Friday, February 11, 2011

Mencari Rumah sewa..:(

Oleh kerana tuan rumah telah memberi kami short notice untuk keluar dari rumah beliau bulan depan atas alasan untuk ‘renovate’ rumah beliau (sebab kami asyik mengomel pasal rumah beliau yg banyak sangat rosak), jadi kami sedang mencari sebuah rumah teres 3 bilik di sekitar KL & PJ yang berhampiran dengan LRT (keutamaan Putra LRT).

Kalau ada sebarang info, bolehlah email saya ye... (cattleya225@gmail.com). Yang sedia tahu no h/p, sms saja…hehe

Walupun ketidakpuasan hati melanda kami sepanjang bulan ini atas ‘short notice’ yang tiba-tiba oleh beliau, emm..agaknya Allah dah bagi hint pada kami untuk berambus dari rumah tersebut selepas banyak sangat sesi umpatan yang telah kami buat terhadap beliau. Maaf ya pak cik…siapa suruh pak cik treat kami macam budak-budak baru lepas sekolah. Oh ya, bawa-bawalah bayar segala cukai-cukai yang tertunggak tu.. penuh sudah mailbox rumah tu dengan surat-surat tunggakan cukai pak cik ni + surat-surat entah sape-sape yang tak reti-reti nak tukar alamat. (emm..Pak Cik ni pernah marah kami & ugut untuk menghalau kami satu ketika dulu sebab kami beritahu dia pasal surat merah cukainya & IWK).

Emm…sebenarnya dah penat minta tolong dengan cik google & dah berhabis kredit nak cari rumah teres untuk disewa, huh tapi rata-rata sudah disewa, tu yang tetiba membuat entry ini…

You’re not even our housemate….

Mood tak puas hati. Nak dijadikan cerita, our new housemate, N (yang baru menyewa sebulan lebih mggantikan K.Iza yg dah pulang ke negeri asalnya, Terengganu & K.Mala yang baru melangsungkan perkahwinan minggu lepas) telah membawa kawan2 nya yg seramai 3 org untuk bertandang ke rumah kami tanpa sedikit pun memberitahu kami berkenaan kedatangan trsebut. Dan kwan2nya juga turut menumpang tidur di rumah kami. Yg membuatkan darah kami membuak, dah la tak beritahu apa-apa, siap keluar masuk rumah sambil bergelak ketawa macam rumah sendri, tanpa sikit pun hiraukan kami yang sedang duduk melepak tengok tv kat hall bawah. (oh situasi ni diceritakan oleh Aishah, sbb aku pergi marathon drama Jepun, ‘Seigi No Mikata’ kat dalam bilik).

Keesokannya, bila kami semua nak pergi kerja…ingatkan N & kwn2nya semua keluar la dri umah tu. Rupa2nya, tinggal dua org yang bermastautin lagi kat bilik tu. Bila Aishah tanya, memang duduk sini ke? Dengan bengkengnya mereka menjwab, ‘ya, kami memang duduk sini…’oleh sebab dia pun rushing nak pergi kerja, dia trus je blah. Bila fikir-fikir logik akal, tak bolh ke jawab memolek skit & say sorry ke..yang si N plak..sampai ke sudah tak beritau kami apa-apa. Yang mmbuatkan seisi rumah risau, kami dah lah tak kenal sgt dengan N tu sbb dia new housemate & dia memang jenis buat hal sendiri je, tak pernah pun nak beramah mesra dgn kami, & kawn2nya yang mmg bukan penghuni rumah ni tetiba melepak kat rumah kitaorg. Ikut logic, sesapa pun risau.

Dan bila aku balik kerja petangnya, nampak sebiji kereta asing park betul2 kat depan pintu rumah, sambil belakangnya kereta si N. bila buka pintu, aku nampak ada dua makhluk yg aku tak kenal sedang bersenang lenang & bergelak ketawa kat hall bawah sambil tgk tv. Huh…aku dah rasa semacam. Naik je bilik, trus aku diserbu oleh cerita kurang enak lagi…kawan2 si N memang bermastautin seharian kat rumah kami & memang buat rumah kami macam rumah sendiri + telah menyepahkan dapur, membiarkan sampah merata + a few incident yg logic akal aku rsa mereka tlh mlnggar etika menumpang rumah org.

Dan bila Along balik, setelah pusing satu taman mencari parking tak jumpa, terus dia menyerbu bilik N yang trletak di tingkat bawah…

Along : N mana?
Kwn N: Tidur.
Along : Kereta Kelisa kat luar tu sapa punya…
Tuan punya kereta tu mngangkat tanganya.
Along : Tolong alihkan, kami pun tak cukup parking. (termasuk Along & N, rumah kami ni da 3 org yg pakai kereta)
Lepas beberapa ketika, N & kwannya pun keluar rumah. & tetiba je, yg kwn si N ni hempas pintu kuat..tanda protes agaknya. Hello…you’re not even our housemate, apa kes nak mengamuk segala.

Dan malamnya, budak berempat tu keluar tah pergi mana. Sampai ke tgh malam, tak balik2..aku pun tak tau diorg balik kul berapa, tapi dah tak heran, sebab si N memang selalu tak lekat rumah, dan selalu je dia balik awal2 pagi.
Esoknya lagi, selepas rasa macam ada perkara yg tak setel antara kami & N + kwan2nya. Aishah kata nak msg diorg, tapi aku tak tau plak butir bicaranya mcm mana. Tapi, tetiba tadi aku dpt msg dr si N..

“Sepupu N dtg 2 hari tuk interview je kak. Xbleh ke nk dk c2.” ~ aku agak Aishah dh msg dia, ntah apalah yg dia msg sampai budak ni msg aku plak.

“Bkan xbolh..tp, at least bitau penghuni sedia ada n hormat mrka sbg penghuni rumah tu..” aku balas.

“Minta maaf la kalo x hormat akak..sbb bkn lame pn dia nk duduk just 2 hari sbb dah xda tempat tinggal da..sory sgt2..” si N reply, tapi aku tak reply balik sbb malas nak panjangkan cerita. Sbb aku rasa dia masih tak faham etika duduk serumah. Klu dia faham, takkan berlaku perkara2 macam ni, bukan tak pernah ada org menumpang rumah kami, selalu je. Tapi, xpernah lah plak ada incident macam ni.

Case closed. Lagipun, kami pun dh nak pindah rumah lain & nasib baik juga si N tak ikut pindah sekali ngan kami. (tapi, mmg sejak dari awal lgi, mmg kami tak nak bawa dia skali, tu yang cari 3 bilik je..)…ngeeee…

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...