Sunday, May 13, 2012

KAU OK? @ Bukit Larut, Taiping Perak

i'm here at Bukit Larut okay...
Seawal 8.00 pagi selepas siap bersarapan popia goreng yang sedap dan Nasi goreng Miza, kami bergegas ke destinasi rekreasi kami kali ini, Bukit Larut or named as Maxwell Hill. 

Sampai saja di kaki Bukit Larut, kelibat orang-orang nak trekking kelihatan. Emm…ramai juga rupanya orang walaupun hari Isnin. Oh lupa, cuti sekolah rupanya. Biasalah dah kerja ni, bab-bab cuti sekolah selalu tak ambik endah pun. Then, terus kami ke kaunter tiket untuk naik jip, sebab, kami malas nak trekking memandangkan perjalanan kami masih jauh. Lagi-lagi kesian kat cik driver yang kena drive balik KL petang nanti. 
the history of Bukit Larut aka Maxwell Hill...sila baca yeee
 Jam kat ofis tu pukul 8.50am cam tu. Mengikut kata En Kaunter tu, sebenarnya ada satu rombongan sekolah dah book tiket untuk naik jip tu. So, dia minta kami tunggu sampai pukul 9.00, baru dia boleh release tiket. Emm…dalam hati dah berdoa, mohon rombongan sekolah tu lambat..huhu..dah gaya heartless semacam kami ni. Maaf ye rombongan sekolah yang berkenaan. Misi kami lebih penting…hehe..sesambil menunggu, kami….snap picture la apalagi.

Tepat jam 9.00am, bergegas kami ke kaunter tu untuk beli tiket bersama-sama dengan satu famili yang juga menunggu seperti kami. Alhamdulillah, dengan tiket berharga RM 6.00 sekepala, dapat kami naik jip zaman penjajah tu untuk ke puncak Bukit Larut bersama-sama dengan famili tadi dan satu couple yang tak mesra alam (pepandai je kan aku buat spekulasi) dan sorang mamat. Mulanya, ingatkan kitaorang naik jip sekali dengan famili tu je. Rupanya, dia sumbat sekali sume dalam satu jip penjajah yang kecik tu..Adoiyai!!! Yang famili tu, driver tu suruh duduk depan, yang kitaorang yang lain duduk kat belakang. Tapi, oleh sebab ada satu space kosong, driver minta sorang perempuan masuk. Yang si couple confirm-confirm la kan tak nak berenggang. Kitaorang bertiga memasing pandang satu sama lain…yang at last, Zati volunteerkan diri. Zati cakap; masa dia nak duduk depan tu, sempat dijeling kami, katanya, muka kami dah cemberut semacam…haha…tak perasan sebenarnya, automatic kut. Aura tak puas hati… 
Tiket hanya berharga RM 6.00 untuk 2jam...sangat berbaloi!!!

Then.....we began our TERRIBLE journey (TERRIBLE tu huruf besar OK!!). Yang Zati kat depan bersuka ria beramah mesra dengan famili tu. Yang aku dengan Miza…emm…terhimpit di belakang. Giler scary naik jip tu..Dengan keadaaan merentas hutan ke puncak, dengan jalan yang turapnya dah hancur…lagi pulak, jip ni membawa beban tempat kutip sampah kat belakang…dengan drivernya macam nak drift je gayanya…lap pun ambik lajak jauh giler, sampai kami dah rasa macam nak terlambung masuk gaung…memang segala jenis selawat, istighfar plus kalimah syahadah kami baca. Manalah tau, tetiba jip ni melambung masuk gaung…emm..

