Wednesday, March 28, 2012

From Ms Dayah to be Pn Dayah..aka..Mrs MKA...

 Dayah’s Solemnization Day

Seperti yang termaktub dalam janji lisan, konon2 Izzati akan pick up around 7am lepas dia jemput Izzah yang travel dari Taiping untuk ke majlis akad nikah Dayah around 11am. Sudahnya, boleh plak dia lupa…melangut la aku tunggu dia kat rumah dengan siap berbaju kurung segala. Haih…sabar je la
aku dengan dia ni. Aku, tak de maknanya nak tanggal semula tudung…tunggu jelah sampai pukul 8 lebih sesambil surf internet.  

Dalam 8 lebih, muncullah si budak bertuah dua orang tue, siap bekalan breakfast lagi. Konon2 nak cool downkan aku la kan…tapi siyes beb, your cekodok tu sedap…hehe… Seterusnya, kami ke putrajaya untuk pick up Miza & her adik. Sesambil melayan sms Noni yang ingin turut serta. Dan seterusnya, dari Petronas simpang Empat, kami bergerak dua kereta ke rumah Dayah. Huh…tersesat sekejap sebab, kami hanya tahu satu jalan je ke rumah Dayah..Kalau dah termasuk jalan lain, emm..confim-confirmlah sesat. Lagi pulak, si Zati nix de maknanya nak guna GPS. Main ikut instinct sendiri je. Sudahnya, berpusing-pusing jugaklah kami ni sekitar Bandar Kajang…huhu..
us...with 'Ms Dayah

Finally, atas instinct Miss Driver yang memang cekap bab jalanraya ni (we salute u gurl!!!), alhamdulillah, selamat kami tiba ke destinasi. Ketibaan kami disambut baik family Dayah…memang mesra alam sungguh. Siap perli bila kami angkat hadiah… “Kalau tau tadi, kami hantar troli….’. Dan seperti biasa, Izzati yang sangat mesra alam juga membalas.. ‘Tak pe…saja nak tunjuk berat nie…’ ~ erk….betul ke susunan ayat tue…hehe…lupa nak rekod….

Terus kami naik ke bilik pengantin…pengantin tengah wat photoshoot sebelum tukar status. Lepas puas bergambar segala, rombongan dari Kedah sampai…untuk sesi seterusnya. Konon2 nak join sekali la kan…alih2 kena ‘halau’ dengan auntie Dayah, sebab tak cukup space untuk family & rombongan…huhu…At last, semua anak2 dara yang terlibat terus menapak naik atas semula.
that our gift...haruslah kena bawa troli...hehe
Sesi akad nikah bermula, kitaorang yang kat atas semua sok sek2…agaknya, terkuat kut, sekali lagi..kami di warning oleh ‘auntie’ Dayah…habislah Dayah, ‘auntie’ you yang sorang tu dah di ‘aim’ dengan kami….Last2 sebab kami nak juga dengar butir bicara sesi akad nikah tue, semua siap chop anak tangga masing-masing. Siap concentrate ni dengar, walaupun tak dengar mana pun..tau2 je dah selesai akad bila si pengantin lelaki selesai melafaz akad nikah dengan sempoinya….seriously your husband sangat2 sempoi weii… terkekeh2 kami gelak tengok korang….hehe…
alhamdulillah..selesai sudah..

our dayah officially be mrs MKA
 Pastu, makan time…makanan dia sangat sedap dan variety. Kenyang kami melantak..hehe…lepas bergambar dengan pengantin, kami pun mula bergerak ke hotel yang siap di book oleh pengantin untuk kami…macam jauh je kami ni duduk..hehe…
us...with Pn Dayah..aka Mrs MKA

our one night hotel
 Hotel KK HomeDeco, Kajang ….Checked!!! Interior dia sangat2 awesome..English style. Teruja kut kami tengok…sangat-sangat cantik design kat lobi dia. Then, bilik dia pun, emm…walaupun sikit kecik untuk kami berempat, tapi still awesome dan selesa….memang santai lah…okaylah as our ‘one night’ hotel…

