Saturday, January 29, 2011

Rasa nak muntah…..:(

Jan’11 dah nak berakhir, means, peak hour utk audit & tax pun dah nak start…huhu…time to prepare for both of them. Macam nak exam dah gayanya…nasib baiklah co.2 yg wujud kat sini, FY nya lain2..jadi xdelah rasa macam kelam kelibut sangat. Talking about co., there is one…sebelum ni, company ni stand as dormant je. So, aku tak bape nak cakna sangat. Sbb klu time audit pun, aku cuma passing all the file to auditor. Tak adalah diorang dtg sini review everything sampai sehari suntuk.

Nak dijadikan cerita, tengah aku sibuk duk prepare utk audit YE’10 & try to print all full set account, tak boleh, sbb account2 utk YE yg lepas2 tak closed. Bila aku bagitau my boss, she ask me to analyze audit report YE’09 first before she closed the previous YE account. So, I analyze everything & prepare for the list of adjustment that already done by auditor. I compare our MYOB record & audit report; there is unbalance figure on our retained earning. Then, when my boss tries to do adjustment, she realizes that we did not close account since YE’07…oh ok, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, since this company memang dormant, tak delah aku nak effort terlebih utk check segala bagai. As along as audit report okay, aku pun consider oklah…tak perasan pulak aku yg company tu tak closed financial year since 2007…hehe…

So, oleh sbb kami kena juga closed account tu dgn brpandukan audit report YE’07, sebab kena 100% tally dgn MYOB record, klu tak kami tak boleh nak review & print full set account for YE’10, kenalah aku analyze semula MYOB record & audit report YE’07. aku try analyze balance sheet dulu…bila compare..huh…banyak giler yg tak sama figure. Giler pening aku nak mem’balance’kan dua2 record tu… takkan aku nak kena review balik GL satu2…dahlah amount die main ribu-ribu…bila aku fikir2 secara logic akal kewarasan, company ni dormant je pun, takkan adjustment banyak sngat sampai aku sendiri tak tau celah mana auditor buat adjustment..hampir ½ hour aku duk review & fikir, tu pun Fixed asset je lepas, current asset aku dah tak lepas, tu blum lagi masuk liabilities, smpai aku rasa macam otak aku dah overload, rasa cam nak pecah..& tekak pun dah loya semacam. Dan nasib baik juga, jam dah menghampiri pukul 7pm. Aku tutup PC, simpan all the document dlm drawer, kemas..& balik rumah..klu tak, mau aku termuntah nanti…dalam bas pun aku dah syahid. Aku malas nak fikir, tapi kepala ni macam tak dengar arahan..nak juga fikir. Yelah, jarang aku ada masalah utk mem’balance’kan figure account ni, selalu kreatif je otak aku memberi cadangan bernas.

Kat rumah, oleh sebab otak aku memang tak boleh nak menjadi waras, aku pun take a nap after maghrib, tu mmg tabiat aku, klu ada masalah yg aku malas nak fikir, tidur lagi bagus. Lepas bangun, otak aku akan cergas semula, & akan cuba cari jalan penyelesaian dgn waras…tapi, lepas aku bangun,..hehe…aku pi marathon korea movie…’Personal Taste’...release tension..masalah yg tadi tu, hold dulu, esok baru fikir…

Esoknya, aku start semula kerja yg trtangguh semalamnya…kali ni, mmg aku fokus lebih sikit sbb masih awal pagi brtemankan lagu2 korea & japan yg best (oh..sekarang aku addicted dgn lagu2 K & J-pop..). Aku check satu-satu, dari header lagi…then, aku realize…haha…adoiyai!!!! aku tersalah review report. Yg aku review MYOB report YE’08 compare to audit report YE’07. Memanglah totally tak balance…mmg aku gelak sendiri pastu. Apalah Shila ni….haih, penat je otak aku fikir semlam. Sian otak aku sampai overload..nasib baik tak muntah semalam, klu muntah, haih…lagilah aku rasa kesian kat badan aku, seksa diri sungguh. Then, aku review semula, kali ni mmg aku hati2 taip tarikh & FY yg berkenaan…15 minutes later, SIAP!!! Bukan setakat balance sheet…P&L sekali siap aku review..*wink*wink*

Alhamdulillah…otak aku mmg mnjalankan tugasnya dgn baik hari ni. TQ!!!

