Saturday, April 30, 2011

[Aku yang sakit hati…]

Sebenarnya, aku buat blog ni konon-konon nak buat cam diari la, tulis apa aku rasa nak tulis termasuklah part2 ngutuk dan ngumpat orang yang aku rasa tak puas hati..tapi, bila aku fikir2 guna logik akal kewarasan…emm, banyak benda yang aku rasa tak puas hati tak tertulis pun kat blog ni sbb…aku takut orang yang aku maksudkan tu baca blog aku..huhu..kan ke naya, mau gaduh seribu tahun…so, aku rasa better kut aku sorok je dalam hati…bila agak2 hati aku dah tak cukup space, aku buangla jauh2..dulu konon2 beli diari, ingat nak lah tulis kat diari tapi hampeh, memang aku teramatlah malas nak angkat pen. Dan lagi, aku takut gak klu tetiba ada org terbaca diari aku..haa..kan dah malu sebeban. Dulu pernahlah tercuba tulis diari, macam kelakar je bila aku baca balik..tapi oleh sbb isi kandungannya dah tak relevan, aku koyak..buang je jauh2..sbb aku nak tutup buku tu & buka buku baru…(haha..korg bolh agak tak kenapa aku tetiba terajin tulis diari…hehe). Tapi, klu korg terbaca part2 ngutuk & ngumpat dalam blog ni maknanya, tu confim 99% yang orang yang dimaksudkan tu tak baca pun blog aku…klu terbaca, emm…rezeki diorgla gamaknya.

Ohh..sebenarnya hati aku tengah mengalami kesakitan…minimum level je. Tak pe, jap lagi aku nak balik kampong, boleh gak aku buang sume virus2 tu kat Karak Highway…emm..brilliant idea. Dan sebenarnya, aku masih lagi tak sangka, rupa2nya dalam dunia ni ramai je manusia yang seperti enau….dan selalu tidak mggunakan logik akal untuk berfikir..susah kut nak fikir dengan rasional agaknya. Dan aku masih lagi…manusia yang ingin bersangka baik dengan sume org…baik sangat ke aku ni??? Emm..sesungguhnya, mmg susah nak jadi budak baik ni…sebab kepala otak aku ni selalu je fikir nak buat benda jahat….tapi, seperti biasa akal kewarasan aku selalu je bagi signal…dan akhirnya, sabar je la.

Ok..done. aku pun tak tahu aku mengarut apa kali ni..oh lupe, klu geng2 sabah baca entry ni, ni aku nak bagitau, cuti aku dah approved..so, bolehlah aku bersuka ria ngan korang sume sebelum aku di ‘belasah’ oleh auditor….chill!!!

**Selamat Hari Buruh pada sume pekerja2 seluruh M’sia…Happy Holidays

Thursday, April 07, 2011

Bila mata kiri berkedip…..

Orang cakap bila mata kanan berkedip, katanya ada orang jauh yang rindu kat kita. Dan bila mata kiri pula berkedip, tandanya kita akan mengalami kesedihan atau ada sesuatu yang buruk berlaku..emm.. the problem is, dalam seminggu dua ni, mata kiri aku ni asyik berkedip je..bila fikir, xdelah risau apa pun, mungkin stress je, sebab baru lepas marathon untuk month end, jadi agak banyak keje yang nak kena setel. Tambah plak, supplier dari HK ni bagi document tulisan dia, huh…sepatah haram aku tak faham, nasib baik juga, bos aku dah translate siap2 untuk aku, so aku copy paste je apa yang patut. Dah lah bagi info dalam word..terpaksa plak aku convert ke excel. Tu xpe lg, bolehlah di copy paste, klu yang dia scan…haila…terpaksalah aku pi type semula satu2..sabar je lah dgn diorang ni.

Ok berbalik pada cite di atas, aku try google pendapat2 umum pasal masalah ni,…haih banyak pula fatwanye. Tapi, dalam xrisau..sebenarnya, risaulah jugak…huhu…the first thing yang terlintas kat kepala otak ni, of course…my family..daripada aku serabut risaukan perkara yang tah apa-apa dalam otak ni, baik aku figure out everything.

So, aku try call my family…1st, my sister yang tengah bersenang lenang cuti semester kat rumah…sekali….voice mail, kali kedua…sama gak. Haih…then, try call rumah…dua kali gak, xde org yang pick up phone…(telefon umah xde voicemail…ngee). Then…aku try call hp my abah..sekali…voice mail juga..try sekali lagi………alhamdulillah, my bro yang pick up..

