Thursday, December 06, 2012
\0/
"Dont find love, lets love find you. That's why its called fall in love....because you dont force yourself to fall, you just fall....."
Thursday, October 11, 2012
Shahrizan Suni ~ Dalam Kenangan 1985-2012 (Al- Fatihah)
090412 Khabar berita tentang pemergian beliau kami terima
sekadar melalui wall FB seorang sahabat Imtiaz juga. Mulanya, hanya
perkhabaran, kemudian, confirmation dari isteri arwah menokhtahkan penantian
kami. Arwah telah pergi meninggalkan kita semua.
Innalillahiwainnailaihi raji’un…..pemergian arwah disebabkan
kemalangan ketika arwah dalam perjalanan ke sekolah di awal pagi. Arwah
merupakan salah seorang ex-schoolmate kami ketika sama-sama belajar di SMKA
TAHAP lewat 1998-2002. Kalau diikutkan, rasanya tak pernah satu kelas dengan
beliau. Tapi, oleh sebab batch kami masa Tingkatan Lima hanya 98 orang, kira
ukhuwah kami sesama batch memang agak rapat sehingga ke hari ini.
ahli rombongan (tidak termasuk Naim & isteri) |
Lalu, atas inisiatif bersama, dengan cadangan daripada
Saudara Syed Faiz, disokong penuh oleh Dayana. Sesi pengutipan sumbangan
bermula yang dikelola penuh oleh Dayana, dibantu oleh Aina. Dan untuk sesi
penyerahan sumbangan, oleh sebab atas amanah semua, kami rasa agak tidak molek
jika didepositkan sahaja ke dalam akaun bank, lalu, persetujuan di buat sesama
kami untuk menziarahi keluarga arwah pada tanggal 06 Mei 2012.
Perjalanan kami bermula seawal 8 pagi dari Kajang. Sempat
singgah makan Murtabak Singapore
di…..oh, lupa sudah tempatnya. Selesai sarapan, kemi bertolak pergi, menyusuri
highway KL-Seremban. Sesampainya kami di RNR Seremban, bertemu dengan Naim
& Isteri, Fiza yang ketika itu sudah berbadan dua plus Abid. Perjalanan
kami teruskan ke destinasi. Walaupun sesat sebab tersalah masuk lorong
(emm..ada miscommunication di situ..), kami tiba jua di rumah keluarga isteri
Arwah, Farah. Kedatangan kami di sambut mesra beliau. Sempat dijamu bihun
goreng dan kek…Perbualan kami awalnya hanya berkisar cerita-cerita biasa
perihal beliau, sehinggalah Farah mula membuka cerita disebalik kehilangan
arwah. Sedihnya, mereka bakal menimang cahaya mata beberapa bulan lagi dan baru
sahaja berpindah rumah (ni masa hari kejadian …sekarang ni dah delivered pun
baby tue…)
Kemalangan yang berlaku yang sewajibnya adalah takdir Allah,
cuma berpunca dari kereta Arwah ingin mengelak dari terlanggar kenderaan lain
ketika di persimpangan lampu isyarat, sehingga menyebabkan kereta yang dipandu
tersasar ke tepi jalan yang sedikit berpasir, berpusing dan melanggar pokok. Arwah
sudah meninggal dunia ketika ditempat kejadian. Rasanya, begitulah kronologi
cerita sepanjang ingatan aku….(klu salah, minta rakan-rakan betulkan ye..)
Kemudian, kami sempat menziarahi kubur arwah yang masih
merah. Hanya terpacak kayu sebagai penanda. Alhamdulillah, sempat juga kami
hadiahkan bacaan Yasin & doa. Moga-moga doa kami diterima, dan roh beliau
di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mulia
di sisi Allah. Insyaallah. Walau Farah nampak tabah, sedikit sebanyak, kami
dapat lihat kesedihan beliau. Kelopak matanya berair dan sedikit merah kesan
air mata. Sebak didada mula terasa. Masih terbayang-bayang wajah arwah yang
kali terakhirnya aku jumpa dua tahun lepas di Mid Valley, sekadar lepak sesama
Imtiaz. Sempat kena lepuk dengan buku kat MPH
sebab aku tergelakkan dia..masa dia elaborate pasal buku apa tah kat Naim….
*smile*.Terimbau juga kenangan pada akhir tahun 2002, bilamana ayah Arwah
menghadap Ilahi, ketika kami sama-sama
struggle menghadapi SPM. Masih terngiyang alunan Yasin yang diketuai beliau
ketika itu. Masih terimbau panggilan telefon yang aku terima dari beliau,
sekadar memberitahu ketidakhadiran beliau ke Gathering Port Dickson kami
esoknya, kerana mendapat jemputan ceramah tiba-tiba. Beberapa kali dia memohon
maaf kerana pembatalan last minute tersebut. Segalanya hanya tinggal kenangan
walaupun mungkin hanya secebis cuma.
Kami berpisah di halaman rumah Farah. Sempat kami berikan
sumbangan, sebagai amanat dari semua sahabat Imtiaz yang mengenali arwah
suaminya. Walaupun, mungkin kita semua rindu dengan hasil tulisan-tulisan
status beliau di FB, namun tidak pantas untuk disamakan dengan perasaan Farah.
Hanya doa yang mampu dikirimkan. Bak
kata Farah, walaumacammanapun, dia kena tabah. Sebab anak yang bakal dilahirkan
amat memerlukan dia. Moga Allah permudahkan segalanya. Aminn….
cendol yg manis |
Perjalanan diteruskan, Naim dan Isteri menuju ke destinasi
mereka. Kami, Dayana, Aina, Najwa & Abid meneruskan perjalanan pulang.
