Friday, March 09, 2012

~ New Year Celebration a.k.a Bachelor Party~ @ A Famosa Resort, Melaka.

pedulikan 3 si dara manis ni...LOT 1217 tu yg kena highlight...hehe
Alhamdulillah, last minute planning. Tapi atas komitmen my dearest bff Miza, Zati, Izzah & Dayah, smooth planning (walaupun tak berapa nak smooth sebab cadangnya nak bersukaria 3 hari tapi jadi 2 hari je….Miza kena kejalah plak)…& sweet celebration for sure..

Kami bertolak pada petang hari terakhir 2012, terus ke A Famosa Resort Melaka. Mulanya kami booking apartment 3 bilik dengan harga RM 400++. Tapi, alhamdulillah…oleh sebab vila ada kosong, diorang upgrade kan booking kami…waa….sangat teruja. Itu jugalah yang kami harap pun..
'our one night villa'
Dan sesampai je dalam vila….sangat marvelous ok. Yang paling membuatkan kami teruja, apalagi….swimming pool yang letaknya tepi vila dan tertutup,,,itu yang sangat-sangat penting…maklumlah kami ni anak dara lagi (pada hari kejadian….). Ok, nilah baru dinamakan party….yang sebenarnya bachelor party versi kami…haha…


view lg dekat....sila jealous...

Apalagi, tak tunggu lama…lepas kemas apa yang patut, kami pun sesamalah menerjunkan diri dalam swimming pool tu. Ala aci pandai berenang je sume..alih2 yang berenang pun Zati sorang je. Yang lain sekadar main-main air. Aku yang sememangnya agak gerun dengan air sekadar merendamkan diri…memang fail la kalau aku nak berenang. Nak tenggelamkan kepala pun aku tak boleh…entah rasa nak lemas semacam. Sudahnya kitaorang main ‘bola’ dalam air…biarlah hanya kami yang tahu ‘bola’ tu apa…haha…


our ayam BBQ....dijaga dgn baik oleh Pn dyh to be (ketika itu) sesambil bergayut dgn.......


our sosej yg tunggu untuk dingap...


our dinner....tonight...homemade tau..yang jajan tue abaikan...


oh puding kastard tertingal....zati, u r superb beb!!!
Malamnya, lepas penat berendam & bermain dalam swimming pool tu sesambil berchit-chat segala macam story sepanjang setahun kami tak jumpa…kami pun berBBQ tepi swimming pool…sambil makan..sambil tolong dayah menampal setem untuk wedding cardnya…sesambil tengok cerekarama…lupa sudah tajuknya…sesambil tengok Majalah Tiga yang pasal hubungan persahabatan Malaysia-Jepun tue…oh, tengah malam sudah…




taraaa..thats our swimming pool...




our kitchen....cantikkan..


master bedroom...mine & miza room...sebab belaka2 dh chop bilikkan..
 

our master bathroom....


our kitchen counter...


the five of us...swimming pool tu yang penting


tara...our handsome villa ...sila abaikan 4 dara tue..nyibuk jee...



*** Cerita yang seterusnya, aku sambung nanti…kalau rajin..hehe…
five pretty girl...1,3, & 6 is confirm...haila...botol air plak nak enterframe...

Thursday, March 08, 2012

Taiping Lake Garden


Kitaorang bersiar-siar kat Taman Tasik Taiping ni just after pusing-pusing Zoo Taping (Klik Link for Zoo Taiping entry). Sebelum tu, sempat kami melantak laksa untuk minum petang session. Then, terus pusing-pusing lake garden sesambil meng’usha’ pengantin-pengantin baru buat sesi outdoor..so, sesapa area Taiping kalau nak buat outdoor photo session bolehlah buat kat sini. Sangat cantik ok…

with Miza..rasa cam nak terjun je dlm tasik nun
Dan ada perkhidmatan cruise (err..tak tahu nama dia, tapi ala-ala bot yang besar tu la) dan bot itik (yang kena kayuh sendiri untuk dua orang). Emm..ikut plannya, macam nak naik bot itik itu, sebab dia sangat comel ok..tapi, memandangkan pada hari kejadian kami agak sopan dengan berbaju kurung..err..tak sesuai kut..So, kami bersiar-siar je la pusing lake garden tue…


nilah bot itk yang digembar gemburkan...


huhu..aura jealous...
Sampai separuh perjalanan, dah penat berjalan dan snap picture….sangat letih kut. Mula-mula ingat nak patah balik je…tapi, adalah sorang tu kan memberi idea untuk kitaorang pusing je lake garden tu sampai habis sebab rasa macam tak jauh. Dan sudahnya, sejam juga kami berjalan mengelilingi Lake Garden tu…korang boleh bayangkan lah kan jauh tak jauh nya kami berjalan. Tapi, sebab tu first time pergi, emm..alang-alang..habiskan je lah satu pusingan. Memang…dan memang..dan sesungguhnya sangat letih. Dengan berbaju kurung lagi….bermandi peluh la kitaorang.


jgn tengok dak berdua tue...tue tgk yg hujung tu...tulah antara pengantin yang buat outdoor...


sila bandingkan saiz kami dengan pokok...haha


MPT menara...biggest prove okay...


Oleh sebab nak maghrib kat rumah sebab badan ala melekit...sangat tak selesa. Kami pun bergegas pulang...emm..journey yang sangat penat. Ber'exercise' di Taiping Lake Garden....

waaa..finally jumpa juga jalan pulang
** Aku & Miza officially di jemput untuk 'mengacau' pengantin to be untuk outdoor photo shoot diorang...emm...superb idea!!! Plus dengan si talkative Zati....we'll see whether it's a very brilliant idea or not?




sekali lagi..jangan tengok dak berdua ni..word Taman Tasik Taiping tu yang penting

Monday, March 05, 2012

Si Mangkuk Tingkat

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

Impiannya satu dalam seribu.
“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”
Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.
New collection by JS for sure, written by Faziela. Emm..dah lama tak buat review pasal novel.