*Oh ya..next week, I cuti seminggu…Federal Territory Day + Chinese New Year…Happy Holidays!!! Chill!!

Friday, January 07, 2011

A Journey to Kelantan @Part II


Oleh kerana msg2 kepenatan akibat perjalanan yg mmg jauh smlmnya, hampir kul 10 gak kami keluar & trus check out. Sblmnya, Along siap goggle map Bazar Siti Khadijah. Rupanya, GPS Along tak detect Bazar Siti Khadijah tapi detect as Bazar Buluh Kubu, nama lamanya..huhu…then, kami pi sarapan dlu. Kami order roti Canai gak. Roti Canainya terasa manis. Kuahnya, diorg hidang kuah dal dalam mangkuk, tapi isinya teramatlah sedikit…So, kami pun mintalah sambal. Commonly, kta sume tau, sambal tu merujuk kepada sambal ikan bilis, tapi surprisingly, waiter tu mistaken as sambal belacan. Haila..apa kejadahlah nak makan roti canai dengan sambal belacan. Then, bila kami minta kuah kari…tak da katanya. Padahal, masa kami dah nak blah, ada je kuah kari…huhu…

Seterusnya, kami mencari lokasi Bazar Siti Khadijah & Gerbang Al-Quran. On the way, kami trnampak gerbang Kota Darul Naim, trylah msuk..huhu..bangunan kerajaan rupanya. At last, Alhamdulillah, dapat juga jupe. So, kami pun brsiar-siarlah sekitar dataran kat gerbang tu sesambil taking a few photo.

Fuhh..tgk bangunan LHDN dia dh mcm muzium. Lepas hampir 1 hour pusing2, kami terus ke Bazar Siti Khadijah aka Bazar Buluh Kubu. Huh..blaka-blaka jual brangan batik je. Tapi serius penat berjalan sbb kedainya agak byk. Lepas tu, kami ke bangunan sebelahnya, lower ground, barangan basah, tak berapa terurus & baunya agak kurang menyenangkan. Terus kami naik ke tingkat berikutnya. Susunan kedai agak berserabut & terlalu byk brg yg dijual, jalannya pun agak sempit. Sbb masa kami pun tak byk utk spend for shopping, so, main beli je la mana yg dan. Yg agak-agak berkenan di hati.

Seterusnya, kul dalam 12.30pm, kami teruskan perjalanan ke rumah Ani di PAsir MAs. Sampai je, tetamu pun baru je start makan. So, kami jupe pengantin sekejap sblm masing2 menjamu selera. Kali ni, masakannya bolehlah walaupun sambalnya terasa manis. Aku makan pun mana yg biasa nampak & makan. Yg macam pelik tu, tak makan, takut tak kena selera. Lepas habis beramah mesra dgn pengantin, taking picture..kami pun berangkat pulang jam 3.00pm lepas patah balik smula ke Psr Siti Khadijah sbb Along nk beli tepak sirih utk majlisnya coming soon. Emm…perjalanan masih jauh, dan esoknya kami semua keje..huhu..

Kami berehat sbntar di Msjid xxx utk solat asar. Msjid ni mmg tersergam indah & besar. Tapi, huhu….maaf kata, tandasnya memang kotor & ada benda2 yg sepatutnya ada dlm dustbin bersepah merata tempat. Klu tak disebbkn mknan yg mkn tadi dah selamat hadam, alamatnya trkeluarlah blaka…huhu..perkataan Tandas Perempuan pun hanya diconteng dgn cat. Tak kisahlah, benda ni remeh pun, tapi bagi aku, at least, tandas biarlah bersih dan convenient, sbb rasanya, cam ramai je brhenti solat & rehat kat situ…klu tak sebab urgent, rasanya tak terguna kut tandas tu…ngeeee…