Dalam keadaan kami yang terhentak-hentak kat seat belakang…yang kalau kami tak pegang sekuat mungkin penghadang besi tue, mau kami terlambung keluar atau terperosok kat lantai jip…atau terhantuk dinding jip…dengan penumpang yang duduk berhadapan kitaorang ni boleh plak dia ambik space lebih, tau la kaki diorang tu besar dan panjang, sudahnya sampai kaki kami tersepit ….Yang si Izzati yang bersenang lenang kat seat depan tu boleh plak bertanya dengan sinisnya (konon-konon simpatila kan ~ simpati ke perli???); KAU OK? …..huh..ni aku rasa macam nak kuar aura ‘hulk’, nak humban Zati masuk gaung. *mata menjengil*

Walaupun berhempas pulas bertahan dalam jip tu untuk naik ke puncak Bukit Larut…dengan laluan kami yang selalu berselisih dengan pen’trekking’ yang emm…ok, sangat impress dengan diorang ni. Effort tu panjat Bukit Larut ni…dahlah trekking tu sendirian berhad…tapi, view sepanjang perjalanan kami sangat awesome. Walaupun, gaung kat tepi cam scary….nampak hutan hijau yang masih terpelihara…dengan udara hutan yang segar..sesekali nampak air terjun yang jernih…waaa…sangat-sangat berbaloi untuk rasa terhentak dalam jip. Ada juga beberapa pondok di tepi jalan, mungkin transit untuk pendaki-pendaki kut…

Sesekali, adalah En Driver tu bertanya; yang belakang ok ke?; emm..boleh plak si Izzati yang volunteer tukang jawab; OK…OK…eh???? ~ Tangan aku pun laju je nak mencekik leher dia ni..huh…
view dari atas Bukit Larut....awesome!!!!
Alhamdulillah..after about 20 minit merasa sakit terhentak-hentak, kami sampai di Bukit Larut pada ketinggian 1036m dari paras laut . Just one words to describe our feeling; AWESOME!!!! Walaupun ambik masa juga untuk stabilkan diri masa mula-mula jejak tanah…Subhanallah..sangat cantik okay. Bestnya kalau dapat spend time lama sikit kan...
time to bersiar-siar..haruslah mengoptimumkan masa kan...
3km lagi ke puncak Bukit Larut...hujung tu laut okay...
nilah sebahagian dari 'restriction area' tuee...huhu
 Sebenarnya, ingatkan betul-betullah dia hantar sampai puncak….huhu…tapi bila tengok batu jalan..BUKIT LARUT 4KM….waaaa…nak kena daki juga ke….mulanya, konon-konon bersemangatlah nak sambung berjalan sampai puncak sebab nak tahu apa yang ada kat puncak tu sesambil kami bersiar-siar sekitar transit stesen. Ikut kata En Kaunter sebelumnya, tulip dah 5 tahun tak de…huhu…sudahnya, kami cuma larat berjalan sampai Cendana Hut & Cafe je sebab terasa jauhnya. Sempat bertembung dengan En Driver yang menghantar kami, sempat dia tegur; Oh…sampai sini korang berjalan. ~ Eh….
KAU OK??

Cendana Hut & Cafe...lets go!!!
 CafĂ© ni on renovation…banyak port yang cantik tak dapat nak pergi. Dekat bawahnya ada penanaman pokok bunga, tapi ada signboard ‘restriction area’…emmm…
pokok bunga yang macam .....in the making je gayanya

sila tengok kat belakang tue...emmm..under construction la plak

Pusat Kepelbagaian Biolagi signboard....
 Oleh sebab masa kami untuk berada di situ 2 jam sahaja, so, kami explore everthing yang kat situ dan snap seberapa banyak picture yang menarik. Sebab..tak tahu samaada kami sanggup untuk naik scariest jip penjajah tu sekali lagi…huhu...
...map of Bukit Larut...


prove kami di ketinggian 1036m dari paras laut
 Dan bila tengok pengunjung-pengunjung yang lain…lorrr…kami je ke yang rasa teruja lebih dapat jejak Bukit Larut nie…sebab bila kami turun semula ke stesen transit, ramai dah duduk berehat sahaja di kerusi tersedia…eh???
masa untuk kami menuruni bukit untuk ke Titi Gantung
 Jam pukul 10.30am..masih ada ½ jam untuk kami explore, so, kami menuruni Bukit Larut untuk ke titi gantung yang kebetulan kami nampak sebelum naik ke stesen transit. Haruslah pergi situ…titi tu sangat cantik ok. Tapi, ada papannya yang sudah tercabut… dan titi tu membawa ke satu menara yang…tangganya sudah patah. Emmm…tapi tak tahu menara apa….
nilah titi gantung yang kami nak sangat pergi tu..