Lepas rehat & solat, kami teruskan misi kami…oleh sebab kenduri Dayah, modern style…so, tak de pe pun kerja yang kami perlu tolong. Sudahnya, oleh sebab ada 3 orang pengantin to be dalam rombongan kali ni, memasing kira setuju untuk ‘menyopingkan’ diri di Nilai….destinasi wajib untuk bakal pengantin. Dalam pada aku yang tak termasuk dalam list ‘pengantin to be’ pun siap memborong sanggul langsir untuk kakak aku…sempat lagi tue dia meng’instuct’ adik dia yang baik ni. Mentang2lah tengah pantang…
towel tu yg berjaya menambat hati kami..sweet kan
 Selesai shopping, konon2 nak makan kat restoran yang spesis jual ayam penyet tue…tapi baru nak buka dohh….nak order pun, lambat pulak siapnya. Sudahnya, Miss Driver membawa kami ke tempat makan wajibnya di Bangi…apatah nama restoran tue, tapi makanan dia sangat sedap…berbaloilah untuk harga RM 60++ untuk kami berenam makan…~ nasi putih, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam…waaa…perut tetiba lapar la plak…(oh lupa plak nak snap pic kat sini…huhu..keletihan sudah)
Dinner…checked!!! Time to balik ke one night hotel kami…berpisah dengan Noni, sebab dia tak leh join hari esoknya sebab ada ‘hal’ yang perlu diuruskan…hehe…

 Oh ya!!! Our bed time stories…lepas siap berpillow talk tentang ‘cerita’ masing-masing, boleh plak, aku jadi tukang karut untuk Merlin drama…memang jadi bed time story la, sampai lena Zati & Izzah tidur…hehe…Miza, as usual, dah hanyut entah ke mana…

before going to dayah resepsi...dekat lobi hotel..

*Haih..cam panjang plak entry kali ni..ingat nak compile sekali dengan resepsi…huhu..so as usual, sila bersabar untuk entry seterusnya…khususnya untuk ‘mummy to be’ tue…sila tengok pic kat atas tu sebagai hadiah sebab korang sabar untuk tunggu entry seterusnya..ngeeee....

Thursday, March 22, 2012

Picnic @ Sg Tekala

the three of us...ahli rombongan...
Our picnic is on the next day after our trip in Malacca. Such a long journey….tapi, kali ni Miza & Dayah tak berkesempatan nak join coz memasing ada hal sendiri.

We started our picnic on early morning on the 2nd day of 2012. Mulanya, kitaorang (I + Izzah) dengan driver tetap kami, Cik Izzati plus her housemate Peja, bertolak dari rumah untuk bersaing dengan uncle + auntienya dulu sebelum kami sama-sama bergerak ke destinasi. Sangat kesian dengan Cik driver..sebab kami penumpang2 setia ni ketiduran…sedar2 je dah sampai…huhu…maaf yee Cik Driver…
awal pagi lagi..so xde orang pun...heaven kan!!!!
Oleh sebab kami ni kira yang paling awallah sampai kan, so, nak cari port tak susah sangat…nak memilih tu yang jadi masalah. Konon2 nak cari port yang strategic la kan..sudahnya, sampai meranduk air kitaorang ni (oh correction..bukan kami yang cari pun…uncle Izzati yang tolong cari..kami follower je belaka..hihi).

Port…Checked!
So..time to…breakfast. Kelaparan kut…yang bestnya, breakfast kami ditaja sepenuhnya oleh uncle+auntie Zati…superb tak??? Haruslah….(Zati..uncle ko punya sambal sardin tu awesome weii…nak resepi…ngeeee)
ni lah port kami...comei tak jeram ni
Breakfast…Checked!!
Time to…..Gedebush!!!! Memanjakan diri dalam air Sungai Tekala yang……sejuk sesangat. Sebelum orang lain datang, cecepat je kami ambik port kat tengah jeram comei tak jauh dari kami punya port…Best tak best nyeee..sangat best kut merehatkan kat jeram comei sesambil menghirup udara hutan yang segar. Lama jugaklah kami bertapa kat situ…malas nak naik, takut nanti ada orang curi port kami…haha..

