Friday, December 16, 2011

MVP?


RVP the real MVP??? ~
Baru je nak reda satu isu, keluar pulak isu lain. Ni gara-gara emel yang aku baca a few weeks ago. Dah gaya macam BPL player dah diorang nie. Yang berkaitan, dah gaya cam selebriti. Siap ada orang buat research pasal kronologi gossip yang melanda. Inilah kalau dah glamour kan…tapi, natijahnya, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Walaupun, segelintir kata ada pihak nak jatuhkan beliau, entahlah, sebab kita tak tahu disebalik cerita yang sebenar. Tapi, kesimpulannya di sini, kalau tak nak terjebak dengan sebarang cerita yang boleh dijadikan gossip seantero Malaya, jangan sesekali menjebakkan diri hatta mendekatkan diri dengan unsur tersebut. Kalau taknak orang buat fitnah kata kita minum arak, janganlah pergi ke tempat yang tersedia arak. Syubhah dah namanya…sila fikir sendiri. Sebab mulut manusia ni tak boleh ditutup. Tulah katanya ‘La taqrabu zina…’ yakni..jangan menghampiri zina. Allah tak kata ‘Jangan membuat zina’. So, yang ada akal fikiran, sekali lagi sila fikir sendiri. Tapi, kesian plak dengan diorang ni, siap keluar cite kata nak bersara sebab stress…

Walaupun nampak hebat di padang, susah untuk respect player macam ni….sekarang pulak, berjangkit-jangkit isu player yang tetiba menerima tempias gossip termasuklah Fadli Shas & si Nazmi yang belum pun ambil SPM. Haih..cam kelakar pun ada. Semua gara-gara si Neelofa nak belanja makan yg semuanya dah jadi history. Apapun, to be honest, im not into athlete yang tetiba glamour sebab unsur-unsur lain ini, walaupun secara mulanya, bukan mereka yang mencipta glamour tersebut, tapi, as I said before, kalau tak de angin, masakan pokok bergoyang. Dan lagi, bila membaca seorang komen kawan dalm facebook mengatakan sekarang ni ramai dah perempuan yang sukakan bola sepak. Sampaikan bila bola jatuh di kaki pemain yang mereka suka (he mention the player, but I don’t think I should put his name), habis riuh stadium dengan suara perempuan ‘mengilai’. Emm…walaupun komen tu betul, tapi aku sebagai perempuan sedikit terasa dengan perkataan ‘mengilai’ tersebut. Sinis & sangat makan dalam bunyinya, walaupun aku tengok bola kadang-kadang takde perasaan pun. Cuma kekadanglah excited tapi sampai mengilai tu taklah kan, malu kut. Jejak stadium pun tak pernah. Sebab honestly, aku bukan suka bola sangat pun. Sekadar tengok untuk tahu termasuk event-event sukan yang lain. Sebab aku nak jadi knowledgeable dan boleh jadi bahan sembang untuk sesiapa yang kaki bola or sukan especially my brothers termasuk abang ipar aku, sebab aku ni memang sangat diam kalau aku tak de topik untuk cakap. Kalau orang cakap perempuan suka bola mesti sebab ada suka playernya. Emm, memang logic pun. Sebab aku sokong Holland & Arsenal sebab RVP gara-gara baca artikel pasal dia masa Euro dulu dan aku admire dia punya loyalty dengan Arsenal. Kalau sokong Malaysian Team, tak perlu reason kut….cuma aku admire si Kapten Sukan Sea tu sebab dia sangat cool. Tak boleh nak suka Apek sebab cerita di atas tu. Kepada semua athelete, tak perlu kejar glamour pun sebab anda automatic akan glamour dan dikenali kalau anda bagus. Dan aku honestly, sangat tak suka kalau athlete ada skandal dengan selebriti. Yee tahu…ia semua berkaitan jodoh yang memang jadi rahsia Allah yang kadang2 kontroversi tu tak diundang pun. Kesian diorang, diorang pun manusia juga. Tapi , aku tak suka. TITIK. Klu ada pun, senyap-senyap sudah.

** RVP = MVP…wahh, baru baca The Star today. That guy brulah betul2 MVP. Dan sehingga sekarang, aku tak pernah dengar plak pasal gosip2 tak elok pasal dia, yg kena kad merah pasal offsaid & ada masalah kecerdasan sbelum ni adalah. Tak tahulah plak klu aku je yang tak tahu…*peace*

2 comments:

Siti Payung said...

bola sepak malaysia sudah terlalu terikut-ikut dengan budaya bolsa sepak inggeris, what a shame!

ShiLa said...

hehe..xkisah kut klu ikut Eng style dr segi teknik, disiplin & gya permainan..tp, xperlula kut klu life style pun nk terikut2...

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...