Kitaorang bersiar-siar kat Taman Tasik Taiping ni just after pusing-pusing Zoo Taping (Klik Link for Zoo Taiping entry). Sebelum tu, sempat kami melantak laksa untuk minum petang session. Then, terus pusing-pusing lake garden sesambil meng’usha’ pengantin-pengantin baru buat sesi outdoor..so, sesapa area Taiping kalau nak buat outdoor photo session bolehlah buat kat sini. Sangat cantik ok…
|
with Miza..rasa cam nak terjun je dlm tasik nun |
Dan ada perkhidmatan cruise (err..tak tahu nama dia, tapi ala-ala bot yang besar tu la) dan bot itik (yang kena kayuh sendiri untuk dua orang). Emm..ikut plannya, macam nak naik bot itik itu, sebab dia sangat comel ok..tapi, memandangkan pada hari kejadian kami agak sopan dengan berbaju kurung..err..tak sesuai kut..So, kami bersiar-siar je la pusing lake garden tue…
|
nilah bot itk yang digembar gemburkan... |
|
huhu..aura jealous... |
Sampai separuh perjalanan, dah penat berjalan dan snap picture….sangat letih kut. Mula-mula ingat nak patah balik je…tapi, adalah sorang tu kan memberi idea untuk kitaorang pusing je lake garden tu sampai habis sebab rasa macam tak jauh. Dan sudahnya, sejam juga kami berjalan mengelilingi Lake Garden tu…korang boleh bayangkan lah kan jauh tak jauh nya kami berjalan. Tapi, sebab tu first time pergi, emm..alang-alang..habiskan je lah satu pusingan. Memang…dan memang..dan sesungguhnya sangat letih. Dengan berbaju kurung lagi….bermandi peluh la kitaorang.
|
jgn tengok dak berdua tue...tue tgk yg hujung tu...tulah antara pengantin yang buat outdoor... |
|
sila bandingkan saiz kami dengan pokok...haha |
|
MPT menara...biggest prove okay... |
Oleh sebab nak maghrib kat rumah sebab badan ala melekit...sangat tak selesa. Kami pun bergegas pulang...emm..journey yang sangat penat. Ber'exercise' di Taiping Lake Garden....
|
waaa..finally jumpa juga jalan pulang |
** Aku & Miza officially di jemput untuk 'mengacau' pengantin to be untuk outdoor photo shoot diorang...emm...superb idea!!! Plus dengan si talkative Zati....we'll see whether it's a very brilliant idea or not?
|
sekali lagi..jangan tengok dak berdua ni..word Taman Tasik Taiping tu yang penting |
No comments:
Post a Comment