Sempat melantak Cendol, ditaja oleh Abid & Dayana. Kami berpisah dengan
Abid di Petronas, sebelum kami pulang ke rumah Dayana. Melepakkan diri sekejap
sesambil menyedut Running Man dari Aina…sempat OK sampai hang lappy Dayana yang
dah nak fly ke UK ..\0/
\0/
Selepas Asar, baru kami pulang dengan pengharapan untuk
berjumpa semula pada awal bulan 7 untuk Dark Cave Date yang sudah bertukar
menjadi Chicken Run Date..will be my next entry…Ntah bila pulak la nak update
nye kan ….
*** Alhamdulillah, mission accomplished!!!! Takziah buat
keluarga Mohd Shahrizan Suni . Al-Fatihah…….
Till the next entry….anyeong!!!!!
Wednesday, October 10, 2012
Avengers @ Alamanda 050512
the 4 of us...as usual... |
Atas inisiatif bersama alumni batch kami, IMTIAZ (credit to all). Dapatlah kami mengumpul sedikit sumbangan untuk keluarga beliau yang kebetulan isterinya sedang mengandung. Dan esoknya, yakni 06/05/12 , kami merancang untuk ke rumah keluarga isteri arwah untuk menghantar sumbangan tersebut. Details, tunggu entry untuk 060512. Sekarang nak cerita yang 050512 dulu.
Kami berkumpul di Sg Besi, driver berjaya kami Aina dengan
Wiranya akan mengambil kami untuk ke rumah Dayana, rumah persinggahan kami
untuk lepak (boleh tak… hehe…tp skang tuan rumah dah nak fly…fridge magnet!!!)…
Jam sudah pukul 6.30, barulah kelihatan kelibat Jue dengan senyum lebarnya.
Sebaik sahaja lepas maghrib, kami keluar untuk makan. Dayana
bawa kami ke warung apa tah. Lupa sudah…pic pun tak ambil sebab semua ala
kelaparan. Dinner kami ditaja oleh Jue atas kelewatan beliau…yee kami memang
sedang membuli beliau. Hehe…Thanks a lot Jue. Dan kami pun rushing untuk kejar
Avengers 9.00pm .. haha… Oh, sempat
bertemu dengan junior TAHAP. Maryamah yang menegur Aina, sebelum perasan yang
lain. (sebenarnya mulanya kami lupa nama dia nie..yang tahu dia satu batch
dengan Nadia, adik arwah Farham, emmm..nasib baik ingatan Jue baik sikit). Dia
pulak boleh tue ingat kitaorang lagi…apa da…failed betul senior2 nie…
Avengers' Ticket..9.00pm ok!! |
AVENGERS!!!! CHECKED!!!!...walaupun masuk cinema hall lewat
sedikit. As usual…(kami memang ada history masuk lewat nie…) Mulanya, Aina yang
suggest, dan dialah yang tolong belikan tiket online…tanpa minta persetujuan
dari Dayana. Haha…Dayana kira paksa rela mengikut cadangan kami sebab tiket dia
sudah dibeli. Avengers best…awesome. Part paling best, bila Captain Amerika tu
bagi arahan..teruja sekejap. Memang captain lah…
ni confius ke ...merenung Hawkeye yg handsome.... |
kena panah pun boleh gelak kan... |
ai..ai..captain!!! |
kanak-kanak ribena.... |
Jalan-jalan..tetiba…eh…boleh pulak masuk Game
Station…BASKETBALL!!!! Mulanya, beli 4 token je…compete 2 team lepas ‘Lat tali
Lat’. Amazingly, my team menang (+ Jue). Oleh sebab team satu lagi aci tak puas
hati. Warm up katanya. Lagi 4 token kami beli…at last, kami juga yang
menang..hehe…(wondering…sejak bila aku ala berbakat main basketball
nie…haha..ayat riak…padahal xleh compete pun the highest score…)
*peace* gaya champion... |
Waa…midninght sudah!!! Kami pun pulang ke rumah persinggahan
untuk mission utama kami esoknya. Allah Bless!!!
Till the next entry….anyeong!!!! ~ waaa..mood meng’update’
blog sudah datang….keep it up!!!! *wink..wink*
Monday, October 08, 2012
Saya Muslim, Awak Iman ~ Nur Fizkkmi Satar
Andai cinta hadir untukku, hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu cr : www.jemariseni.com |
Ini penangan novel ‘Saya Muslim, Awak Iman’…
Emm, lama giler rasa tak update blog nie..skil nak merepek
kat blog dah hilang. (Malas sebenarnya…). Just wondering…sesambil garu dahi, ada
ke orang baca blog nie..haha…anggap je la ada.
Saya Muslim, Awak Iman…beli dari MPH
Mid Valley, last Sunday. Itu pun sebab dapat rebat voucher dari MPH ,
gagah jugaklah nak ke MidValley mencari novel baru dengan cik roommate yang
juga nak cari bahan bacaan baru. Bosan katanya…laptop dh seludup bawa balik
kampung.