Perjalanan balik tak se’smooth’ perjalanan dtg, sbb masa dah merangkak ke mlm. Dan berduyun-duyun lori keluar atas jalan raya. Jadi perjalanan kami jd agak lambat trutama bila melalui Gua Musang & K.Lipis. Kami cuma berhenti solat & makan di Genting Sempah. Kali ni mmg kami pi McD sbb memasing dah tak berapa nak selera makan berat. Itupun, sbb Along cerita perihal kawanya yg balik Kelantan mlm2 & sorang2 dan singgah mkan kat gerai yg sebenrnya tak wujud pun..huhu..so, tu yg kami singgah kat tpt yg btul2 wujud siang & mlm…

Finally, kami sampai rumah hampir kul 11 lebih. Penat sangat2. huh..macam mana lah diorg boleh bertahan balik kg jauh-jauh camtu dgn jalan yg tak berapa nak elok. Huhu..tapi, bak kata Along, diorg pergi tu kg memasing, so rasa balik kg tu lain dari rasa jalan sesaja cam kami ni. Mungkin lpas ni kami boleh consider cadangan K. Mala utk naik flight je klu nak pergi Kelantan..huhu…adventurous sungguh.


- Org kelantan tak panggil kuah kari tu kari, tapi gulai..huhu..patutlah bila kami tnya kari diorg kata tak de..
- Dan betullah kebyakan makanan dicampur gula, mcm roti canai, karipap, sambal ikan bilis..tu jelah yg aku makan pun…haha
- Dan susah nak tawar hg klu kta cakap luar masa shopping2 kat sana…
- Accommodation ~ for me not so convenient, facilities tak berapa memuaskan. Mybe coz not achieve our expectation…we book for family suite,but tak macam family suite pun…huhu…still on considerable sbb smlm je pun…what we expect for 90++ per night? ~ tapi, dlu aku pi Penang 80++ for one room, convenient giler..huhu

Wednesday, January 05, 2011

[A Jouney to Kelantan @Ani Wedding]



Date : 25-26/12/2010
Location : From KL to Kota Bharu, Kelantan.
Participant : I, I-shah, Along, Lili & K.Mala


Our journey start at 5.00am dr KL. Brtolak dr rumah awal pagi sbb nak smpai Kelantan before tengahari. Memang mengantuk sangat sebab memasing pun penat. Tapi, still survive sbb kesian kat Along drive Persona dia sorang2. Dr KL, mlalui highway Karak terus ke Bentong. Kami berhenti solat Subuh kat Masjid Bentong yg besar & cantik. Lepas Solat, ingatkan nak survey2 kedai makan utk sarapan. Huhu..sumenya tak buka pun lagi. Lalu, kami teruskan perjalanan ke Raub. Sampai di persimpangan Felda Krau, adalh satu kedai dah buka lampu..bila kami tnya, dah ready ke, belum siap setting katanya. Lepas je kami blah, terus owner dia tutup lampu..haha…Perjalanan diteruskan lagi. Finally, kami bersarapan kat Restoran Ehsan, Raub jam 7pg. Memasing order Roti Canai. Kemudian, perjalanan diteruskan ke K. Lipis ~ Gua Musang ~ Kuala Krai ~ Kota Bharu. Kami brhenti sekejap di R & R Merapoh..mencari toilet. Fuhh…susahnya ikut jalan biasa. Nak cari toilet yg convenience amatlah susah. Penat gaklah menghitung masa & jarak. Tiap kali ada signboard & batu jalan msti tengok sbb nak tau dah bape jauh kami brjalan..haha… Bagi mghilangkan sisa-sisa ngantuk, kami wat konsert dalam kereta smbil2 main pop kuiz…hehe…


