|
ni lah ketam lembut masak pedas...sedapppp!!! |
Alang-alang pergi kenduri di Taiping bulan lepas, Izzah dah mengemukakan cadangan untuk makan ketam lembut yang sangat popular di Kuala Gula. Sebenarnya, pernah je beberapa kali pergi ke sana, sebab kalau balik kampung di Bagan Serai tentu akan singgah kat rumah arwah tuk sedara di Kuala Gula. Tapi, tak tahulah plak kat situ ada restoran yang glamor dengan ketam lembutnya. emmm...Thanks Izzah mencadangkan tempat makan yang best.
Perjalanan dari rumah Miza ke destinasi ambil masa dalam 1/2 jam jugalah. dan perjalanan kami ditemani deretan pokok kelapa sawit disepanjang jalan. view yang sangat cantik walaupun tak pelik mana pun sebab aku membesar pun dengan pokok kelapa sawit gak sambil ditemani oleh Izzah sebagai driver yang berjaya dan kawannya Umi.
Destinasi yang dituju sampai akhirnya, guess what?? Restoran terapung...sangat-sangat teruja. tapi, jaga-jagalah klu tetiba bot lalu..mau rasa nak melayang je. Kami order nasi putih, ketam lembut masak pedas, kailan ikan masin dan tomyam. harga? tak tahulah sebab Izzah yang belanja...hehe...emm, sedap2. tapi ikut kata Izzah, klu masak goreng tepung lagi sedap...
|
menu hari itu...tomyam, kailan ikan masin, & ketam lembut |
|
boleh juga kalau nak bersiar2 dgn bot |
|
kat bawah ni sangkar2 ternakan laut |
|
ni info kalau terasa nak ke sana |
|
view dari restoran..tu chalet kuala gula |
|
ni lah namanya kuala |
|
Kuala Gula Resort..klu nak cari tempat menginap la |
then, kami bersiar-siar di sekitar Kuala Gula. Sempat menapak di Kuala Gula Resort sekejap yang betul-betul berada di tepi kuala sebelum bertolak pulang sebab hari dah menginjak ke senja....
emm..journey yang sangat best. Thanks a lot Izzah yang setia jadi driver & sediakan tempat menginap. Miza gak sudi jadi peneman & penginapan juga..hehe...
**Story kat Bukit Merah Laketown resort, nenantilah, kalau aku rasa rajin, aku sambung...(^_-)**
2 comments:
huhuhu..t'liur kari sembilang la...nak pegi jugak la....:)
hehe...sila pergi!!!! confirm puas hati...*0*
Post a Comment