Hasil book fair kali ini...total investment??? |
1st May ; The whole world celebrate Labour Day…I know its late. *peace*
1st
May morning…konon-konon nak bergerak ke PWTC seawal 9.00 pagi, tapi
oleh sebab biasalah orang bekerjakan, kalau hari cuti ni nafsu tidur tu
terlebih sikit. Akhirnya, kami bergerak keluar rumah pun dalam pukul 10
lebih, sekali dengan my roommate, Cik Linda Kawaii + my bff Izzati + her
‘lawyer’ sis….(emm..sampai hari ni aku still percaya yang adik mu tu
lawyer in the making….cis….). Sempat bersarapan roti canai sedap
walaupun menunggunya punyalah lama…dan takut juga kalau si Miza yang
dari Putrajaya tu tunggu lama. Tapi..dia pun lambat juga sebab train
terlepas. So, kami pun bersukaria jelah melantak roti canai tersebut.
Perjalanan
kami ke PWTC..oh lupa nak cakap..kami ni pencinta buku belaka, so nak
meraikan KL Book Fair’12 la ni….perjalananan smooth je sebab Izzati
membawa kami mengikut jalan short cut melalui deretan rumah-rumah cantik
sekitar Bangsar. Giler terpegun tengok rumah diorang.Siap ada guard
house segala bagai.
Parking…still
available. Kami parking kat The Mall, boleh dikatakan lengang lagi.
Tapi, kat luar PWTC tu dah nampak deretan kereta dan bas. Tapi, pada
kami benda tu normallah kan...
Jejak
je kaki kat PWTC…..oh mak…giler ramai orang.
Macam unbelievable jugaklah. Sebenarnya, memang expect ramai orang.
Tapi, tak de lah seramai ini...haiya!!!! Destinasi pertama..oh sudah
semestinya Dewan Tun Hussein Onn, gerai HA11-14..JEMARI SENI. Tapi, on
the way, terjumpa booth Assohwah Prof Dr Muhaya punya, Izzati yang
memang mengagumi beliau sempat membeli buku & minta autograph siap.
(Mek..mesti PA Dr Muhaya frust giler xambik no hp mu kan…testimoni
berjaya weiii…kagum aku..hihi). Next, Dewan THO. Aku tak tahulah,
pengurusan book fair ni ke…atau apa yang menyebabkan kesesakan teruk
..giler-giler teruk lah. Rasa sepanjang aku join book fair ni tak adalah
pernah sesak giler macam ni. Nak berjalan pun macam tak cukup lantai
nak pijak. Sabar jelah…
bag JS yg comei...haa..beg mcm nilah yg mesra pengguna compare to last year punye... |
oh ni cik roomate punya hasil |
Sampai
je JS, terus aku minta tolong staff JS yang baik hati..grab 3 buku
baru, Senyum Sampai Langit, Velvet di Durham dan Nah! Untuk Awak…sempat
staff tu cakap, tambah satu lagi buku kak, dapat beg…hehe..memang nak
tambah pun dik…so, aku minta tolong dia ambikkan Hanya Dia Sufi yang
jenuh aku dok cari merata kedai. Siap!!! Terus bayar…RM 59.20. Dapat
free beg yang cantik….see, pandai tak aku!!!
Next…kami
ke Karya Seni sebab Cik Linda Kawaii aka Mas nak beli novel untuk
kakaknya. Melilau juga cari..lupa nak pesan kat dia suruh survey lokasi
dulu. Huhu….Sesambil dia mengusha buku…aku dan Izzati menjenguk PTS
mencari bahan-bahan bacaan yang lain. Izzati sempat mencapai ‘Yakjuj
& Makjuj’..ingat tak aku ada terniat nak beli buku ni masa beli
‘Iskandar Bukan Zulkarnain’ years back. Tapi, sampai sekarang tak
terbeli-beli…apadah aku ni…Mek!!! Dah siap baca belum???..Sempat aku
mengusha buku Fatimah Syarha..kut-kut ada buku baru pesanan my adik. Dia
ni pun satu, nak pesan buku tak bagi tajuk..adoiyai!!!! Masa nilah
baru, Miza sampai…haila…sabar je lah dia ni. Lepas say ‘hi’….dan semua
pun dah dapat buku memasing, kami pun keluar dari dewan yang sesak nak
mampus tue. Tau-tau je Miza & Dayah, adik housematenya…hilang entah
ke mana. Kira memasing bawa haluan sendiri.