tangga yang hubungkan titi ke menara...sila tengok view belakang tu...beauty!!

menara yang tangganya sudah patah...sayangkan!!!
view dari titi gantung...atas tu la stesen transit...emm...jauhkan kami jalan..

the tree of us..the only one pic...
 Okay, jam dah nak pukul 11.00am…masa untuk kami bergegas ke stesen transit. Kalau tak sampai tepat pada masanya,…emm..mau kami kena tinggal kat Bukit Larut ni..huhu…idokla kut.Lainla kalau memang kita book resort kat sini kan...
waaa....jip sudah menunggu kami...
 Sampai je kami kat stesen transit, ada satu jip baru berlalu…penumpangnya, famili yang bersama-sama kami tadi dengan couple tue..dalam hati, YESSS!!!! Nasib baik kami naik lambat sikit. Dan ada satu jip yang besar sikit sudah menunggu kami. Hehe…Alhamdulillah, tepat jam 11.00am..jip tu memulakan perjalanan menuruni Bukit Larut. Mulanya memang scary juga sebab penghadang belakang jip tak boleh tutup, tapi ada seorang guiard yang berdiri kat situ. Jip ni sangat selesa sebab besar sikit dan orang dalamnya pun tak ramai..dalam 7 orang macam tu. One family & us je…dan perjalanan, sangat smooth…tak delah rasa sakit terhentak-hentak macam mula-mula tadi. Kesimpulannya, best la..rasa macam bersiar-siar sekitar kampung je. Dan, takde lah rasa tension kalau ada orang tanya; KAU OK?
time to balik!!!!
 After about 20 min; sampai juga kami di kaki Bukit Larut. Izzati sudah sibuk dengan handponenya…lorr…minah bekerjaya sungguh dia ni. Namapk signboard depan pejabat yang jual tiket tu, TIKET UNTUK HARI INI SUDAH HABIS ….Eh??? Apakah?? Baru pukul 11.00 lebih kut… emmm..nasib baik kami pergi awal..huhu…
sadisnya tengok signboard nie...xde orang tolong cuci ke...emm

waa..1910...over 100 years okay..
 Then, terus kami ke tempat parking yang kebetulan luar sedikit dari Bukit Larut tue, kebetulan terserempak dengan famili yang bersama-sama kami tadi yang kebetulan nak balik juga. Sempat si ibu melambai kami. Ceh..ingatkan Izzati dan Miza perasan. Sebab Izzati kut yang terlebih beramah mesra dengan diorang, rupanya diorang tak perasan, Dan nasib baik juga aku balas lambaian tu. Kalau tak mau di chop kami sombong plak. Emm…nampak satu kedai jual laksa dan goreng-goreng. Menarik….
air sungai yang......fresh dan sejuk...
Kami singgah sekejap merehatkan kaki kat sungai di kaki Bukit Larut tu..sangat sejuk airnya. Waa..terasa segar. Rasa macam nak terjun mandi dalam tu pun ada….

Lepas rasa lega..kaki pun dah segar sikit. Kami ke gerai laksa tadi untuk melantak laksa pula selepas penat men’daki’ Bukit Larut…Laksa yang pedas..dan, sempat men’tapau’ goreng pisang yang sedap…rangup ok..

rasa cam cantik je bunga ni hidup kat situ
Sampai rumah Miza, Zohor sudah…berehat sebentar sebelum bersiap untuk bertolak pulang. Oh..sempat men’call’ pengantin baru…ceh dia dah lepas ke Penang sudah. Ingatkan nak singgah sekejap sebelum balik. After lunch & Jamak Qasar, kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur, tempat kami cari makan…sebab esoknya memasing kerja doh….masa bersalaman dengan Mak Miza, sempat dibisikkan kepada kami..  “Nanti Bulan 6 datang lagi yee…..” ~ emmm….bulan 6 la sangat Cik Miza kan….haha…



Waa..trip 3D 2N yang AWESOME!!!! Walaupun terasa penatnya..tapi sangat..sangat dan tersangatlah berbaloi. Demi menemani Cik Driver yang memandu sorang-sorang, seperti biasa kami buat konsert duet sepanjang perjalanan. As I told before, Miza tak boleh pakai kalau nak Trio…lagu ‘Bawaku Pergi’ tu pun dia boleh blurr tak faham..hihi…(pengantin to be tak boleh stress-stress tau…). Oh sempat kami merencana trip untuk kami BERLIMA (you-know-who-you-are) plus MKA,KA & KAA…dalam bulan 7 nanti..emm…tapi tak tahulah macammana tu memandangkan kena melibatkan KA3. Harap-harapnya menjadi la ek…Insyaallah. 

