Sunday, October 30, 2011

Karipap-karipap cinta

Ok, aku memang ketinggalan train. Tapi, tak kira nak cerita juga. Oh, ni bukan pasal filem tu, sebab atas alasan-alasan tertentu, aku agak kecewa dengan filem tu. Tu sebab aku tak tengok pun. Tak boleh story lebih-lebih, kang blog aku kena ban dengan orang tu…hehe…

Ni nak cerita pasal novel version..written by Nazri M Annuar. Baru habis baca. Haha..punyalah, En Naim promote novel ni dari tahun lepas. Baru sekarang aku sempat & berjaya habiskan. Oh ni bukan dari my collection, ni pinjam version, my dearest roommate, Cik Linda Kawai. Aku pujuk dia beli sebab aku dah beli buku JS…hehe..

Emmm…aku setuju dengan apa yang En Naim bitau sebelum ni. Jalan cerita yang best, sempoi, kelakar dan tak bosanlah untuk aku menghabiskan 252 ms novel tu. Macam sayang kan, novel yang best macam ni diadaptasi ke filem tapi filem pulak tak box office. Oh tak leh komen lebih sebab aku pun tak tengok pun lagi filemnya. Cuma tak tahulah, sebab sekarang aku tak teruja pun nak tengok filem dia. Honestly, aku tak suka pelakonnya. Then, watak Sarah, lepasan Mesir, tapi just pakai selendang..emmm???? Bagi aku, tak kisah pun nak pakai selendang, tapi, biarlah dengan cara yang betul & menepati citarasa aurat yang sebenar.

Dan mulanya, aku tak faham kenapa cover dia ada ninja segala bagai. Bila baca sampai habis, barulah faham & truly, idea yang comel ok. If nak baca novel yang tak complicated or konflik yang berjela-jela & sempoi, silalah baca novel ni. sebab aku pun tak suka novel yang konflik berjela-jela, pastu asyik nak salah faham je. Bagi aku novel ni can judge by its cover...

Monday, October 24, 2011

Cik handphone masuk hospital..

A few weeks ago, en kamera admit hospital. Dan Alhamdulillah dah discharge dengan harga RM 180.00. Dan sekarang, my handpone plak mengalami masalah. Entah apalah yang tak betul. Tetiba je, tak boleh nak hantar message & baca receiving message. Buka je inbox, kosong je. Pastu tulis ‘message corrupted’. Haih..sabar jelah dengan Sony Ericson ni.

Dan tnya en google katanya, kena update software lah. Kena anta servis la..and so on lah. Sudahnya, aku try la hantar kat klinik bawah ofis aku ni dengan harapan konon-kononnya cepat siap & senang aku nak collect balik. Almaklum, aku ni ada satu handphone je. Klu yang satu ni pi anta servis, aduhai….faham-faham je la kan. Dah terbiasa ada handphone, tetiba tak de, macam tak lengkap hidup. Emm, nasib baiklah aku ni tak de orang yang nak hubungi 24/7. Cuma risau klu tetiba ada emergency je... Masuk hari ni dah seminggu handphone aku admit. Tak tahulah kenapa lama sangat-sangat. Bila tanya, katanya, nanti saya call…masalahnya, nanti saya call tu jawapan minggu lepas. Kalau dah sampai seminggu masih tak call, pe cite kan…bila tanya, kenapa lama sangat? Katanya, bukan handphone aku je. Banyak lagi handphone lain. Yee…aku faham. Tapi, kalau dah seminggu tak siap-siap, memang sangat pelik la kan. Pastu, quotation harga pun tak bagi-bagi. Ok, servis dia sangat-sangat tak bagus.

