 |
the 4 of us...as usual... |
Wesak Day…Cuti!!!!!!!! Nikmatnya cuti
kan, biasalah orang yang kena kerja hari Sabtu ni. Perancangan sebenar adalah ziarah ke rumah Allahyarham Shahrizan Suni, di Seremban. Arwah adalah salah seorang kawan sekolah kami di SMKA TAHAP. Kami satu batch 1998-2002. Arwah pergi kerana kemalangan ketika on the way nak pergi sekolahnya di awal pagi. Al-Fatihah….Moga roh beliau dicucuri rahmat. Insyaallah.
Atas inisiatif bersama alumni batch kami, IMTIAZ (credit to all). Dapatlah kami mengumpul sedikit sumbangan untuk keluarga beliau yang kebetulan isterinya sedang mengandung. Dan esoknya, yakni 06/05/12, kami merancang untuk ke rumah keluarga isteri arwah untuk menghantar sumbangan tersebut. Details, tunggu entry untuk 060512. Sekarang nak cerita yang 050512 dulu.
Kami berkumpul di Sg Besi, driver berjaya kami Aina dengan
Wiranya akan mengambil kami untuk ke rumah Dayana, rumah persinggahan kami
untuk lepak (boleh tak… hehe…tp skang tuan rumah dah nak fly…fridge magnet!!!)…
Jam sudah pukul 6.30, barulah kelihatan kelibat Jue dengan senyum lebarnya.
Sebaik sahaja lepas maghrib, kami keluar untuk makan. Dayana
bawa kami ke warung apa tah. Lupa sudah…pic pun tak ambil sebab semua ala
kelaparan. Dinner kami ditaja oleh Jue atas kelewatan beliau…yee kami memang
sedang membuli beliau. Hehe…Thanks a lot Jue. Dan kami pun rushing untuk kejar
Avengers 9.00pm.. haha… Oh, sempat
bertemu dengan junior TAHAP. Maryamah yang menegur Aina, sebelum perasan yang
lain. (sebenarnya mulanya kami lupa nama dia nie..yang tahu dia satu batch
dengan Nadia, adik arwah Farham, emmm..nasib baik ingatan Jue baik sikit). Dia
pulak boleh tue ingat kitaorang lagi…apa da…failed betul senior2 nie…
 |
Avengers' Ticket..9.00pm ok!! |
AVENGERS!!!! CHECKED!!!!...walaupun masuk cinema hall lewat
sedikit. As usual…(kami memang ada history masuk lewat nie…) Mulanya, Aina yang
suggest, dan dialah yang tolong belikan tiket online…tanpa minta persetujuan
dari Dayana. Haha…Dayana kira paksa rela mengikut cadangan kami sebab tiket dia
sudah dibeli. Avengers best…awesome. Part paling best, bila Captain Amerika tu
bagi arahan..teruja sekejap. Memang captain lah…
 |
ni confius ke ...merenung Hawkeye yg handsome.... |
DONE!!! …sebaik keluar hall, Aina meluru untuk queue bayar
parking ticket. Lepas bayar, barulah realize, kitaorang tak sempat berposing
segala bagai. Lastly, keluar parking lot, kitaorang parking semula kat
luar..haha….
 |
kena panah pun boleh gelak kan... |
 |
ai..ai..captain!!! |
POSING TIME!!! …kami dah
gaya
kanak-kanak riang bergambar. Tak hirau dah orang sekeliling…as usual!!! Sebab, nyatanya, diorang tak kenal pun
kitaorang…dan possibility untuk jumpa balik adalah 1% saja
kan….so
aci redah je la….
 |
kanak-kanak ribena.... |
Jalan-jalan..tetiba…eh…boleh pulak masuk Game
Station…BASKETBALL!!!! Mulanya, beli 4 token je…compete 2 team lepas ‘Lat tali
Lat’. Amazingly, my team menang (+ Jue). Oleh sebab team satu lagi aci tak puas
hati. Warm up katanya. Lagi 4 token kami beli…at last, kami juga yang
menang..hehe…(wondering…sejak bila aku ala berbakat main basketball
nie…haha..ayat riak…padahal xleh compete pun the highest score…)
 |
*peace* gaya champion... |
Waa…midninght sudah!!! Kami pun pulang ke rumah persinggahan
untuk mission utama kami esoknya. Allah Bless!!!
Till the next entry….anyeong!!!! ~ waaa..mood meng’update’
blog sudah datang….keep it up!!!! *wink..wink*
No comments:
Post a Comment