Saya Muslim, Awak Iman…cerita yang santai punya message yang
tersirat, Muslim Razin & Iman Iskandar yang memang menjadi teman bergaduh
kalau berjumpa sejak sekolah. Walaupun hakikatnya, masing-masing punya rasa
yang susah nak diungkapkan, bila mana cinta kepada Allah lebih
didahulukan. Iman mengagumi ‘beliau’
sejak dulu lagi namun, diamnya ‘beliau’ dianggap Iman, dia hanya sekadar
pilihan umi untuk anak keduanya itu. Kerapnya Iman bergaduh mulut dengan
‘beliau’ kerana bimbang hatinya terusik walaupun selalunya bukan dia yang
mulakan.
Namun, sebenarnya, diamnya Muslim untuk menjaga hatinya.
Cukup baginya, masing-masing sedar rasa sayang itu sehingga ‘beliau’ halal
untuknya. Dan dia percaya, ‘beliau’ sangat pandai menjaga dirinya. Cukup
baginya hanya melihat ‘beliau’ dari jauh. Mendengar cerita tentang ‘beliau’
dari kembar lima harinya, Zamil.
Walaupun, dalam diamnya, ‘dipaksanya’ Amar (teman kuliah Iman) menjadi kawan
muka bukunya, menjadi spy aka bodyguard Iman sepeninggalannya ke Aussie.
Sebagaimana Iman menghadkan pergaulannya dengan lelaki yang
bukan mahramnya, its just remind me with my true self. Cuma, Iman lebih peramah
berbanding aku. Hehe..aku memang berat mulut, hakikatnya. Walaupun, sometime
aku rasa macam ragu-ragu..sampai terfikir, sebab tu kut aku masih sendiri. 27
years…emm, such a long journey kan .
Tapi, bila aku baca novel nie, aku punya keyakinan semula, yee..itu yang
sepatutnya. Aku tak perlu ragu, Allah sudah punya rancangan terbaikNya untuk
aku….*smilesimpul*. Jodoh itu rahsiaNya. Oh ni bukan sesi bual bicara hati….
Saya Muslim, Awak Iman…suka dengan dialognya yang selamba.
Terasa hidup dan tak bosan. Dan sangat suka dengan hubungan kekeluargaannya
especially hubungan Iman dengan kembar lima
harinya, Zamil.
Terima kasih Nur Fizkkmi Sattar (adoi..camnalah nak
pronounce nama dia nie) & JS untuk ‘Saya Muslim, Awak Iman’. Walaupun, rasa
macam nak je diorang tambah sikit lagi scene Muslim & Iman with marriage
life. Dan tertanya, ada ke Muslim balas version panjang surat
Iman kat diari tu. Maybe boleh revealkan apa yang Muslim tulis & mungkin
boleh revealkan pada Iman masa scene kat hospital tu, masa Ikhwan sakit. Juga
pasal Amar, yang tetiba boleh kenal dengan Muslim pada Iman. Plus, tambah
reaksi Iman bila Muslim tahu pasal Aussie boy tue..hehe..dah gaya
macam pengkritik tak bertauliah je. Tapi, kira conclusionnya, nak penulis nie
tambah 2-3 bab lagi kut. Sebab rasa macam novel nie tak tebal..hihi. Tak pun,
boleh tambah kat blog macam Syud selalu buat – untold story. Ke ada sebenarnya?
Aku yang tak dapat cari…emm…
Okay, nanti try nak stalk si Nur Fizkkmi Satar nie
pulak..kut-kut ada untold story kan .
Tak pun, cerita lain sementara nak tunggu novel-novel JS yang baru.
Until next time (yang tak tahu bila…)…anyeong!!!! Jaga
diri..jaga Iman…keep praying for your own
‘Muslim’. ~ Oh ya, seminar Baitul Muslim, Sebelum Aku Bernikah 2.0,
Februari 2012, my bff Izzati dah tolong register…thanks a lot
dear….emm..*senyumsampailangit*
**Mood bersukaria sebab audit untuk 2 company yang
complicated tu dah settle....tu yang tetiba rasa nak update blog. Untuk untold
story yang dah jadi history tue..emm…sila lawat muka buku saya je la
yee..picture will told all the story..(mood kejam malas nak menaip)…..esp, for
mummy to be nikah bulan 5 ari tue…hehe..jangan stress-stress!!!!
Thursday, June 28, 2012
KL Book Fair 2012
Hasil book fair kali ini...total investment??? |
1st May ; The whole world celebrate Labour Day…I know its late. *peace*
1st
May morning…konon-konon nak bergerak ke PWTC seawal 9.00 pagi, tapi
oleh sebab biasalah orang bekerjakan, kalau hari cuti ni nafsu tidur tu
terlebih sikit. Akhirnya, kami bergerak keluar rumah pun dalam pukul 10
lebih, sekali dengan my roommate, Cik Linda Kawaii + my bff Izzati + her
‘lawyer’ sis….(emm..sampai hari ni aku still percaya yang adik mu tu
lawyer in the making….cis….). Sempat bersarapan roti canai sedap
walaupun menunggunya punyalah lama…dan takut juga kalau si Miza yang
dari Putrajaya tu tunggu lama. Tapi..dia pun lambat juga sebab train
terlepas. So, kami pun bersukaria jelah melantak roti canai tersebut.
Perjalanan
kami ke PWTC..oh lupa nak cakap..kami ni pencinta buku belaka, so nak
meraikan KL Book Fair’12 la ni….perjalananan smooth je sebab Izzati
membawa kami mengikut jalan short cut melalui deretan rumah-rumah cantik
sekitar Bangsar. Giler terpegun tengok rumah diorang.Siap ada guard
house segala bagai.
