lembut, sebab seorang yang bernama Ashraff juga…yang sangat-sangat gentleman & unpredictable. Their lovey-dovey scene…emm…simple but sweet...

Plus, pendetailan berkaitan pilot dan apa yang berkaitan airplane sangat sweet dan memang buatkan aku teruja. Emm…macam si author ni betul2 seorang pilot. Juga, pendetailan pasal environment pun buatkan kita terfikir…oh…macam tu rupanya!!!..

Overall, cerita yang sangat best. Bahasa yang santai dan tak meleret. Konflik yang tak berjela & klise…One of novel yang aku habiskan just one weekend day. Thanks Faziela for making such a great novel, u really make up my day. Dah lama rasa teruja nak baca novel hilang lepas ‘Baju Melayu Hijau Serindit’. For sure, I enlist u in my favourite author list…anticipate with your next novel.

*Next..Jula Juli Bintang Tujuh by Adileah menanti..we'll see how. Oh..counting day for trip to Perak again....im truly malaysian, so travel pun cuti-cuti Malaysia je...cehh..padahal bajet tak cukup...

No comments:

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...