Oh..sampai je kat KL yang dah mula jam tu, Miza dihantar ke KL Sentral untuk pulang ke rumahnya. Izzati pula sempat singgah kat rumah aku untuk mentransfer all the picture yang sempat kami capture. Huh…sampai tak cukup satu CD tue..Waa,…finally, DONE. Eh…maaflah korang, terpanjangla pulak entry kali ni…emm…tapi, kalau kira korang baca sampai sini, memang salute la….korang memang pembaca yang budiman. Tulah, excited terlebih nak cerita segala bagai kan..sampai tak sedar entry ni dah macam nak buat report projek. *peace sambil senyum*

*Pengantin to be; Jangan stress-stress…sila gelak bila baca entry kali ni. Kalau stress lagi, baca post-post aku yang sebelum ni…~ KAU OK???

*Pengantin bln 3; Hehe..tunggu kedatangan kami. Sila pesan kat En KA, kami nak book mu 3 hari tau..kalaulah mu tak berjaya ‘menghalau’ dia untuk pergi camping tu,emm… dia nak join sekali pun okay sajo…hehe….oh, ur ‘beduk’ kami tak lupa punya…

*Ibu Mengandung; Hehe…jumpa nanti. Jaga diri & baby…kalau MKA buli, report kami ok..oh..jangan stress2 juga!!! Kalau stress….hihi..silalah visit blog yang awesome ni…Oh, ada orang tu mengidam ketam lembut, nak join????

*My Dearest couple; huhu..nak buat macammana…la ni, KAje…belum lagi menjadi KA5 …so, silalah bersabar menghadap muka your partner ni… ~ KAU OK???

Monday, May 07, 2012

its time for Mr & Mrs KA ....

Sesudah subuh on 11th of March, kami bergegas pulang ke rumah Miza untuk mensiapkan diri. Siap breakfast lagi..emm, Miza, nasi goreng tu sedaplah...plus popia goreng tu. Masih terasa kesedapannya...nak request lagi boleh. untuk 19th May ni..hehe...
bunga telur yang cantik

Family Miza dah keluar ke Taiping untuk menghantar adiknya. So, sempatlah kami mengusha persiapan Cik Miza untuk 2nd June yang tetiba bertukar ke 19th May. Alorr....macam terlebih prepared dia nie... boleh kata dah 90% siap tue...memang advance la mu mek!!! hihi...
Bunga pintu yang cantik..fresh flower ok!!! **lorr mati-mati aku ingat fresh flower..cis..
Then, dalam pukul 10.00am...kami bergegas ke rumah pengantin. Kelibat orang pun tak bape nak ada. Cuma nampaklah orang-orang kampung bergotong-royong. Dan...guess what we have seen...emm..pengantin mop lantai ke susun meja tah kat luar. Adoiyai!!!!!! Emm...sempat jugak kami buat express facial untuk Izzah coz matanya sedikit sembab, mungkin sebab tak bape cukup tidur. Lepas semuanya okay...make up time!!!