Parking…still
available. Kami parking kat The Mall, boleh dikatakan lengang lagi.
Tapi, kat luar PWTC tu dah nampak deretan kereta dan bas. Tapi, pada
kami benda tu normallah kan...
Jejak
je kaki kat PWTC…..oh mak…giler ramai orang.
Macam unbelievable jugaklah. Sebenarnya, memang expect ramai orang.
Tapi, tak de lah seramai ini...haiya!!!! Destinasi pertama..oh sudah
semestinya Dewan Tun Hussein Onn, gerai HA11-14..JEMARI SENI. Tapi, on
the way, terjumpa booth Assohwah Prof Dr Muhaya punya, Izzati yang
memang mengagumi beliau sempat membeli buku & minta autograph siap.
(Mek..mesti PA Dr Muhaya frust giler xambik no hp mu kan…testimoni
berjaya weiii…kagum aku..hihi). Next, Dewan THO. Aku tak tahulah,
pengurusan book fair ni ke…atau apa yang menyebabkan kesesakan teruk
..giler-giler teruk lah. Rasa sepanjang aku join book fair ni tak adalah
pernah sesak giler macam ni. Nak berjalan pun macam tak cukup lantai
nak pijak. Sabar jelah…
bag JS yg comei...haa..beg mcm nilah yg mesra pengguna compare to last year punye... |
oh ni cik roomate punya hasil |
Sampai
je JS, terus aku minta tolong staff JS yang baik hati..grab 3 buku
baru, Senyum Sampai Langit, Velvet di Durham dan Nah! Untuk Awak…sempat
staff tu cakap, tambah satu lagi buku kak, dapat beg…hehe..memang nak
tambah pun dik…so, aku minta tolong dia ambikkan Hanya Dia Sufi yang
jenuh aku dok cari merata kedai. Siap!!! Terus bayar…RM 59.20. Dapat
free beg yang cantik….see, pandai tak aku!!!
Next…kami
ke Karya Seni sebab Cik Linda Kawaii aka Mas nak beli novel untuk
kakaknya. Melilau juga cari..lupa nak pesan kat dia suruh survey lokasi
dulu. Huhu….Sesambil dia mengusha buku…aku dan Izzati menjenguk PTS
mencari bahan-bahan bacaan yang lain. Izzati sempat mencapai ‘Yakjuj
& Makjuj’..ingat tak aku ada terniat nak beli buku ni masa beli
‘Iskandar Bukan Zulkarnain’ years back. Tapi, sampai sekarang tak
terbeli-beli…apadah aku ni…Mek!!! Dah siap baca belum???..Sempat aku
mengusha buku Fatimah Syarha..kut-kut ada buku baru pesanan my adik. Dia
ni pun satu, nak pesan buku tak bagi tajuk..adoiyai!!!! Masa nilah
baru, Miza sampai…haila…sabar je lah dia ni. Lepas say ‘hi’….dan semua
pun dah dapat buku memasing, kami pun keluar dari dewan yang sesak nak
mampus tue. Tau-tau je Miza & Dayah, adik housematenya…hilang entah
ke mana. Kira memasing bawa haluan sendiri.
ni pun cik roomate punye anak sedara punye...siap suruh mms tue |
Next..kami mencari Telaga Biru
pula…mencari buku ‘Beduk’ yang dipesan Izzah. Sebenarnya, tajuknya
‘Beduk diketuk’ tapi yang diingat Izzati, ‘Beduk Berbunyi..’…haha…tapi,
nasib baiklah si Mas ni nampak buku tue. Sempat aku membeli Majalah
Solusi vol 41,42,43.Ok done!! Lepas semua pun dah siap dengan buku
memasing. Ingat nak balik la kan…tapi, bila SMS si Miza katanya tak beli
buku apapun…kepala pening sebab ramai sangat orang, dia menapak kat
luar sudah. Apa dah….haish...*geleng kepala*. So, oleh sebab kebetulan
kami berehat tak jauh dari Telaga Biru booth, kami pun volunteerkan diri
untuk membeli buku dengan bajet RM 80.00. Nak-nak buku yang dia pesan
berkaitan alam rumahtangga… emm… aku pun main beli je apa yang aku rasa
sesuai…Mek, ok kan apa yang aku beli tu..haha…aku suka ‘Cinta Kerana
Allah’ tu….baca sampai habis ok!!! Nasib baik Mas temankan aku..kira
memang on bajetlah. Kalau tak menggagau gak aku nak mencongak harga buku
tue…well..aku memang fail bab congak…otak jadi blurr..hehe…Sebelum kami
menapak keluar, Izzati tetiba nak masuk semula ke booth PTS sebab
terkenang-kenang buku siri novel Pejuang Islam yang satu bundle RM 80.00
tu…aku yang support dia sebab aku rasa bila lagi nak beli buku-buku tu
dengan harga runtuh macam tue.....nanti balik rumah
termimpi-mimpi...hihi...(oh tak ambik plak pic buku-buku hasil investment Zati..lupa sudah)....dan sebelum keluar, sempat juga Mas membeli sekotak buku Ana Muslim
untuk anak sedaranya yang hanya berharga RM 10.00.
my JS book + solusi magazine |
Kami berjumpa semula di luar The
Mall…untuk Miza, aku belikan ‘Cinta Kerana Allah’ + 2 buku Ustazah Nor
Bahyah, + 1 lagi buku yang aku buat-buat tak ingat tajuknya..hehe…total
RM 72.50…awesome tak aku? ni pun lupa plak nak snap pic.Hehe..sempat juga aku belikan Dayah, si ibu
mengandung…’Amalan Ibu Mengandung’ buku Ustazah Nor Bahyah juga.. Masa
nilah baru si Miza nak distribute kad kawinnya yang jatuh pada tarikh 19th
May (will be my next entry)… Sempat berjumpa dengan our FPPUM Jr..
