Friday, February 11, 2011

Mencari Rumah sewa..:(

Oleh kerana tuan rumah telah memberi kami short notice untuk keluar dari rumah beliau bulan depan atas alasan untuk ‘renovate’ rumah beliau (sebab kami asyik mengomel pasal rumah beliau yg banyak sangat rosak), jadi kami sedang mencari sebuah rumah teres 3 bilik di sekitar KL & PJ yang berhampiran dengan LRT (keutamaan Putra LRT).

Kalau ada sebarang info, bolehlah email saya ye... (cattleya225@gmail.com). Yang sedia tahu no h/p, sms saja…hehe

Walupun ketidakpuasan hati melanda kami sepanjang bulan ini atas ‘short notice’ yang tiba-tiba oleh beliau, emm..agaknya Allah dah bagi hint pada kami untuk berambus dari rumah tersebut selepas banyak sangat sesi umpatan yang telah kami buat terhadap beliau. Maaf ya pak cik…siapa suruh pak cik treat kami macam budak-budak baru lepas sekolah. Oh ya, bawa-bawalah bayar segala cukai-cukai yang tertunggak tu.. penuh sudah mailbox rumah tu dengan surat-surat tunggakan cukai pak cik ni + surat-surat entah sape-sape yang tak reti-reti nak tukar alamat. (emm..Pak Cik ni pernah marah kami & ugut untuk menghalau kami satu ketika dulu sebab kami beritahu dia pasal surat merah cukainya & IWK).

Emm…sebenarnya dah penat minta tolong dengan cik google & dah berhabis kredit nak cari rumah teres untuk disewa, huh tapi rata-rata sudah disewa, tu yang tetiba membuat entry ini…

No comments:

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...