hiasan kat katil pengantin....fresh!!!! **ni baru fresh flower...
Guess what..tukang make up tu tersangatlah lambat datang. Janji pukul 11.00..ni dah pukul 12.00, batang hidung pun tak nampak. Mulanya, call tak diangkat. Bila dah angkat, kata on the way...kalau setakat dari Bagan Serai, bape minit je kan. Rupa-rupanya, dari Taiping doh...dia ada customer lain. Yang customernya pulak tak beritahu kena buat rambut segala bagai. mana nak cukup tangan kawan tue. sudahnya...dalam pukul 12 lebih baru kakak tu sampai, kami semua walaupun aci baran juga dengan kakak tue, still cool down lagilah sebab yang lebih penting masa tue..si pengantin ni ha...cuma kesian dekat sahabat/anak murid/jiran/sedara Izzah yang nak jupe dia..sebab kami ala heartless je pi kunci pintu bilik pengantin sebab tak nak pengantin dikacau untuk sesi make up. kang, lagi lambat dia siap..huhu...maaf yee pada sesapa yang berkenaan. Kakak tu pun cool je kalau tengok physically tapi nampak la garis-garis rasa bersalah tue sebab lambat datang kan...
us w/out Miza..dia dah hilang pi ambik baju utk 2nd June yg berubah dh 19th May
Just a few minutes lepas siap make up & bergambar.....siren untuk rombongan pengantin sampai dah kedengaran. Bergegas kitaorang keluar dari bilik sesambil menjadi penanggah tak bertauliah.

Mr & Mrs MKA with Mr & Mrs KA
Oh...Dayah & En MKA nya baru sampai. Sempat beramah mesra sekejap sebelum kedatangan rombongan pengantin lelaki di sambut Izzah & family. Then, mereka ke meja santapan untuk sesi makan beradab. Dan oleh sebab macam tak de sapa pun yang incharge nak bagi goodies bag kat rombongan pengantin, cecepat je aku, miza, amalina & adik Izzah mengrelapaksakan diri untuk bagi sebab sedara-sedara Izzah yang lain saling bertolak-tolakan. Mereka tak tahu adat orang sini katanya...sudahnya, kami semua disangka adik Izzah...lol...~ cett..Izzati, sempat mu gelakkan kitaorang yee...oh Izzah, maaf sebab selamba je kitaorang buat keputusan sendiri..
ni reunion Wave namanya...
Sesi photoshoot kat meja santapan pun bermula sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki bersurai. sempatlah kami bergambar bersama. termasuklah dengan a few Wavevian, Aimi, Atiqah & kawannya (lupa plak namanya), Dayah Sianon & Us Radhi + anak mereka and yang lainnya lah..dah gaya reunion pulak rasanya. Tetiba receive msg dari K.Syida bertanyakan bila kenduri Izzah. Lorrr...akak, sabar je la. Emm...Dayah sudah mahu pulang sebab esoknya dia kerja. Sempat dibisikkan kepada kami berita gembira walaupun tak confirm lagi...Alhamdulillah!!! Happy for your dear!!! Dan En MKA nya..emm...not bad, sempat lagi tue dia mengusik pengapits....~ pengapit tu ada 's' yee...... Ok, as our observation, En MKA ni kepala boleh tahan. Masuklah dengan kitaorang...KA? emm...still in process. Sebab nampak macam pendiam. KAA?..oh itu tggu lepas 19hb..hehe 
pengantin with K.Syida & family...xsempat nak jupe...
Lepas tetamu pun ramai yang dah bersurai, baru perut terasa nak makan...huwaaa..lapar!!!! Terus melantak apa yang masih berbaki...overalll, sangat sedap. Thanks Izzah, for wonderful meal. Sedap ok!! cuma...air soya tu tak bape kena ngan tekak. Oh bukan sebab tak sedap, sebab tekak aku memang tak leh nak telan soya tue..huhu...then, solat time. Sebab lepas tu, kitaorang bercadang nak menyibuk pengantin buat outdoor. Masuk bilik konon2 nak berehat sekejap sementara tunggu giliran nak masuk tandas, tau-tau je tertido sudah...huh..penat sangat gamaknya. Dalam tertido tu, rupanya K.Syida datang juga bertandang dengan  familynya..huhu...
thats our gift yee...
Petangnya, dalam pukul 5.00 pm ingatkan nak keluar untuk sesi outdoor. Hujan la plak...terpaksalah kami berehat dalam rumah je sesambil tengok pengantin buat sesi buka hadiah. Sebelumnya, sempat kami mengangkat hadiah yang besar itu dari bonet kereta....semua cam curios je nak tau. Padahal, pengantin macam dah tahu je apa..*wink...wink*
taraaa....beauty!!!!
Dan the awesome part is, our gift jadi hadiah pertama yang dibuka pengantin. Giler bangga...hehe..Thanks Izzah!!!! Nak tau isi kandungannya..sila lihat pic atas ni...