So, learn from this terrible experience, this is the first & last time aku hantar servis kat kedai tu. Some more, malas sudah aku beli handphone Sony Ericson ni, tak sampai setahun guna dah problem. Tengah mengusha handphone Nokia semula. At least, Nokia aku sebelum ni, hampir 3 tahun guna, baru dia rosak…tapi, nak beli handphone baru kena pakai duit lagi. Tambah nak raya haji + sony ericson aku yang masih kat kedai nun + nak pergi kenduri Aisyah 20hb ni + kenduri cik M yang nak tunang hujung bulan...oh, baru je gaji, aku rasa cam dah jatuh miskin... tapi, kalau tak siap-siap juga handphone tu dalam minggu ni, memang aku kena beli handphone baru lah jawabnye...waaa... sila salahkan tukang kedai yang tak mesra pelanggan tu yeee...dan sangat menyesal aku hantar pi servis kedai dia.. sila masukkan list beli handphone baru dalam bajet bulanan anda....haih...

Sunday, October 23, 2011

Please respect others…

Pepatah kata, masuk kandang kambing mengembik. Masuk kandang kerbau menguak..

You not even a Malaysian. But we did respect you. Cause, we are all human. Need to be respect and have to be respectful. And you already break the human rule. Sesedap rasa ‘menyentot’ (bahasa formalnya ~ memotong barisan) sedang orang lain sedang beratur. Tak kisahlah kan kalau barisan tu panjang ke tak. Tapi, kalau dah nampak orang lain boleh beratur, silalah beratur ye pak cik.

You not even a handicap person. Not even pregnant. Not even hold a baby. Where is your manner? Tak rasa malu ke? And salah timing la pak cik kalau tetiba nak menyentot depan aku. Dan dengan selamba mengajak kawan sekali. Pastu buat muka tak bersalah depan aku. Orang kata; Don’t judge a book by its cover, ingat aku nampak sopan, aku akan buat selamba je ke. Oh tidak!!!

Haa.. kan dah kena dengan aku. Maaflah yee…eh? Perluke aku minta maaf. Not even my fault. But surely, this kind of person needs to learn something. Please respect others before you want to be respect. And please, mentang-mentanglah your language tak difahami, boleh pulak buat bas tu macam kepunyaan ayahanda. Orang kata; cakap siang pandang-pandang. Silalah pandang sekeliling anda, bukan semuanya sama spesis dengan anda yee…tak perlula kut kalau nak bersembang tu guna loud speaker. Haiyak!!!

* Memang tak dinafikan, kebanjiran warga asing kat bumi Malaysia ni sangat impress. Maklumlah, Negara kita sangat-sangat bermurah hati kan. Walaupun banyak con’s dr pro’s nya. Apapun, we are all human. We believe, rezeki Allah ada di mana-mana. Walaupun, aku tak berasa suka dengan situasi ni, as long as they respect us. I’m totally okay. Aku baik je dengan kakak cleaner ofis ni, and also one kakak yang kerja kat cafĂ© bawah ofis aku. Kami boleh gurau-gurau and say hi each other kalau terserempak. But surely, I can’t tolerate with those yang langsung tak hormat kita sebagai warganegara Malaysia.

She is a maid…

This is a story…about a maid.

One lady hire a maid from negara jiran, comes from rural area. Once arriving in Malaysia, katanya, first time naik escalator..dan impiannya, nak pergi KLCC sebab menurut kata org, dari KLCC kita boleh tengok the whole world…betul ye? Oh, saya pun tak pernah naik ke puncak. Setakat jalan-jalan kat KLCC sesambil lepak kat taman, solat di Masjid Assyakirin, membeli belah kat Kinokuniya (tu jelah tempat yang logic untuk shopping pun…) dan makan2 kat fastfood sekitarnya, pernah la..