Khalil dan Isterinya yang juga sedang mengandung. Plus..our
UM-mate…Nasaie…& anak2nya.
Village view Jalan Reko...makan time (lunch + high tea) |
all of us..ahli rombongan |
Next,
kami kelaparan sudah…mulanya, nak makan kat tempat selalu yang kat
Bangi tu, sebab alang-alang menghantar adik Izzati ke Bangi. Restoran
apatah namanya..aritu beria aku hafal…lupa jugak. Tapi, restoran tu
tutup pulak. Finally, kami singgah di Restoran Village View, Jalan Reko.
Giler cantik interior dia…makanannya pun awesome. Sedap wei…dengan
hanya berharga RM 107.10 untuk kami berenam makan. Silalah lihat menu di
bawah ni yee….aku bab-bab harga ni memang senang je nak ingat walaupun resit dia buang sudah...*wink..wink*
Guava Juice yg sedap..yummy!!! |
Menu untuk hari ini....yg paling sedap..kerang tu..:D termasuk sate 20 cucuk |
kena paksa makan sampai licin.. |
bersungguh Izzati makan sate nak bagi habis..hihi...nak tambah berat kan... |
Petang
sudah…so, kami pun mahu pulang. Sempat menghantar Miza dan Dayah,
housematenya ke Putrajaya. Perjalanan balik kami ditemani…waaa..hujan
yang sangat-sangat lebat. Thanks a lot pada semua yang sudi
jadi chaperon aku untuk book fair kali ini. REPORT DONE!!!!.
Zati cover perut..hihi |
pssst....sekarang ni ada Pesta Buku Selangor kat SACC Mall ~ 29 Jun - 9 Julai 2012. Silalah jenguk yee...
alorr..kenapalah Izzati tak join time nie..tak cukup korum laa... |
* As conclusion, my spend for book fair kali ni RM 95.10…waaa…on bajet. Biasalah..accountant kan…hehe…proud of myself!!!
Friday, June 08, 2012
Petrosains???
Petrosains or TGV?? |
FYI, invitation ini hanya untuk Imtiazah sahaja,
memandangkan yang laki2 dah menganjurkan aktiviti futsal mereka dengan jayanya. (klu pada waktu kejadian, hari esoknye lah).
Dan aktiviti ni, just a private event. Sesaja suka-suki…
Klu ikut plan, kami berjumpa di entrance Petrosains dalam
pukul 2.00 lebih, memandangkan aku pun habis kerja pukul 2.00pm . Dengan hanya ambil masa dalam 15-20 min, aku dah
terpacak kat destinasi. Yang si dua orang lagi tu..emm…baru bertolak?..sabar je
la. So, aku pun pusing2 Kinokuniya dulu. Itu jela pun tempat yang logi aku
pergi kat KLCC tue. Petrosains plak dah penuh dengan budak sekolah.
Kinokuniya…lama tak jejak. Memang banyak choices of book..tapi…novel yang aku
cari tak terjumpa pulak..so, atas pesanan my roommate…dapatlah novel sebijik.
3 dara pingitan |
Around 3pm
something, barulah nampak batang hidung dua sekawan tue. Fuhh…penat wei
menunggu diorang nie. Sampai je..lepas meninjau Petrosains yang dah dipenuhi
budah sekolah..terus plan bertukar secara automatiknye…TGV Cinema yang
kebetulan boleh nampak je signboardnya dari Petrosains. Hihi..ni memang logik.
Battleship!!! Awesome!!! |
Queue….finally…BATTLESHIP!!!! 3.30pm
Checked!!! Dah tak kira walau dapat seat paling depan. Dah msuk dalam hall
cinema..baru diorang nak tanya ‘Shila ok ke Battleship?’…adoiiii…klu tak
OK..agak-agak tiket tadi boleh refund tak?...
Battleship?...super awesome!!!! Ala-ala cam transformer
la…emm..oh lupe, produksi yang sama kan .
Tapi, biasalah cite yang klise selalu hero tu ala-ala jerk pastu tu bila cite
tu moving forward, barulah nampak hero itu memang hero…
Caffe Latte!!! Super Awesome!!! |
Next!!! Makan time..lapar giler. Secret Recipe Checked!!!! Konon-konon nak belanja Dayana Coklat Indulgence ke..sempena birthday dia yang ke- ….(kami sebaya OK) on 13th tapi bila dapat makan tomyam semangkuk, kenyang sudah…oh..caffe latte dia SUPER AWESOME!!!
The three of us...sebelum hidangan sampai... |
Bila berjumpa, biasalah cerita pun berkisar perihal sesapa
yang kami semua kenal termasuk update cerita terbaru memasing. Sesambil plan
untuk next event. Ziarah rumah family arwah Ijan (Al-Fatihah). Sesambil jugak
merancang plan untuk…..haha..biarlah rahsia. Kami masih dan tetap dan sangat
tidak berpuas hati. TITIK.