Gedebush!!! Checked!!!
Time to…makan lagi. Haruslah..kalau tak, tak namanya picnic kan…Then, kami berehat di perdu dahan pokok..sesambil menjuntaikan kaki…sambil makan potato chips….sambil menonton aksi kanak-kanak riang bermain air. Ni memang sangat-sangat kelakar…habis semua superhero zaman moden diorang canang..ni memang kami tak tahu..entah nama pelik apa yang keluar…kira antara spesis Ultraman dan Power Rangers la kut tapi versi terkini dan kami pun terfikir, kalau kita travel time ke zaman kami kecik-kecik dulu..habislah segala Gaban, Satria Baja Hitam, Flashman, Maskman, Ultraman Seven, Taro dengan suku sakatnya plus Power Rangers masa zaman tu dan segala bagai keluar agaknya…..emm..dah namanya budak-budak..bukan tak pernah jadi budakkan….

the 3 musketeer...haha...
Dan satu buat kami teruja, ada one little boy ni jumpa sebotol botol minuman 1 liter yang penuh dengan pasir dalamnya…punyalah dia effort nak keluarkan pasir dalam botol tu..caranya, dia masukkan air dalam botol tu sampailah semua pasir dalam botol tu keluar bersama-sama air..dan kemudian dia main gelembung air dengan botol yang memang dah clear…teruja kut tengok budak tue. Tau kut kami mengusha dia..dengan kami-kami sekali automatic terjoin dia…siap bagi moral support lagi…

Habis melayan adik-adik yang riang ria tu..kami ke port jeram comel smula..cam tau-tau je kami dah cop mohor jeram tue, tak de sapa berani nak lepak…hehe..

Emm…hari dah menginjak tengahari…orang pun semakin ramai. Lagi2 port pondok kami dah diduduki oleh segerombolan muda-mudi..budak ‘u’ gamaknya…sempatlah usha diorang ber ‘BBQ’…emm…terror lagi kami ber ‘BBQ’ kut…hehe…
 
signboard.... 'Sg Tekala' tertutup plak
 Time to balik…penat sudah…berpisah dengan uncle & auntie Zati di persimpangan highway. Kali ni kami jadi passenger yang mesra alam…menemani Zati drive sesambil layan 2012 lagu kat Suria ke Sinar FM tah…tak ingat dah. emm…giler tul diorang nie. Then, sempat singgah di Restoran Donut (ni Izzah & Zati yang gelar..serius aku tak tahu pun..huhu..)…sebabnya, kat restoran tu ada jual donut yang sedap. Oh, lunch kami ni ditaja sepenuhnya oleh Miss Driver. Thanks gurl!!!!
entrance Sg Tekala..port wajib untuk posing kut...
 Then, kami berpisah di depan pagar rumah aku…emmm..such…such…a long..long journey… We say goodbye each other with promise to meet on coming Chinese New Year, for…..DAYAH’S WEDDING!!!! Emm..wajiblah korang tunggu next entry. Hehe…
Trek Hutan? sekadar hiasan ....xde maknanya nak trekking...for today
*My assistant resign sudah…huhu….meraban la aku buat kerja sengsorang..huhu…

Wednesday, March 21, 2012

Memorable Visit @ Bandar Hilir Melaka ~ part of our New Year Celebration

cattleya225
center of Bandar Hilir...
When talking about Malacca, sure remind us with its history. So, that’s why, kami gagahkan diri juga untuk membuat our own lawatan bersejarah ke Bandar Hilir…Jalan dari Alor Gajah, smooth je..tapi, sesampai je kat Bandar Hilir..huwaaa..sangat jam ok…dahlah kepanasan sebab matahari tegak atas kepala. Terik kut…
a part of Stadyus building..i think
Parking….it is a biggest problem.Punyalah kami berpusing-pusing area Bandar Hilir tu semata-mata nak cari parking. At last, jumpa la jugak..tapi sangat jauh nak berjalan ke pusat sejarah tu. Dah lah cam scary je orang yang kat parking lot tue...tawakal je kami belaka.