nak jugak kan...
pengantin dok berposing kat tepi...kami pun wat photo shoot sendiri
Hujan sudah mula renyai. So, kitaorang redah jugalah hujan tu untuk ke Bukit Merah Laketown Resort untuk sesi outdoor. Oleh sebab ari cuti, memang ramai la orang yang berkunjung datang. Dan sebab pengantin sangat obvious dengan bajunya, so kelibat mereka macam menjadi perhatian jugalah. Kami semua-semua ni menjadi peneman sesambil menjadi consultant tak bertauliah untuk instruct pengantin pose mana yang cantik.
dan lagi....cantik kut background kan..haruslah posing juga...

Waa..kami memang best girl yang berjayalah...sempat juga kami main kereta apa tah namanya tue sekali dengan pengantin. Sudahnya, memang jadi perhatianlah. Giler ramai orang tengok...then, lepas je kami dah sudah. Berpusu plak orang main kereta tu. Emmm...diorang patut berterima kasih kat kitaorang ni, sebab tolong promote...*peace* ....well..its will be the most memorable moment i think!! 

Banyak juga tempat yang mereka explore untuk bergambar..termasuklah kami ni pun ikut serta buat photo shoot sendiri. Tau-tau je, malam sudah...so, kami pun bergegas pulang. Sempat bertembung dengan sepasang pengantin lagi yang juga buat sesi outdoor. Emm..ingatkan nak singgah kat sekolah Izzah sekejap, tapi, tak sempat sudah...

nilah kereta yang digembar-gemburkan..awesome kan!!!
Sempat singgah rumah pengantin. untuk dinner. emm...sangat puas kami melantak lauk kenduri plus laksa yang sedap itu. Lagi2 makan ramai2 dengan kawan DPLI Izzah..emm..sangat kecoh kawan mu sorang tue...sempat berborak dengan mak Izzah yang senyum je memanjang. Mak mu lega kut Izzah...mu dah selamat.

highlight for today...
Fuhhh!!! (sambil mengelap peluh yang konon2 menitis)....finally, siap gak part II ni before 19th May. So, next will be our Bukit Larut trip yang awesome tue...~ Kau OK???...hehe...sila bersabar ye kawan2. Kalau  aku tetiba stress lagi, maka cepatlah aku update...sebab kalau aku stress aku mula meraban buat kerja lain...hihi

** Mesti curious kan kenapa tetiba cepat plak mengupdate kan..ni sume SOCSO punya pasal. Ada ke diorang suh bagi document yang 2001 punye...haih...*stresss!!!!* siaplah officer tu kena dengan boss aku yang boleh tahan juga angin dia. Logik tak logiklah kan...its 11 years ago ok...klu ikut rules pun, we keep document within 7 years jee...adoiyai!!!

Saturday, May 05, 2012

She is Mrs KA....already!

Finally, after few weeks, baru terasa nak update…hihi..sorry la kawan-kawan sekalian ek..especially yang duk ternanti-nanti cerita untuk bulan 3 yang lepas.
special for Mr KA
Ok, our jouney began around 7.30pm on 9th March, dengan Miza bertandang untuk jumpa aku dulu lepas aku habis kerja untuk misi kami (plus Izzati) untuk ke MidValley ~ mencari hadiah untuk Cik Izzah (pada masa kejadian). Lokasi…oh, xleh reveal kat sini, kang tuan punya hadiah tau…hehe…lorrr..sangat kesian kat Cik Izzati, dah gaya alien dah…kerja punya pasal. Then, kami jumpa dengan adik Miza, sebab dia pun nak join rombongan esok. So, kami berempat bermalam di rumah aku untuk meneruskan misi esoknya, trip to Semanggol…again!!! ~ oh sorryla ek, my room tu kecik je..macam sempit je kan 5 orang  sekali…ceh..macam tak biasa kan masa pi tamrin dulu-dulu..hehe..tapi, bantal, tilam, selimut..cukup kan. Awesome tak aku…*rolling eye**                          