Kali ni, aku lebih berhati-hati beli novel, sebab dulu main borong je bila rasa-rasa macam best ikut instint sendiri. Sudahnya, haish…sometimes instint aku pun tak berapa nak betul. Tersadai je buku tu kat rak tanpa dibaca..tapi sometimes, novel tu best je tapi aku ni sedang melalui fasa malas untuk membaca sudah bila dah ada Lappy yang comei. Sebab rasa teruja untuk baca novel tu hilang sekejap. Ni ‘Hidden Chronicles’ punya pasal…salahkan roommate yang berjaya menterujakan aku untuk main game. Haha….Nasib baik aku tak terjebak dengan Castle Ville dia..

Oh berbalik dengan ‘Si Mangkuk Tingkat’…bought from MPH Midvalley. Sekarang, aku akan baca review dan bab awal dari website dia dulu. According to the review & bab awal, emmm….aku dah jatuh cinta dengan cerita Ash & Ard or Ashraff & Edryna. Ash, si co-pilot yang a very nice guy…& si Ard yang berubah menjadi Ard yang sangat garang dengan lelaki kerana satu peristiwa silam. Ceritanya dimulakan dengan Si Ash terjatuh hati dengan Ard masa first jumpa sebab masa dia nak fly untuk kerja, konon2 dia nak cari seorang perempuan yang travel pakai baju kurung. Dan kebetulannya, dia terlanggar seorang perempuan berbaju kurung dengan mangkuk tingkat. Dari situ, dia tahu nama perempuan tu Edryna sebab Ard terjatuhkan boarding pas. Ard berkejar untuk jumpa si abang, pilot juga, Kapten Edryyan, sebab diorang nak naik flight untuk jumpa bapa saudara yang masuk hospital. Mangkuk tingkat tu bekalan untuk si abang, sebab Ard ni jenis manusia yang sangat environmental friendly.

And the story began, konon2 Ashraff kata, kalau dia jumpa semula Edryna tu, dia nak ajak kahwin terus. Tapi, apa yang terjadi, Edryna yang dia jumpa sekarang tak sama dengan Edryna yang dulu. Dan atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Namun, keduanya sangat tidak sebulu. Dan Ashraff berusaha sedaya mungkin untuk melembutkan hati Edryna. Dalam proses tu, barulah dia tahu kenapa Ard berubah, semuanya kerana seorang bernama Asyraf aka Acap. Tapi sedikit-sedikit, hati Edryna mula lembut, sebab seorang yang bernama Ashraff juga…yang sangat-sangat gentleman & unpredictable. Their lovey-dovey scene…emm…simple but sweet...

Plus, pendetailan berkaitan pilot dan apa yang berkaitan airplane sangat sweet dan memang buatkan aku teruja. Emm…macam si author ni betul2 seorang pilot. Juga, pendetailan pasal environment pun buatkan kita terfikir…oh…macam tu rupanya!!!..

Overall, cerita yang sangat best. Bahasa yang santai dan tak meleret. Konflik yang tak berjela & klise…One of novel yang aku habiskan just one weekend day. Thanks Faziela for making such a great novel, u really make up my day. Dah lama rasa teruja nak baca novel hilang lepas ‘Baju Melayu Hijau Serindit’. For sure, I enlist u in my favourite author list…anticipate with your next novel.

*Next..Jula Juli Bintang Tujuh by Adileah menanti..we'll see how. Oh..counting day for trip to Perak again....im truly malaysian, so travel pun cuti-cuti Malaysia je...cehh..padahal bajet tak cukup...

Wednesday, February 29, 2012

Zoo Taiping

Few month ago, after Aishah kenduri. Emm..baru nak story. Aishah pun mengandung sudah. Alhamdulillah…

Zoo Taiping ni letaknya tak jauh dari Taiping Lake Garden. Sebelah je kut. Emm..lama tak jejak Zoo. Last pergi pun, Zoo Negara setahun lepas kut.
 
welcome to zoo taiping...
 Pusing-pusing zoo…biasalah, nama pun zoo kan. Binatang-binatang je lah yang mengalu-alukan kedatangan kami pun. Sangat penat menjelajah sekitar Zoo tu sebab kami jalan kaki. Ada train tersedia, tapi kami prefer jalan kaki…konon-konon nak exercise la kan. Tapi, sangat penat okay….dah lah baru balik kenduri, emm..klu dah namanya kenduri, berbaju kurung la kami…dengan sandal..emm…selamat la kakiku…


bergambar dengan signboard je...orang utan nyorok dalam rumah

emm..memang gaya lawatan sosial
Hujan renyai-renyai…emm..pusing zoo sambil berpayung…dah gaya cam lawatan sosial.
Memang binatang-binatang kat situ banyak yang tak kenal pun…bolehlah sesambil tu mengenali makhluk Allah yang lain. Dan, masa kami pusing-pusing tu, nampak macam banyak renovation tengah buat…dan sempatlah melihat sedikit kekecohan gara-gara monyet mengacau orang…

tengok tu...dia pun nak join sekali


rusa tu namanya miza...sebab kami panggil, dia pandang..
 
melawat kawasan...


klinik zoo pun ada...


here the ticket..30% tu yg penting..
 Oh lupa, harga tiket dapat diskaun 30% sebab guna IC Miza & Izzah…Chill!!!


the tree of us...
* This coming March, Insyallah, will go there again. Izzah’s wedding…Tak pasti lagi ke mana lokasi-lokasi menarik yang akan pergi. Emmm…bukit larut pun cam ok gak.

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...