Tomyam for birthday gurl!!! |
Teruja tengok kasut tuee okay!!! |
Waaa…maghrib sudah!!!! Next!!!! Memandangkan kami ni single kan ..tak
ada sapa pun nak tunggu kat rumah, we drag our date..haha..as usual. Belasah je
movie apa yang ada…cadangan pertama…MIRROR MIRROR. Bila on queue…tayangan 9.30pm la pulak. Kang lambat pulak kami ni
balik. Dah lah memasing guna public transport je. Finally…THE WRATH OF THE
TITANS…8.30pm . Kali nie seat yang
comfortable sikit.
Memandangkan aku tak pernah tengok pun cite ni before this,
so agak blur dengan jalan cite zaman purba nie. Overall, OKlah..still boleh
diterima dek otak aku nie.
tu ha petrosains nye...yang kami tak masuk pun.. |
Then, oleh sebab jam pun dah nak menganjak ke angka 11.00pm , time to go back lah. Kang tak pasal
terlepas train. Kami berpisah di Masjid Jamek Station sebab Dayana & Aina
nak meneruskan perjalanan ke LRT Sungai Besi
pulak. OK, DONE!!!
masih sempat sementara tunggu lif |
*** Thanks a lot for Dayana & Aina, our date was
marvelous as usual walaupun tak cukup korum. Waiting for our next date!!! Insyaallah. Pada yang lain, if
tak diajak, maaf di pinta. Mungkin kami terlupa, biasalah, jarang berjumpa
& bertegur sapa, so mungkin terlepas pandang. Yang tak berkesempatan untuk
join, Insyaallah..next time.
yippeee!!!!! |
Sunday, May 13, 2012
KAU OK? @ Bukit Larut, Taiping Perak
i'm here at Bukit Larut okay... |
Seawal 8.00 pagi selepas siap
bersarapan popia goreng yang sedap dan Nasi goreng Miza, kami bergegas
ke destinasi rekreasi kami kali ini, Bukit Larut or named as Maxwell
Hill.
Sampai saja di kaki Bukit Larut,
kelibat orang-orang nak trekking kelihatan. Emm…ramai juga rupanya orang
walaupun hari Isnin. Oh lupa, cuti sekolah rupanya. Biasalah dah kerja
ni, bab-bab cuti sekolah selalu tak ambik endah pun. Then, terus kami ke
kaunter tiket untuk naik jip, sebab, kami malas nak trekking
memandangkan perjalanan kami masih jauh. Lagi-lagi kesian kat cik driver
yang kena drive balik KL petang nanti.
the history of Bukit Larut aka Maxwell Hill...sila baca yeee |
Jam kat ofis tu pukul 8.50am cam
tu. Mengikut kata En Kaunter tu, sebenarnya ada satu rombongan sekolah
dah book tiket untuk naik jip tu. So, dia minta kami tunggu sampai pukul
9.00, baru dia boleh release tiket. Emm…dalam hati dah berdoa, mohon
rombongan sekolah tu lambat..huhu..dah gaya heartless semacam kami ni.
Maaf ye rombongan sekolah yang berkenaan. Misi kami lebih
penting…hehe..sesambil menunggu, kami….snap picture la apalagi.
Tepat jam 9.00am, bergegas kami ke
kaunter tu untuk beli tiket bersama-sama dengan satu famili yang juga
menunggu seperti kami. Alhamdulillah, dengan tiket berharga RM 6.00
sekepala, dapat kami naik jip zaman penjajah tu untuk ke puncak Bukit
Larut bersama-sama dengan famili tadi dan satu couple yang tak mesra
alam (pepandai je kan aku buat spekulasi) dan sorang mamat. Mulanya,
ingatkan kitaorang naik jip sekali dengan famili tu je. Rupanya, dia
sumbat sekali sume dalam satu jip penjajah yang kecik tu..Adoiyai!!!
Yang famili tu, driver tu suruh duduk depan, yang kitaorang yang lain
duduk kat belakang. Tapi, oleh sebab ada satu space kosong, driver minta
sorang perempuan masuk. Yang si couple confirm-confirm la kan tak nak
berenggang. Kitaorang bertiga memasing pandang satu sama lain…yang at
last, Zati volunteerkan diri. Zati cakap; masa dia nak duduk depan tu,
sempat dijeling kami, katanya, muka kami dah cemberut semacam…haha…tak
perasan sebenarnya, automatic kut. Aura tak puas hati…
Tiket hanya berharga RM 6.00 untuk 2jam...sangat berbaloi!!! |
Then.....we
began our TERRIBLE journey (TERRIBLE tu huruf besar OK!!). Yang Zati
kat depan bersuka ria beramah mesra dengan famili tu. Yang aku dengan
Miza…emm…terhimpit di belakang. Giler scary naik jip tu..Dengan keadaaan
merentas hutan ke puncak, dengan jalan yang turapnya dah hancur…lagi
pulak, jip ni membawa beban tempat kutip sampah kat belakang…dengan
drivernya macam nak drift je gayanya…lap pun ambik lajak jauh giler,
sampai kami dah rasa macam nak terlambung masuk gaung…memang segala
jenis selawat, istighfar plus kalimah syahadah kami baca. Manalah tau,
tetiba jip ni melambung masuk gaung…emm..