And this terrible story began…ada la satu hari, katanya nak makan mee segera (Mee Sedap yang sangat popular di negaranya). Katanya lagi, ramai yang cakap mee tu memang sedap. This lady ingatkan, dia memang pernah makan. So, kebetulan memang ada stok kat rumahnya. Ditinggalkanlah dia memasak seorang diri di dapur. Entah macam mana, tergerak hati lady tu pergi jenguk dapurnya. Dia pelik sebab nampak macam ada benda terapung dalam periuk tu..you guest wat? Rencah-rencah yang masih elok berbungkus. Rupa-rupanya, dia dah campak semua dalam periuk, termasuklah dengan rencah-rencah yang masih dibalut plastik…haiya!!!! nasib baik dibuka plastik mee tu dulu. Rasa macam nak gelak, tapi macam tak patut…kesian, tu yang pasti. Ada rupanya lagi manusia yang macam ni. I just can’t imagine how she can be a maid, in the same time, know nothing…she can’t even cook instant mee..Surely, her majikan need to teach her every single thing. But for how long?...if she is a fast learner, that quite okay. If not?... If she really need to work, surely, she have to learn. Though, language can be the biggest barrier here…its doesn’t matter, as long as she want to learn & work.

After all, life is a learning process… even me, first time naik escalator pun, terkujat juga. Sampai sanggup naik tangga..& sampai sekarang pun, masih berhati-hati memijak tangga escalator. Cuma, kepala ni masih terfikir-fikir…macammana dia boleh nak masak mee segera dengan memasukkan rencah dengan plasticnya sekali…sangat tak logic okay. Tapi, sumber cerita ni dari sumber yang premier bukan sekunder yeee… and from that, we know, bagi diorg, mee segera tu one of the luxury things yang ada diantara diorang yang duduk rural area tak pernah makan pun. Bagi diorang cukup sekadar nasi atau roti plus sayur. Lauk macam ayam dan daging sangat-sangat jarang. And i remember, our cleaner said, hidup kat sana memang sangat-sangat susah. but, i can't imagine sesusah mana diorang. susah-susah kita kat sini, kita makan mee segera jee..emmm.

Friday, October 14, 2011

En Kamera saya sudah sihat...

Minggu lepas kepala pusing sebab en kamera saya sakit tenat..Puas Pn Aisyah to be tolong mensurvey kat mana boleh baiki.. hehe,...thanks Aisyah, walaupun tak berjaya. Appreciate your help. Sudahnya, aku try tanya en Google. So, disitulah titik pertemuan dengan CamCare....hehe..

aku try & error je fill up inquiry. then, tak lama lepas tu, they reply tru email. siap bagi quotation and solution. Oleh sebab, diorang pun provide despatch untuk collect without transportation charges, worth it la kan..dengan aku pun malas gak nak pi Sri Petaling nun, dengan tah bila la plak kalau aku nak menapak ke sana kan. Jauh ok..ni definisi bagi aku yang tak ada transport.

Aku isi inquiry petang ahad. Dia reply malamnya. Pastu, lepas dapat jawapan dari Aisyah lepas episod survey berakhir, aku pun setuju dengan servis dia hari Isnin malam. Hari Selasa dia call untuk confim collect & set time. Hari Rabu despatch dia dtg collect. Hari Jumaat..tada..my kamera sihat sudah.

Alhamdulillah...LCD en Kamera saya yang cedera. So utk repair & tukar spare part, total RM 180..huhu..melayang sudah duit gaji bulan lepas. Cadangnya nak shopping kat Ekspo Buku Islam KL Sentral hujung bulan ni...spoil sudah. JUsco pun tengah sale sekarang. Nampaknya, semua niat untuk shopping terbantut. Tak pelah, demi my dearest en Kamera. Kalau tak de dia, susah plak nanti. Dah lah nak raya haji. Tambah plak, banyak pulak invitation kahwin rakan-rakan sebaya ni especially Pn Aisyah to be...

Ok done...nak pi tengok Tahajjud Cinta last episod....hehe...oleh sebab aku tahap benci dengan watak Ustaz Shauki tu, aku tengok Tahajjud Cinta ni pun, episod 1 & last je..haha

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...