Oleh sebab kami ni semua tourist, so, aci gamble je jalan..ikut instinct sendiri, yang akhirnya kami jumpa juga pusat sejarah tue, yang berhadapan bangunan Stadhuys tue..banyak pulak orang jual souvenir dan perkhidmatan beca. Aku, as usual…fridge magnet dulu. Emm..banyak design2 yang menarik…cam rambang mata juga. Sempatlah membeli belah untuk family…t-shirt je pun, sorang sehelai…nasiblah jadi cam aku yang memang cam wajib je beli something untuk diorang kalau pergi mana-mana…kalau tak mesti ralat…sian korang tunggu aku mensurvey kan....

di hadapan inilah kejadian pitam berlaku...
Penat berjalan…kami punyalah pusing mencari tandas awam…huhu..tak jumpa pulak..uwaaa..sangatlah terseksa jiwa dan raga, lagi-lagi dengan cuaca panas terik…tapi, berposing tak lepas gak..its compulsory ok..

Dan….unfortunately, kesian cik Miza kita..terpitam dan terrebah sekejap. Sebab susur jalan tu tak rata...Nasib baik gak..tempat yang dia jatuh tu…depan surau…aci cepat je lah kitaorg papah dia. Dan fortunatelynya, bawah surau tu ada tandas..aish..kenapalah kitaorang tak nampak tadi..punyanya kitaorang tawaf semua bangunan kat situ..huhu…melepak disurau, kami berehat melepaskn lelah dan solat jamak terus. Ingat nak jalan sampai kapal besar tersadai tue dan Kota A Famosa …tapi sebab keadaan tak mengizinkan, tak terpergilah kami ke situ..Cam ralat juga sebab rasa cam wajib je pergi situ kalau singgah Melaka.. huhu..takpe, tak de rezeki kan…emm..seingat kepala aku lah, last aku pergi Bandar Hilir ni pun masa sekolah rendah, rombongan sekolah untuk best student…haruslah aku pergi..hehe…
susur jalan nak ke kapal tersadai...huhu

another view yg awesome...

the five of us...snap by...adik photographer...
 Seterusnya, lepas semua orang ada energy untuk bergerak, kami pun bergerak untuk pulang ke KL..sempat singgah di Restoran Jejantas..untuk melantak KFC..hihi…

 Journey yang sangat penat tapi sangat-sangat best dan superb sebab adanya kami berlima….cukup korum. Kami berpisah dengan Dayah di Kajang, Miza di Putrajaya..dan aku, Izzah and Zati bergerak ke rumah Zati untuk planning hari esoknya pulak…Picnic @Sg Tekala…ni, aku sambung nanti.
snap by one of tourist guy...hehe..ni sapa the real tourist...

pelanduk yg comei...

***Fuhh..finally, our Melaka story habis juga…emm..mesti korang penat tunggukan. Nasiblah dapat tuan blog yang liat nak update story…hehe…

Saturday, March 17, 2012

~ New Year Celebration a.k.a Bachelor Party~ @ A Famosa Resort, Melaka PART II


breakfast coupon @Animal World Safari
 Esoknya, awal pagi kami bertolak ke Animal Safari untuk breakfast. Oh..breakfastnya percuma, sangat rugilah kalau kami tak pergi kan….

Sebelumnya, konon-konon nak pedajal Miza (sebab dia yang last bangun antara kami), kata kami semua dah mandi. Siap bagi signal kat semua..alih2…si dayah yang sedap landing kat sofa, terkejut dan terus terduduk…

“Hah..korang semua dah mandi…” lorrr….spoiler betul dayah ni…
posing dulu sebelum breakfast


Breakfast yang sangat banyak makanannya..tapi…emmm….tak berapa nak sedap. Provenya..tengoklah kat bawah ni yee..berapa portion yang kami tak mampu nak habiskan…hehe..sungguh tak bersyukur….sebenarnya, memasing dah kekenyangan…
huhu...tak habis doh!!!

bersiar-siar selepas breakfast
 Lepas breakfast, kami pusing-pusing sekitar park kat situ & kemudian kami balik villa semula dan…..yee…swimming pool menunggu kami. Sungguh tak sopan anak dara ni semua…
asal jumpa port menarik...

dalam train tersekat..
 Jam menghampiri pukul 12..sudah sampai masanya untuk kami check out..huhu..terasa berat hati nak mengangkat kaki meninggalkan ‘one night’ villa kami…tapi apakan daya, kami sudah mahu pulang….
sangat teruja dengan sakura tiruan nie...
Dan oleh sebab view sekitar A Famosa Resort ni sangatlah awesome. Mungkin sebab New Year Celebration…so, apalagi, kami pun sesamalah memposingkan diri…dah tak malu ngan orang lalu lalang…peduli apa kami, diorang bukan kenal pun…ngeeee….




belanda style...
 Sila jealous tengok kami berposing dengan sakura tiruan & kincir angin..ala2 Japan + Belanda style dah jadinya...
sila pilih huruf memasing...

