Dayah’s Solemnization Day
Seperti yang termaktub dalam janji lisan, konon2 Izzati akan pick up around 7am lepas dia jemput Izzah yang travel dari Taiping untuk ke majlis akad nikah Dayah around 11am. Sudahnya, boleh plak dia lupa…melangut la aku tunggu dia kat rumah dengan siap berbaju kurung segala. Haih…sabar je la
aku dengan dia ni. Aku, tak de maknanya nak tanggal semula tudung…tunggu jelah sampai pukul 8 lebih sesambil surf internet.
aku dengan dia ni. Aku, tak de maknanya nak tanggal semula tudung…tunggu jelah sampai pukul 8 lebih sesambil surf internet.
Dalam 8 lebih, muncullah si budak bertuah dua orang tue,
siap bekalan breakfast lagi. Konon2 nak cool downkan aku la kan…tapi siyes beb,
your cekodok tu sedap…hehe… Seterusnya, kami ke putrajaya untuk pick up Miza
& her adik. Sesambil melayan sms Noni yang ingin turut serta. Dan
seterusnya, dari Petronas simpang Empat, kami bergerak dua kereta ke rumah
Dayah. Huh…tersesat sekejap sebab, kami hanya tahu satu jalan je ke rumah Dayah..Kalau
dah termasuk jalan lain, emm..confim-confirmlah sesat. Lagi pulak, si Zati nix
de maknanya nak guna GPS. Main ikut instinct sendiri je. Sudahnya,
berpusing-pusing jugaklah kami ni sekitar Bandar Kajang…huhu..
us...with 'Ms Dayah |
Finally, atas instinct Miss Driver yang memang cekap bab
jalanraya ni (we salute u gurl!!!), alhamdulillah, selamat kami tiba ke
destinasi. Ketibaan kami disambut baik family Dayah…memang mesra alam sungguh.
Siap perli bila kami angkat hadiah… “Kalau tau tadi, kami hantar troli….’. Dan
seperti biasa, Izzati yang sangat mesra alam juga membalas.. ‘Tak pe…saja nak tunjuk
berat nie…’ ~ erk….betul ke susunan ayat tue…hehe…lupa nak rekod….
Terus kami naik ke bilik pengantin…pengantin tengah wat
photoshoot sebelum tukar status. Lepas puas bergambar segala, rombongan dari
Kedah sampai…untuk sesi seterusnya. Konon2 nak join sekali la kan…alih2 kena ‘halau’
dengan auntie Dayah, sebab tak cukup space untuk family & rombongan…huhu…At
last, semua anak2 dara yang terlibat terus menapak naik atas semula.
that our gift...haruslah kena bawa troli...hehe |
Sesi akad nikah bermula, kitaorang yang kat atas semua sok
sek2…agaknya, terkuat kut, sekali lagi..kami di warning oleh ‘auntie’
Dayah…habislah Dayah, ‘auntie’ you yang sorang tu dah di ‘aim’ dengan
kami….Last2 sebab kami nak juga dengar butir bicara sesi akad nikah tue, semua
siap chop anak tangga masing-masing. Siap concentrate ni dengar, walaupun tak
dengar mana pun..tau2 je dah selesai akad bila si pengantin lelaki selesai
melafaz akad nikah dengan sempoinya….seriously your husband sangat2 sempoi
weii… terkekeh2 kami gelak tengok korang….hehe…
alhamdulillah..selesai sudah.. |
our dayah officially be mrs MKA |
Pastu, makan time…makanan dia sangat sedap dan variety.
Kenyang kami melantak..hehe…lepas bergambar dengan pengantin, kami pun mula
bergerak ke hotel yang siap di book oleh pengantin untuk kami…macam jauh je
kami ni duduk..hehe…
us...with Pn Dayah..aka Mrs MKA |
our one night hotel |
Hotel KK HomeDeco, Kajang ….Checked!!! Interior dia sangat2 awesome..English
style. Teruja kut kami tengok…sangat-sangat cantik design kat lobi dia. Then,
bilik dia pun, emm…walaupun sikit kecik untuk kami berempat, tapi still awesome
dan selesa….memang santai lah…okaylah as our ‘one night’ hotel…
Lepas rehat & solat, kami teruskan misi kami…oleh sebab
kenduri Dayah, modern style…so, tak de pe pun kerja yang kami perlu tolong.
Sudahnya, oleh sebab ada 3 orang pengantin to be dalam rombongan kali ni,
memasing kira setuju untuk ‘menyopingkan’ diri di Nilai….destinasi wajib untuk
bakal pengantin. Dalam pada aku yang tak termasuk dalam list ‘pengantin to be’ pun
siap memborong sanggul langsir untuk kakak aku…sempat lagi tue dia meng’instuct’
adik dia yang baik ni. Mentang2lah tengah pantang…
towel tu yg berjaya menambat hati kami..sweet kan |
Selesai shopping, konon2 nak makan kat restoran yang spesis
jual ayam penyet tue…tapi baru nak buka dohh….nak order pun, lambat pulak
siapnya. Sudahnya, Miss Driver membawa kami ke tempat makan wajibnya di
Bangi…apatah nama restoran tue, tapi makanan dia sangat sedap…berbaloilah untuk
harga RM 60++ untuk kami berenam makan…~ nasi putih, siakap 3 rasa, kailan ikan
masin, tomyam…waaa…perut tetiba lapar la plak…(oh lupa plak nak snap pic kat
sini…huhu..keletihan sudah)
Dinner…checked!!! Time to balik ke one night hotel
kami…berpisah dengan Noni, sebab dia tak leh join hari esoknya sebab ada ‘hal’
yang perlu diuruskan…hehe…
Oh ya!!! Our bed time stories…lepas siap berpillow talk
tentang ‘cerita’ masing-masing, boleh plak, aku jadi tukang karut untuk Merlin
drama…memang jadi bed time story la, sampai lena Zati & Izzah
tidur…hehe…Miza, as usual, dah hanyut entah ke mana…
before going to dayah resepsi...dekat lobi hotel.. |
*Haih..cam panjang plak entry kali ni..ingat nak compile
sekali dengan resepsi…huhu..so as usual, sila bersabar untuk entry
seterusnya…khususnya untuk ‘mummy to be’ tue…sila tengok pic kat atas tu sebagai hadiah sebab korang sabar untuk tunggu entry seterusnya..ngeeee....
No comments:
Post a Comment