ni pun cik roomate punye anak sedara punye...siap suruh mms tue |
Next..kami mencari Telaga Biru
pula…mencari buku ‘Beduk’ yang dipesan Izzah. Sebenarnya, tajuknya
‘Beduk diketuk’ tapi yang diingat Izzati, ‘Beduk Berbunyi..’…haha…tapi,
nasib baiklah si Mas ni nampak buku tue. Sempat aku membeli Majalah
Solusi vol 41,42,43.Ok done!! Lepas semua pun dah siap dengan buku
memasing. Ingat nak balik la kan…tapi, bila SMS si Miza katanya tak beli
buku apapun…kepala pening sebab ramai sangat orang, dia menapak kat
luar sudah. Apa dah….haish...*geleng kepala*. So, oleh sebab kebetulan
kami berehat tak jauh dari Telaga Biru booth, kami pun volunteerkan diri
untuk membeli buku dengan bajet RM 80.00. Nak-nak buku yang dia pesan
berkaitan alam rumahtangga… emm… aku pun main beli je apa yang aku rasa
sesuai…Mek, ok kan apa yang aku beli tu..haha…aku suka ‘Cinta Kerana
Allah’ tu….baca sampai habis ok!!! Nasib baik Mas temankan aku..kira
memang on bajetlah. Kalau tak menggagau gak aku nak mencongak harga buku
tue…well..aku memang fail bab congak…otak jadi blurr..hehe…Sebelum kami
menapak keluar, Izzati tetiba nak masuk semula ke booth PTS sebab
terkenang-kenang buku siri novel Pejuang Islam yang satu bundle RM 80.00
tu…aku yang support dia sebab aku rasa bila lagi nak beli buku-buku tu
dengan harga runtuh macam tue.....nanti balik rumah
termimpi-mimpi...hihi...(oh tak ambik plak pic buku-buku hasil investment Zati..lupa sudah)....dan sebelum keluar, sempat juga Mas membeli sekotak buku Ana Muslim
untuk anak sedaranya yang hanya berharga RM 10.00.
my JS book + solusi magazine |
Kami berjumpa semula di luar The
Mall…untuk Miza, aku belikan ‘Cinta Kerana Allah’ + 2 buku Ustazah Nor
Bahyah, + 1 lagi buku yang aku buat-buat tak ingat tajuknya..hehe…total
RM 72.50…awesome tak aku? ni pun lupa plak nak snap pic.Hehe..sempat juga aku belikan Dayah, si ibu
mengandung…’Amalan Ibu Mengandung’ buku Ustazah Nor Bahyah juga.. Masa
nilah baru si Miza nak distribute kad kawinnya yang jatuh pada tarikh 19th
May (will be my next entry)… Sempat berjumpa dengan our FPPUM Jr..
Khalil dan Isterinya yang juga sedang mengandung. Plus..our
UM-mate…Nasaie…& anak2nya.
Village view Jalan Reko...makan time (lunch + high tea) |
all of us..ahli rombongan |
Next,
kami kelaparan sudah…mulanya, nak makan kat tempat selalu yang kat
Bangi tu, sebab alang-alang menghantar adik Izzati ke Bangi. Restoran
apatah namanya..aritu beria aku hafal…lupa jugak. Tapi, restoran tu
tutup pulak. Finally, kami singgah di Restoran Village View, Jalan Reko.
Giler cantik interior dia…makanannya pun awesome. Sedap wei…dengan
hanya berharga RM 107.10 untuk kami berenam makan. Silalah lihat menu di
bawah ni yee….aku bab-bab harga ni memang senang je nak ingat walaupun resit dia buang sudah...*wink..wink*
Guava Juice yg sedap..yummy!!! |
Menu untuk hari ini....yg paling sedap..kerang tu..:D termasuk sate 20 cucuk |
kena paksa makan sampai licin.. |
bersungguh Izzati makan sate nak bagi habis..hihi...nak tambah berat kan... |
Petang
sudah…so, kami pun mahu pulang. Sempat menghantar Miza dan Dayah,
housematenya ke Putrajaya. Perjalanan balik kami ditemani…waaa..hujan
yang sangat-sangat lebat. Thanks a lot pada semua yang sudi
jadi chaperon aku untuk book fair kali ini. REPORT DONE!!!!.
Zati cover perut..hihi |
pssst....sekarang ni ada Pesta Buku Selangor kat SACC Mall ~ 29 Jun - 9 Julai 2012. Silalah jenguk yee...
alorr..kenapalah Izzati tak join time nie..tak cukup korum laa... |
* As conclusion, my spend for book fair kali ni RM 95.10…waaa…on bajet. Biasalah..accountant kan…hehe…proud of myself!!!