3 ekor dolphin yg melambai kami..
 Perjalanan seterusnya, kami teruskan ke Bandar Hilir..destinasi wajib kalau ke Melaka kan...untuk cerita kat Bandar Hilir tu..tunggu next entry plak...hehe...sila bersabar..
gud bye a famosa resort
***huh..cam banyak je story yang aku nak kena cerita...nenantilah yee...kalau aku kerajinan...hihi...

Friday, March 09, 2012

~ New Year Celebration a.k.a Bachelor Party~ @ A Famosa Resort, Melaka.

pedulikan 3 si dara manis ni...LOT 1217 tu yg kena highlight...hehe
Alhamdulillah, last minute planning. Tapi atas komitmen my dearest bff Miza, Zati, Izzah & Dayah, smooth planning (walaupun tak berapa nak smooth sebab cadangnya nak bersukaria 3 hari tapi jadi 2 hari je….Miza kena kejalah plak)…& sweet celebration for sure..

Kami bertolak pada petang hari terakhir 2012, terus ke A Famosa Resort Melaka. Mulanya kami booking apartment
3 bilik dengan harga RM 400++. Tapi, alhamdulillah…oleh sebab vila ada kosong, diorang upgrade kan booking kami…waa….sangat teruja. Itu jugalah yang kami harap pun..
'our one night villa'
Dan sesampai je dalam vila….sangat marvelous ok. Yang paling membuatkan kami teruja, apalagi….swimming pool yang letaknya tepi vila dan tertutup,,,itu yang sangat-sangat penting…maklumlah kami ni anak dara lagi (pada hari kejadian….). Ok, nilah baru dinamakan party….yang sebenarnya bachelor party versi kami…haha…


view lg dekat....sila jealous...

Apalagi, tak tunggu lama…lepas kemas apa yang patut, kami pun sesamalah menerjunkan diri dalam swimming pool tu. Ala aci pandai berenang je sume..alih2 yang berenang pun Zati sorang je. Yang lain sekadar main-main air. Aku yang sememangnya agak gerun dengan air sekadar merendamkan diri…memang fail la kalau aku nak berenang. Nak tenggelamkan kepala pun aku tak boleh…entah rasa nak lemas semacam. Sudahnya kitaorang main ‘bola’ dalam air…biarlah hanya kami yang tahu ‘bola’ tu apa…haha…

our ayam BBQ....dijaga dgn baik oleh Pn dyh to be (ketika itu) sesambil bergayut dgn.......

our sosej yg tunggu untuk dingap...

our dinner....tonight...homemade tau..yang jajan tue abaikan...

oh puding kastard tertingal....zati, u r superb beb!!!
Malamnya, lepas penat berendam & bermain dalam swimming pool tu sesambil berchit-chat segala macam story sepanjang setahun kami tak jumpa…kami pun berBBQ tepi swimming pool…sambil makan..sambil tolong dayah menampal setem untuk wedding cardnya…sesambil tengok cerekarama…lupa sudah tajuknya…sesambil tengok Majalah Tiga yang pasal hubungan persahabatan Malaysia-Jepun tue…oh, tengah malam sudah…


taraaa..thats our swimming pool...



our kitchen....cantikkan..


master bedroom...mine & miza room...sebab belaka2 dh chop bilikkan..
 

our master bathroom....

our kitchen counter...

the five of us...swimming pool tu yang penting

tara...our handsome villa ...sila abaikan 4 dara tue..nyibuk jee...


*** Cerita yang seterusnya, aku sambung nanti…kalau rajin..hehe…
five pretty girl...1,3, & 6 is confirm...haila...botol air plak nak enterframe...

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...