Dalam
keadaan kami yang terhentak-hentak kat seat belakang…yang kalau kami
tak pegang sekuat mungkin penghadang besi tue, mau kami terlambung
keluar atau terperosok kat lantai jip…atau terhantuk dinding jip…dengan
penumpang yang duduk berhadapan kitaorang ni boleh plak dia ambik space
lebih, tau la kaki diorang tu besar dan panjang, sudahnya sampai kaki
kami tersepit ….Yang si Izzati yang bersenang lenang kat seat depan tu
boleh plak bertanya dengan sinisnya (konon-konon simpatila kan ~ simpati
ke perli???); KAU OK? …..huh..ni aku rasa macam nak kuar aura ‘hulk’,
nak humban Zati masuk gaung. *mata menjengil*
Walaupun
berhempas pulas bertahan dalam jip tu untuk naik ke puncak Bukit
Larut…dengan laluan kami yang selalu berselisih dengan pen’trekking’
yang emm…ok, sangat impress dengan diorang ni. Effort tu panjat Bukit
Larut ni…dahlah trekking tu sendirian berhad…tapi, view sepanjang
perjalanan kami sangat awesome. Walaupun, gaung kat tepi cam
scary….nampak hutan hijau yang masih terpelihara…dengan udara hutan yang
segar..sesekali nampak air terjun yang jernih…waaa…sangat-sangat
berbaloi untuk rasa terhentak dalam jip. Ada juga beberapa pondok di
tepi jalan, mungkin transit untuk pendaki-pendaki kut…
Sesekali,
adalah En Driver tu bertanya; yang belakang ok ke?; emm..boleh plak si
Izzati yang volunteer tukang jawab; OK…OK…eh???? ~ Tangan aku pun laju
je nak mencekik leher dia ni..huh…
view dari atas Bukit Larut....awesome!!!! |
Alhamdulillah..after
about 20 minit merasa sakit terhentak-hentak, kami sampai di Bukit
Larut pada ketinggian 1036m dari paras laut . Just one words to describe our feeling;
AWESOME!!!! Walaupun ambik masa juga untuk stabilkan diri masa mula-mula
jejak tanah…Subhanallah..sangat cantik okay. Bestnya kalau dapat spend time lama sikit kan...
time to bersiar-siar..haruslah mengoptimumkan masa kan... |
3km lagi ke puncak Bukit Larut...hujung tu laut okay... |
nilah sebahagian dari 'restriction area' tuee...huhu |
Sebenarnya, ingatkan
betul-betullah dia hantar sampai puncak….huhu…tapi bila tengok batu
jalan..BUKIT LARUT 4KM….waaaa…nak kena daki juga ke….mulanya,
konon-konon bersemangatlah nak sambung berjalan sampai puncak sebab nak
tahu apa yang ada kat puncak tu sesambil kami bersiar-siar sekitar
transit stesen. Ikut kata En Kaunter sebelumnya, tulip dah 5 tahun tak
de…huhu…sudahnya, kami cuma larat berjalan sampai Cendana Hut & Cafe je sebab
terasa jauhnya. Sempat bertembung dengan En Driver yang menghantar kami,
sempat dia tegur; Oh…sampai sini korang berjalan. ~ Eh….
KAU OK?? |
Cendana Hut & Cafe...lets go!!! |
Café ni on renovation…banyak port
yang cantik tak dapat nak pergi. Dekat bawahnya ada penanaman pokok
bunga, tapi ada signboard ‘restriction area’…emmm…
pokok bunga yang macam .....in the making je gayanya |
sila tengok kat belakang tue...emmm..under construction la plak |
Pusat Kepelbagaian Biolagi signboard.... |
Oleh sebab masa kami untuk berada
di situ 2 jam sahaja, so, kami explore everthing yang kat situ dan snap
seberapa banyak picture yang menarik. Sebab..tak tahu samaada kami
sanggup untuk naik scariest jip penjajah tu sekali lagi…huhu...
...map of Bukit Larut... |
prove kami di ketinggian 1036m dari paras laut |
Dan bila tengok
pengunjung-pengunjung yang lain…lorrr…kami je ke yang rasa teruja lebih
dapat jejak Bukit Larut nie…sebab bila kami turun semula ke stesen
transit, ramai dah duduk berehat sahaja di kerusi tersedia…eh???
masa untuk kami menuruni bukit untuk ke Titi Gantung |
Jam pukul 10.30am..masih ada ½ jam
untuk kami explore, so, kami menuruni Bukit Larut untuk ke titi gantung
yang kebetulan kami nampak sebelum naik ke stesen transit. Haruslah
pergi situ…titi tu sangat cantik ok. Tapi, ada papannya yang sudah
tercabut… dan titi tu membawa ke satu menara yang…tangganya sudah patah.
Emmm…tapi tak tahu menara apa….
nilah titi gantung yang kami nak sangat pergi tu.. |
tangga yang hubungkan titi ke menara...sila tengok view belakang tu...beauty!! |
menara yang tangganya sudah patah...sayangkan!!! |
view dari titi gantung...atas tu la stesen transit...emm...jauhkan kami jalan.. |
the tree of us..the only one pic... |
Okay, jam dah nak pukul
11.00am…masa untuk kami bergegas ke stesen transit. Kalau tak sampai
tepat pada masanya,…emm..mau kami kena tinggal kat Bukit Larut
ni..huhu…idokla kut.Lainla kalau memang kita book resort kat sini kan...
waaa....jip sudah menunggu kami... |
Sampai je kami kat stesen transit,
ada satu jip baru berlalu…penumpangnya, famili yang bersama-sama kami
tadi dengan couple tue..dalam hati, YESSS!!!! Nasib baik kami naik
lambat sikit. Dan ada satu jip yang besar sikit sudah menunggu kami.