Sesudah subuh, kami bergegas keluar dari rumah untuk menyahut seruan misi ‘Nikah@Izzah’. Kang menangis kawan tu kalau kami tak pi…bukan menangis sebab dah nikah…Emm, perjalanan alhamdulillah…smooth. Sempat bersarapan di hentian Tapah, walaupun sangat ramai orang. And…nasi lemak dia not bad. Walaupun mata aci mengantuk, memandangkan sangat kesian kat Cik Izzati yang drive sorang-sorang, kami buat konsert duet free. Konon-konon nak buat trio…huh..Miza tak leh pakai. Sampai di rumah Miza around 1.00pm. Sempat men’call’ Cik Izzah yang tengah make up. Konon-konon nak tipu la kata kami lambat..tp alasan spontan ‘bangun lambat’ oleh Zati tak dapat diterima oleh Izzah…lol…
Izzah with Zati plus Izzah's cousin

with Izzah & Miza plus Izzah cousin yg asyik duk ngendeng
 Next…solemnization time. Oleh sebab, sepanjang majlis kami bertapa dalam bilik pengantin, so tak tau hujung pangkal cerita apa yang berlaku kat luar dan tak de pulak orang yang panggil pengantin keluar. Dan tau-tau je…dah siap nikah. Emmm…lepas tu, bila kami keluar, tak ada space pulak untuk menjenguk. Cuma pn pengantin & cik pengapit aka Izzati je yang sempat menyelit….haruslah kan.
Alhamdulillah..selesai sudah

now..she is Mrs KA
Then..aktiviti wajib!!! Photo shoot….huh..mesti penat pengantin kan!!! (Izzah…kami nak full copy photoshoot aritu…esp yang ada muka kitaorg...biasalah kamikan ‘best girl’ yg berjaya).
us (all izzah's frenz & ank murid) with pengantin

with Aishah..si ibu mengandung
After makan & beramah mesra dengan pengantin dan tetamu yang hadir termasuklah kawan2 Izzah dan anak muridnya..(hello polis......) oh..termasuk Aishah, si ibu mengandung yang datang bertandang dari Taiping. Miza pula dah hilang pergi ziarah anak buahnya yang baru lahir. Siap bagi kami kunci spare tue...Mr KA pulang sudah. Tu yang pengantin boleh je spend time dengan kami. Siap teman kami makan segala...
special from Mr KA for his Mrs KA

emmm..sedapnya ayamas
 Lewat petang baru aku & Izzati pulang ke rumah Miza yang tak de orang tu. Sempat mengutip daun inai kat rumah arwah Tok Wan Miza untuk Izzah memandangkan inai di jari pengantin tak bape nak merah... (ada ke mak miza wonder kami ni kenal daun inai ke tidak..huhu..mak cik, kami ni asal kampung juga...hihi).
epal tu terjatuh dari bakul hantaran...

bolehlah agak bape banyak kudrat nak siapkan semua ni
 Selepas solat Maghrib-Isyak, terus kami bergegas ke rumah pengantin...ohhh...banyak lagi rupanya goodies bag yang belum siap. Yelah, ni first kenduri kut..jemputan pun ramai. Nak-nak family pengantin memang tinggalkan kerja untuk sedara maranya yang datang bertandang....dan tak lama lepas tu, ada majlis tahlil pula. Lelaki saja..so, kami hanya meneruskan kerja mensiapkan goodies bag yang masih berbaki..siap boleh pilih sendiri tue. Thanks Izzah...cantik-tak cantik...tengoklah kat bawah ni...goodies bag, special from CHINA. eppp....dibawa khas oleh adik Izzah yang study kat CHINA okay...
tara....special from CHina okay..
Tengah malamnya..sempat la kami menjamah laksa dan sup daging dan beramah mesra dengan pengantin lagi dan kawan baiknya..Syikin. Yelah..kawan tu dah kawin kan...bila lagi boleh beramah mesra lepas ni. Oleh sebab, malam dah menginjak ke pagi..terus kami bermalam di bilik Izzah sebab kami meneruskan misi menumbuk & menginaikan pengantin...penat weii. Tradisional punya version....lesung batu okay. tapi, truly...enjoy!!! Thanks Izzah...wonderful memory!!! its happen once in a life time...hehe...
*** Next ~ resepsi. I'll post later okay...hopefully before 18th. *0*.. *0*.. *0*..

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...