Sampai je kat Ombak Inn, tpt kami mnginap, jam blum pun pukul 2pm. Xboleh check in sbb check in kul 2pm. So kami pun try survey kedai mkn utk lunch. Jupe satu kedai, survey lauk, kami nmpak ada A4 paper trtulis ‘SERATI’. Masing2 pandang sesama sendiri. Senyum & terus blah…haha…bak kata k.mala, telur masin je yg dia boleh mkn.
Emm…macam susah plak nak cari kedai makan. Tulah, org kata, time kita nak cari susah plak nak jupe. Punyalah pusing, smpaikan kami nekad, klu xjupe kedai makan yg kena ngan selera kami, McD je kami tibai. Finally jupe gak satu kedai makan ni. Tapi, oleh sbb lmbat bgi signal, kami brhenti kat depan satu bengkel. Bila kami try utk reversed, tetiba ada satu kereta Nissan Sylphy tgh mengundur ke belakang. Kami ingatkan dia sedarlah kami kat belakang tgh reversed. Yg kereta tu laju je reversed. Sedar-sedar dah langgar tepi kereta Along. Punyelah Along hon kuat, xdengar katanya. Tapi, tulah, takkan alarm keretanya xbunyi. Sudahnya, kemek gaklah kereta Along, sampai pintu depan belah pnumpang xboleh nak buka. Tapi, nasib baiknya, kejadian tu brlaku depan bengkel. & yg langgar kami tu, tuan punya bengkel. Dia kata diorg akan baiki pe yang rosak tu, FOC. tapi hanya boleh siap petang. Huhu…spoiler sungguh. Tak menjadilah plan kami nak jalan2 ptg tu. Rupa2nya owner bengkel tu dah tua & ada masalah pendengaran…huhu

Sudahnya, lepas kami tapau lunch. Kami trus menapak pergi Ombak Inn, lepak dalam bilik jelah smpai kereta siap. Tidur je blaka. Penat.

Dalam kul 5.45pm, baru kereta siap. So kami pun trus bersiap utk pi jalan2. Destinasi seterusnya, KB Mall. Mula-mula ingatkan KB Mall tu byklah kedai2 yg logic utk kami shopping kat Kelantan ni. Tapi, sudahnya, emmm…sama je macam MidValley & shopping mall kat KL ni. Blaka2 kedai kat c2, boleh jupe kat KL ni. So, kami pun terus menapak keluar. Honestly, tgk…KB mmg tgh membangun skang, jadi jalan dia macam xbape ok sbb byk construction sana sini. Seterusnya, ingatkan nak pi cari Pasar Siti Khadijah & gerbang Al-Quran tu..pusing punya pusing, sesat daa. Sebab totally ikut signboard, sudahnya, xjupe. Tau-tau je dah maghrib. Huhu…last2 kami pi singgah Pasar Wakaf Che Yeh tak jauh dari Ombak Inn. Tapi, cam byk gerai tak buka lagi. So, kami pun dinner dulu. Kali ni, tak susah sangat nak cri kedai. Blaka2 order masakan panas je. Tapi, serius, lama giler kami tunggu…hampir ½ jam. Tak tahulah apa sebabnya, smpaikan aku sempat patah balik hotel. Lepas makan, kami naik bilik utk rehat sekejap. Lepas rehat, aku, Along & I-shah nak sambung pusing pasar. Kami start dari gerbang Wakaf Che Yeh…memang pusing habislah. Tapi, tak tahulah habis ke tak sbb pasar dia pjang sgt & byk lorong plak tu. Gerai2 pun hampir sama je. Jualan pun sama je. Tudung, baju, t-shirt, selendang, buahan, makanan & etc. yg paling byk, jual barangan batik….lepas penat pusing2. balik time. Sudahnya, kul 12.00am gaklah kami tido.



To be continue…part II

- Belaka2 kata rasa lain bila datang Kelantan. Well…kena dtg dululah kut bru rasa apa yg lainnya.
- Agak susah nak jupe yg perempuan tidak bertudung, bukan takde, ada je..tpi, majoritinya bertudung. Tapi, tak tahulah time kitaorg pergi tu kut2 yg tak bertudung tak keluar rumah kan…
- Makanan…penyediaan makanannya agak tak bape nak kena ngan selera kami. Tapi, still boleh terima lah..sekali sekala.
- Pe’el beberapa kerat manusia, main langgar je. Menonong je jalan smpai tak hirau kut2 trlanggar orang ke…huhu..sbb aku hampir dilanggar bbrapa kali di KB Mall.
- Ada gak yg tak berapa nk berdisiplin ats jalan raya, liat nak gunakan signal. Nasib baik kami alert … klu tak mahu accident beberapa kali.
- Dan kami agak kagum ngan uncle bengkel tu, org cina tapi fasih berbahasa melayu kelantan & speaking English siap + sgt peramah.

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...