Wednesday, May 04, 2011

[Dia dalam ramai…]

Emm…sedar tak sedar, barulah aku sedar aku dah lama tak admire someone…huhu..tulah sebab jodoh aku lambat agaknya. Dulu masa uni, boleh jugaklah aku nak admire sesapa, sebab byk berinteraksi ngan diorg..tapi, skang, oleh sebab keje aku pun duk ngadap PC..plus dalam ofis ni pun bape kerat je staff..dengan sikap aku yang macam stay dalam dunia aku je tak hirau masyarakat keliling…tu lah agaknya sebab jodoh aku amatlah berat. Tapi, aku takdelah desperate sangat…tu pun sbb ada je lagi kwan2 sebaya yang sama spesis ngan aku, so, aku xdelah risau sangat…tapi, bila fikir2 cam best je dunia klu ada org utk aku admire…hehe…

Oh aku terasa nak buat entry ni sebab tengah baca sisipan cerita Syud dalam Tinta,‘Dia Dalam Ramai..’..cam cute je cerita ni. Dan sesungguhnya, cerita dia cam ada kaitan dengan aku…haha…lebih kuranglah, sebab aku sekarang dah ada seorang suspect utk di’admire’…sama kes cam cerita tu, terserempak dalam lif…first time (date & time memanglah aku xingat), hari jumaat, aku kebetulan terpandang muka dia…aku perati lebih sebab mamat ni pakai sepasang baju melayu hijau siap bersampin macam nak pi nikah je…bila terpandang muka dia..eh…macam kenal…muka dia sebiji macam ex-schoolmate aku…bila mata kami bertemu..(cheh…ayat novel)…ingat aku nak senyumlah sebab memang aku ingatkan ex-schoolmate aku…tapi, dia boleh buat do no..macam xkenal…so, aku buat kesimpulan sendiri…bukanlah kut. Aku kira glamor apa kat sekolah dulu…haha…

Nak dijadikan cerita…beberapa kali jugaklah aku terserempak ngan mamat ni dalam lif and around the corner…tapi, lupa pulak aku nak usha dia keje tingkat bape…sebab selalunya dia akan segerombolan dgn kwan2 dia (tapi aku bolh agak dia keje kat mana..klu dah segerombolan tu…company pe lagi, dan aku bolh je pi usha kat signboard guideline kat lobi tu…)..so, klu tetiba diaorg msuk lif, aku pun mencicit trus pencilkan diri…& buat muka macam tak hirau orang,..seperti biasa, dan masa tu tak teruja pun nak pi usha diorg ni dari tingkat bape…tapi, bila fikir2…betullah, dia antara lelaki yang aku selalu trserempak & aku perasan wujudnya dia…sebab selalu aku tak endah pun sape yang lalu lalang tepi aku..huhu..(so klu rasa kenal aku, betterla korg tegur aku dulu, sebab sesunguhnya memanglah aku tak ambil peduli sape yg berselisih ngan aku)

Oh..sume cite tu dah jadi history, sebab sejak akhir2 ni, aku dah tak terserempak dah dengan mamat lif ni…ntah2, dah tukar keje kut dia…huhu..cam dalam cite Syud tu, diorg dah tak terserempak sebab Sufiy tukar keje…& seperti biasa, cite klise novel, klu dah jodoh tak ke mana, rupanya diorg berjiran kat kampung….


Emm…aku sekarang rajin mengarut sebab kepala aku tengah tak berapa nak centre…banyak plak keja akhir2 bulan ni…huh…tak pelah, at least, aku bolh terfikir kat someone yang aku cuba nak admire ni…haha…memang best admire orang ni, dah lama tak buat keje giler cam nie…tapi, mungkin dah tak segiler dulu la…sebab skang aku lebih suka berpijak di bumi nyata…ok, aku nak sambung keja….chill!!!!

No comments:

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...