Rupanya, diorng sume pi travel ke umah kakak aku kat jengka pusat…adoiyai…adik aku xangkat phone sebab xdengar katanya…dah diorang sume xde kat umah, memanglah xde sape yang angkat phone2…

Dan lagi, diorang ke sana sebab moyang kepada abang ipar aku dah kembali ke rahmatullah….innalillahi wainna ilaihiraji’un….al-fatihah…

Tapi, conclusionnya..aku rasa sume tu kebetulan je…aku lebih percaya kejadian yang aku alami tu sebab aku terlebih tension kebelakangan ni…dan mungkin juga sebab aku dah lama tak balik kampong.huhu…ni sume sebab owner rumah aku punya pasal…sabar je la dengan p.cik ni…

Ok, aku sekarang dah kembali normal…month end pun dah setel…Cuma nak kena marathon untuk audit je sebelum aku nak pi travel ke KK next month…chill!!! Tapi, kebarangkalian utk audit2 setel sebelum aku travel memanglah tipis, sbb kat sini ada 6 company yg aku kena cover sebelum auditor dtg audit, so, korang doa2kan lah bos aku approve aku punya leave yee…*peace*

Tuesday, April 05, 2011

iMtiaz@HOP


Venue: MidValley & The Curve
Date: 2nd & 3rd April 2011
Participant: Me, Gha & Jue (coming from TM), Ude, Suki (tak join yang part II coz nak entertain ‘adik’nya), Syafiq (join ½ of part II coz nak jupe kawannya), En Naim & Abduh.

Emm…dah lama tak update blog ni, sindrom kemalasan tengah melanda. Ni pun sebab ada cerita untuk dikongsi dengan harapan dapat menjeleskan sahabat2 imtiaz yang x dapat join atas sebab2 trtentu (tima kasih kat korang, as long as korang reply my msg pun dah kira ok..hehe), yang tak reply…hehe…tak yah bagi alasan, sbb msg aku pun xsuruh korang reply klu the answer is ‘NO’…yang tak nak join…emm aku peduli apa, is up to you. Oh lupa, kalau yang tak terima msg invitation esp yang bermastautin kat sekitar Klang Valley ni, maknanya, ur hp no xtersenarai dalam my contact..maafla yee. (hp lama dah masuk ICU, so pepaham je la ye..)

Destinasi pertama, MidValley…seperti biasa, makan2 sesambil lepak dan berborak. Tempat food court tngkat 3 sementra menunggu sesapa lagi yang nak join. Seterusnya, kami usha tempat bowling, huh…penuh & gelap. Tak convenience…(huhu..sian Ude, siap prepare kasut lagi..) next? Wayang…beratur punya beratur (Ude ngan Jue je pun yang beratur..), yang lain memikirkan movie apa yang nak ditengok. Last2, Sucker Punch je yang available…sepakat xsetuju. Blah…next? Lepak lagi…food court LG sebab Syafiq xhabis2 dengan nasi kukusnya. Hari dah menginjak ke lewat petang…next? Kami bertolak ke The Curve…

At last, HOP jadi pilihan (oh I mmg suggest cite ni dri awal lagi, xtau pun pasal apa, tapi terbaca review kat The Star, kata cite ni ok, 3/5 star compare to Sucker Punch 2/5. tapi, tak baca plak elaboration dia, yang sempat tgk, pic comel si bunny ngan seorg manusia..ngeee)…tayangan 9.15pm. sementara tunggu, lepak lagi kat Stesen Kopitiam.

HOP…best, kelakar. Walaupun starting dia agak bosan, klimaksnya menarik & serius kelakar…++ bunny2 sangat2 comel…’I want candy!!!!’…oh, cite ni berkisar pasal Easter Bunny for Easter day celebration for Christian. Next? Kami lepak lagi….Ghulam Mee, sesambil main Truth & Dare…& tgk Arsenal vs Blackburn…(en Naim je yang beria tgk pun)…aku tgk pun sbb my bf tgh main…ngeee…emm, hari pun dah bertukar, malam pun dah menginjak pagi, kami mahu pulang….yang ladies bermastautin kat umah Ude.

Esoknya, sebelum bertolak pulang ke kediaman masing2, kami sempat breakfast kat Kayu Nasi Kandar, roti canai yang sedap + Nescafe ‘O’ yang pahit…tapi, dah di alter oleh diorang…next? Kami bersurai di Komuter Sg Buloh dgn Ude & housematenya, Sara balik ke rumah mereka, Jue & Gha ke TM & me…trus ke KL Sentral…..(nak kena cepat ni coz I ada date ngan my 2nd bf kul 3pm..). Alhamdulillah selamat sampai rumah around 1.00pm bertemankan….Shinichi Kudo + k-pop songs.. (yaa..nasib baiklah aku sempat beli Conan 71, klu tak terkulat2 la aku dalam train sorang2..oh, Shinichi muncul sekejap kat volume ni…best2)…oh ya, skang aku tengah mengalami sindrom k-pop, 70% of my list song dlm hp ni sume lagu k-pop & j-pop, sebab…bila dgr lagu2 diorng, aku tak faham sepatah haram pun, so..xde apa-apa feeling…dengar je…hehe..lagipun, aku malas nak dengar suara2 sumbang org duk berborak & bergosip sepanjang my journey nak balik umah…just mind my own business…*peace*

Okay, enjoyable journey…seriously having fun with all you guys..hope to see you all again & again…next? Red Riding Hood ok??...chill!!!

**oh..pic xcapture pn sbb xbwa camera...& kamera canggih en naim sesat kat TM..tu poster HOP..E.B yg comel...

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...