Innalillahiwainnailaihi raji’un…..pemergian arwah disebabkan
kemalangan ketika arwah dalam perjalanan ke sekolah di awal pagi. Arwah
merupakan salah seorang ex-schoolmate kami ketika sama-sama belajar di SMKA
TAHAP lewat 1998-2002. Kalau diikutkan, rasanya tak pernah satu kelas dengan
beliau. Tapi, oleh sebab batch kami masa Tingkatan Lima hanya 98 orang, kira
ukhuwah kami sesama batch memang agak rapat sehingga ke hari ini.
ahli rombongan (tidak termasuk Naim & isteri) |
Lalu, atas inisiatif bersama, dengan cadangan daripada
Saudara Syed Faiz, disokong penuh oleh Dayana. Sesi pengutipan sumbangan
bermula yang dikelola penuh oleh Dayana, dibantu oleh Aina. Dan untuk sesi
penyerahan sumbangan, oleh sebab atas amanah semua, kami rasa agak tidak molek
jika didepositkan sahaja ke dalam akaun bank, lalu, persetujuan di buat sesama
kami untuk menziarahi keluarga arwah pada tanggal 06 Mei 2012.
Perjalanan kami bermula seawal 8 pagi dari Kajang. Sempat
singgah makan Murtabak Singapore
di…..oh, lupa sudah tempatnya. Selesai sarapan, kemi bertolak pergi, menyusuri
highway KL-Seremban. Sesampainya kami di RNR Seremban, bertemu dengan Naim
& Isteri, Fiza yang ketika itu sudah berbadan dua plus Abid. Perjalanan
kami teruskan ke destinasi. Walaupun sesat sebab tersalah masuk lorong
(emm..ada miscommunication di situ..), kami tiba jua di rumah keluarga isteri
Arwah, Farah. Kedatangan kami di sambut mesra beliau. Sempat dijamu bihun
goreng dan kek…Perbualan kami awalnya hanya berkisar cerita-cerita biasa
perihal beliau, sehinggalah Farah mula membuka cerita disebalik kehilangan
arwah. Sedihnya, mereka bakal menimang cahaya mata beberapa bulan lagi dan baru
sahaja berpindah rumah (ni masa hari kejadian …sekarang ni dah delivered pun
baby tue…)
Kemalangan yang berlaku yang sewajibnya adalah takdir Allah,
cuma berpunca dari kereta Arwah ingin mengelak dari terlanggar kenderaan lain
ketika di persimpangan lampu isyarat, sehingga menyebabkan kereta yang dipandu
tersasar ke tepi jalan yang sedikit berpasir, berpusing dan melanggar pokok. Arwah
sudah meninggal dunia ketika ditempat kejadian. Rasanya, begitulah kronologi
cerita sepanjang ingatan aku….(klu salah, minta rakan-rakan betulkan ye..)
Kemudian, kami sempat menziarahi kubur arwah yang masih
merah. Hanya terpacak kayu sebagai penanda. Alhamdulillah, sempat juga kami
hadiahkan bacaan Yasin & doa. Moga-moga doa kami diterima, dan roh beliau
di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mulia
di sisi Allah. Insyaallah. Walau Farah nampak tabah, sedikit sebanyak, kami
dapat lihat kesedihan beliau. Kelopak matanya berair dan sedikit merah kesan
air mata. Sebak didada mula terasa. Masih terbayang-bayang wajah arwah yang
kali terakhirnya aku jumpa dua tahun lepas di Mid Valley, sekadar lepak sesama
Imtiaz. Sempat kena lepuk dengan buku kat MPH
sebab aku tergelakkan dia..masa dia elaborate pasal buku apa tah kat Naim….
*smile*.Terimbau juga kenangan pada akhir tahun 2002, bilamana ayah Arwah
menghadap Ilahi, ketika kami sama-sama
struggle menghadapi SPM. Masih terngiyang alunan Yasin yang diketuai beliau
ketika itu. Masih terimbau panggilan telefon yang aku terima dari beliau,
sekadar memberitahu ketidakhadiran beliau ke Gathering Port Dickson kami
esoknya, kerana mendapat jemputan ceramah tiba-tiba. Beberapa kali dia memohon
maaf kerana pembatalan last minute tersebut. Segalanya hanya tinggal kenangan
walaupun mungkin hanya secebis cuma.
Kami berpisah di halaman rumah Farah. Sempat kami berikan
sumbangan, sebagai amanat dari semua sahabat Imtiaz yang mengenali arwah
suaminya. Walaupun, mungkin kita semua rindu dengan hasil tulisan-tulisan
status beliau di FB, namun tidak pantas untuk disamakan dengan perasaan Farah.
Hanya doa yang mampu dikirimkan. Bak
kata Farah, walaumacammanapun, dia kena tabah. Sebab anak yang bakal dilahirkan
amat memerlukan dia. Moga Allah permudahkan segalanya. Aminn….
cendol yg manis |
Perjalanan diteruskan, Naim dan Isteri menuju ke destinasi
mereka. Kami, Dayana, Aina, Najwa & Abid meneruskan perjalanan pulang.
Sempat melantak Cendol, ditaja oleh Abid & Dayana. Kami berpisah dengan
Abid di Petronas, sebelum kami pulang ke rumah Dayana. Melepakkan diri sekejap
sesambil menyedut Running Man dari Aina…sempat OK sampai hang lappy Dayana yang
dah nak fly ke UK ..\0/
\0/
Selepas Asar, baru kami pulang dengan pengharapan untuk
berjumpa semula pada awal bulan 7 untuk Dark Cave Date yang sudah bertukar
menjadi Chicken Run Date..will be my next entry…Ntah bila pulak la nak update
nye kan ….
*** Alhamdulillah, mission accomplished!!!! Takziah buat
keluarga Mohd Shahrizan Suni . Al-Fatihah…….
Till the next entry….anyeong!!!!!