Hehe…Alhamdulillah, tepat jam 11.00am..jip tu memulakan perjalanan
menuruni Bukit Larut. Mulanya memang scary juga sebab penghadang
belakang jip tak boleh tutup, tapi ada seorang guiard yang berdiri kat
situ. Jip ni sangat selesa sebab besar sikit dan orang dalamnya pun tak
ramai..dalam 7 orang macam tu. One family & us je…dan perjalanan,
sangat smooth…tak delah rasa sakit terhentak-hentak macam mula-mula
tadi. Kesimpulannya, best la..rasa macam bersiar-siar sekitar kampung
je. Dan, takde lah rasa tension kalau ada orang tanya; KAU OK?
time to balik!!!! |
After about 20 min; sampai juga
kami di kaki Bukit Larut. Izzati sudah sibuk dengan
handponenya…lorr…minah bekerjaya sungguh dia ni. Namapk signboard depan
pejabat yang jual tiket tu, TIKET UNTUK HARI INI SUDAH HABIS ….Eh???
Apakah?? Baru pukul 11.00 lebih kut… emmm..nasib baik kami pergi
awal..huhu…
sadisnya tengok signboard nie...xde orang tolong cuci ke...emm |
waa..1910...over 100 years okay.. |
Then, terus kami ke tempat parking
yang kebetulan luar sedikit dari Bukit Larut tue, kebetulan terserempak
dengan famili yang bersama-sama kami tadi yang kebetulan nak balik
juga. Sempat si ibu melambai kami. Ceh..ingatkan Izzati dan Miza
perasan. Sebab Izzati kut yang terlebih beramah mesra dengan diorang,
rupanya diorang tak perasan, Dan nasib baik juga aku balas lambaian tu.
Kalau tak mau di chop kami sombong plak. Emm…nampak satu kedai jual
laksa dan goreng-goreng. Menarik….
air sungai yang......fresh dan sejuk... |
Kami
singgah sekejap merehatkan kaki kat sungai di kaki Bukit Larut
tu..sangat sejuk airnya. Waa..terasa segar. Rasa macam nak terjun mandi
dalam tu pun ada….
Lepas
rasa lega..kaki pun dah segar sikit. Kami ke gerai laksa tadi untuk
melantak laksa pula selepas penat men’daki’ Bukit Larut…Laksa yang
pedas..dan, sempat men’tapau’ goreng pisang yang sedap…rangup ok..
rasa cam cantik je bunga ni hidup kat situ |
Sampai
rumah Miza, Zohor sudah…berehat sebentar sebelum bersiap untuk bertolak
pulang. Oh..sempat men’call’ pengantin baru…ceh dia dah lepas ke Penang
sudah. Ingatkan nak singgah sekejap sebelum balik. After lunch &
Jamak Qasar, kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur, tempat kami cari
makan…sebab esoknya memasing kerja doh….masa bersalaman dengan Mak Miza,
sempat dibisikkan kepada kami.. “Nanti Bulan 6 datang lagi yee…..” ~ emmm….bulan 6 la sangat Cik Miza kan….haha…
Waa..trip
3D 2N yang AWESOME!!!! Walaupun terasa penatnya..tapi sangat..sangat
dan tersangatlah berbaloi. Demi menemani Cik Driver yang memandu
sorang-sorang, seperti biasa kami buat konsert duet sepanjang
perjalanan. As I told before, Miza tak boleh pakai kalau nak Trio…lagu
‘Bawaku Pergi’ tu pun dia boleh blurr tak faham..hihi…(pengantin to be
tak boleh stress-stress tau…). Oh sempat kami merencana trip untuk kami
BERLIMA (you-know-who-you-are) plus MKA,KA & KAA…dalam bulan 7
nanti..emm…tapi tak tahulah macammana tu memandangkan kena melibatkan KA3. Harap-harapnya menjadi la ek…Insyaallah.
Oh..sampai
je kat KL yang dah mula jam tu, Miza dihantar ke KL Sentral untuk
pulang ke rumahnya. Izzati pula sempat singgah kat rumah aku untuk
mentransfer all the picture yang sempat kami capture. Huh…sampai tak
cukup satu CD tue..Waa,…finally, DONE. Eh…maaflah korang, terpanjangla
pulak entry kali ni…emm…tapi, kalau kira korang baca sampai sini, memang
salute la….korang memang pembaca yang budiman. Tulah, excited terlebih
nak cerita segala bagai kan..sampai tak sedar entry ni dah macam nak
buat report projek. *peace sambil senyum*
*Pengantin
to be; Jangan stress-stress…sila gelak bila baca entry kali ni. Kalau
stress lagi, baca post-post aku yang sebelum ni…~ KAU OK???
*Pengantin
bln 3; Hehe..tunggu kedatangan kami. Sila pesan kat En KA, kami nak
book mu 3 hari tau..kalaulah mu tak berjaya ‘menghalau’ dia untuk pergi
camping tu,emm… dia nak join sekali pun okay sajo…hehe….oh, ur ‘beduk’
kami tak lupa punya…
*Ibu
Mengandung; Hehe…jumpa nanti. Jaga diri & baby…kalau MKA buli,
report kami ok..oh..jangan stress2 juga!!! Kalau stress….hihi..silalah
visit blog yang awesome ni…Oh, ada orang tu mengidam ketam lembut, nak
join????
*My Dearest couple; huhu..nak buat macammana…la ni, KA3 je…belum lagi menjadi KA5 …so, silalah bersabar menghadap muka your partner ni… ~ KAU OK???
Subscribe to:
Posts (Atom)