Last Jusco Member card day 1st Dec yang lalu, aku & cik roomate
telah bershopping dengan jayanya. Kira secara congaknya dalam RM1300++
la habis. (ooh, aku memang fail klu bab congak2 nie dan lagi total tu
total untuk 2 org yee). ohh..ak bukan beli sebarangan ok, benda yang aku
beli tu sangat2la penting..PETI AIS, Panasonic, lepas ditolak 5%
discount, adalah dalam RM 1100++. emm..brand lain tak banyak yang ada
discount, plus some more, klu beli brand Panasonic dia bagi lagi Jusco
Voucher extra. Yang balance RM 200 tu yang tu baru dikira shopping,
sempatlah grab sandal sepasang (itupun lepas kena bebel dgn mak suruh
beli sandal baru...padahal mak tak tahu selain sandal crocodile yang dia
tengok cam dah tak comei tu, aku ada sandal spare yang lain..hehe)..
Sandal, aku grab 'SOLE' punya, aku tak kira pun brand ape, asalkan
selesa dan comel aku pakai. dan tahan lama, tak ada saiz 4, terpaksa
ambil saiz 5, agak longgar tapi lepas diadjust, oklah. dan incident yang
agak memalukan, aku tak tahu plak ada brand SOLE, aku ingatkan sandal
yang aku nak tu dah SOLD out....haha..kena gelak jap dengan promoter tu.
patutlah ejaan lain, aku try cover malu...then, aku grab iron board
& blouse sehelai, yang balance, roomate aku punya portion sebabnya
kami nak cukupkan untuk dapatkan voucher..hehee...
So totalnya, kami dapat RM 130 voucher dari total belian + RM 50
voucher sebab beli peti ais Panasonic. so, bahagi 2, kira aku &
roomate dapat RM 90 sorang. So, oleh sebab aku punya barang2 peribadi
dah out of stock dan fikir macam taknak bazirkan voucher yang kitaorang
dapat + mengambil peluang masih lagi mood 'SALE' kat Jusco nun. so,
kitaorang pun pergilah menyopingkan diri hari Sabtu lepas. Cadangnya nak
beli rak kasut, sudahnya tak jumpa yang berkenan, ber'groceries' je la
kami. total about RM 80++..emm, barangnya tak adalah banyak mana pun,
tapi harganya...sabar je la kan.
|
my personal stok yang totalnya RM 80++ |
Tapi takpelah, ni stock pun untuk 1-3
bln depends pada kuantiti penggunaan..hehee...dan sempat grab rak kasut
& hanging rak kat carefour yang tak best, sebab dahlah in
renovation, kaunter bayaran punyalah sikit dan susun atur barang sangat
bercelaru...huh
oleh sebab hari kami shopping tu weekend dan kami ni tak ada
kereta, sangat meletihkan kerana terpaksa menunggu giliran yang amat
panjang & lambat untuk cab. itu belum masuk cerita orang yang
menyentot barisan..rasanya penat tunggu teksi lagi penat dari pusing
Jusco & Carefour tu kut...huhu..kaki sangat sakit, rasa cam nak
bersila je kat MidValley entrance tuee...
|
rak kasut yang convenience untuk di carry oleh kami yang tak ada transport |
|
taraa...peti ais baru yg menghadiahkan voucher RM 160 |
Overall, aku puas hati, sebab...1stnya, gaji bulan lepas walaupun
segedebuk mengalir laju, tapi aku nampak juga segedebuk peti ais dah
selamat sampai kat rumah aku semalam., tak kisahlah walau aku kongsi 2
orang dgn cik roomate, plus rak kasut & hanging rak yang tersadai
tepi pintu & all the groceries untuk bekalan masa depan yang aku
beli dengan Jusco Voucher. Emm...cara shopping yang bijak and Im proud
of myself...hehe...
** Next mission; kami terfikir-fikir untuk beli microwave
pulak...tapi, tengoklah macam mana situasinya nanti...maklumlah gaji aku
ni bukan banyak pun....dan bila berfikir secara tidak waras, aku agak
sengal dengan orang yang gajinya berkali ganda daripada aku tapi tak
pernah terfikir untuk beli apa-apa barang pun untuk rumah tue...nak je
aku seal peti ais tue tak bagi diorang isi barang, tapi kalau aku buat
macam tu, aku la yang sengal...ngeee....tpi, rak kasut tu memang kitaorg
tak kasi can, letaklah, aku campak luar...(eh..berani ke aku
buat???...gelak sensorang...) ~ its depend on level of
selfishness...chill!!!!
Disclaimer; Entry atas ni aku tulis kat ofis tadi, barula ni nak pos. tetiba je bila aku turun bawah nak dinner, lorrr...sudah ada sandal asing kat rak kasut kami, perlu ke aku campak luar kasut tuee...haish, ni aku rasa nak suruh Aishah balik cepat, nak suruh dia susun sandal dia penuhkan rak tu bagi tak ada space...huhu