Wednesday, November 30, 2011

Pudu Sentral ~ impressive.

First time jejak Pudu Sentral. Dah gaya jakun semacam. Sangat-sangat impressive dengan perubahan yang berlaku. Seriously, memang dah gaya cam airport. Terima kasihlah kepada semua yang terlibat menaik taraf Puduraya tu. Dahlah jejak situ sorang-sorang, macam lost jugaklah. Nasib baiklah dah tanya orang awal-awal, kira walaupun tak terbayang macam mana perubahannya, kira still boleh ditimbang lagilah. Takde lah lost mana pun sebab tiket dah ada orang tolong beli awal-awal lagi (walaupun tak puas hati dengan timingnya,…huhu..). So, masuk je Pudu Sentral terus cari arrival info. Dah jupe, terus cari info bas yang berkenaan. Siap aku triple confim lagi, yelah, takut tersilap. Then, terus aku menapak ke Platform yang tertera. Oleh sebab memang first time jejak Pudu Sentral lepas dinaiktaraf, aku memang bertolak awal giler dari rumah. Bas pukul 6.30pm, pukul 5.00 dah keluar rumah. Sudahnya, ½ jam lebih jugaklah aku menapak sorang-sorang kat Pudu Sentral yang sudah cantik tu. Yelah, selalu aku balik kampung, pergi Pekeliling je. Ni bila tetiba kena pi Pudu Sentral, cuak jugalah.

Here some photo aku grab dr Mr.Google. Takde lah pula aku nak snap the new view of Pudu Sentral tu sebab ala segan jugalah. Melihat perubahan yang berlaku kat Pudu Sentral ni, seharusnya rakyat Malaysia memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama untuk ke mana-mana. Dan harapnya, jangan sekadar indah khabar dari rupa, cantik diluar, biar cantik juga didalamnya aka servis & perkhidmatannya. Proud to view the new picture of Pudu Sentral . ~.

Saturday, November 26, 2011

Let's be friends

Article by Nuraina Samad, NST (Today, 26/11/2011;pg 24); Despite the hostility, we still shop in Bandung .This article is absolutely true. up until now, i still searching all the things about what exactly the reason why Indonesians really hate Malaysian. After all this things, is all about history.

But, the truth is 'kita kan serumpun'. Let's be friends. Just like writer last message 'We hope there are more of you than the Hikmats in Indonesia'. Talking about maids, my boss herself have terrible experience with her Indonesian maid, who run away last years with all her valuable things like money, laptop and handphone.Just to be fortune, she not take away her baby.

**After all this phenomena happen...maybe i'm not into Indonesia anymore like their song or drama. and maybe can strike off Bandung or Bali for my future visit. Im not hate them not even want to take revenge, but im really sad coz they treat us like that, not all of them for sure, but like pepatah said...Kerana Nila setitik, rosak susu sebelanga...'

Wednesday, November 23, 2011

Di hari persandinganmu....

Haha..giler sadis title. saja je..tak de touching apapun. tapi...sikitlah, sebab my housemate yang kawin. huhu...kang kena cari housemate lain plak. 2 org sekaligus plak tu..

Lokasi: Assam Kumbang, Taiping.
Tarikh: 20/11/2011 (so maafla ye pada yang jemput minggu itu.Housemate perlu diutamakan lagi kut. And reminder lagi, kalau korang buat wedding hari Sabtu yang tidak jatuh pada hari public holiday, agak mustahil untuk aku pergi, so klu rasa kedatangan aku ni penting...hehe..silalah buat wedding hari Ahad or public holiday yeee..)

Wedding of the day: Aisyah & Along
Orang cakap, picture story everything. so, tengok jelah pic di bawah ni yee.
this picture taken by pengantin lelaki...
with Along and his husband
with Aisyah & her husband

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!!!

Waa..hari ini sangat excited walaupun kepala masih pening sebab tak cukup tido. Ciss..ingat rumor cuti itu betullah..huhu..dan sebaik jejak KL, terus mencari paper hari ini.Fokus utama hari ini...HARIMAU MUDA. Mulanya macam was-was dengan diorang sebab sekadar seri dengan Singapore masa perlawanan pertama. Tapi, ternyata diorang memang hebat dalam definisi tersendiri. Mulanya macam tak puas hati masa diorang lawan Cambodia walaupun menang 4-1. Tapi, sangat impress masa tengok diorang lawan Indonesia masa penentuan juara kumpulan walaupun sangat2 tidak puas hati dengan pemain Indonesia yang sangat2 agresif. Masa HM lawan Myanmar, tak dapat tengok, sebab sudah on de way ke Taiping. Hanya dapat berita kemenangan diorang melalui my little bro & baca paper esoknya. Sempatlah tengok recap melalui TV3 kat rumah Cik Miza sebelum Final. Dan untuk final, masih sempat menonton 120 minit prlawanan w/pun tak sepenuhnya sbb sempat pusing-pusing LakeTown melihat keindahan lampu waktu malam sebelum pulang ke KL.

Sampai je di rumah Miza, dah masuk separuh masa yang kedua. Masih sempat menonton sesambil packing baju. Sangat teruja tengok walaupun sangat2 kesian dengan pemain HM yang asyik dijatuhkan lawan terutama sekali my new bias, Captain Badrol Bakhtiar. Nampak sudah mereka sangat keletihan terutama pada 15 min terakhir masa tambahan (so, sangat tidak relevan mereka meminta melakukan doping test tersebut)

Oleh sebab mengejar waktu keretapi 11.59mlm, tak sempat pulak nak menyaksikan tendangan Captain yang memastikan Malaysia berjaya mempertahankan Pingat Emas. Hanya dengar ulasan dari radio macammana tendangan tragis itu berlaku. (for sure will download after this).Dan ‘sms’ dari adik Miza yang men’confimkan M’sia menang. Dan sesampai je di stesen keretapi, sempat melihat aksi mereka sebelum pingat emas dikalungkan. Alhamdulillah, doa semua rakyat M’sia termakbul walau tak terkira rintangan yang mereka hadapi disana sebaik menjejak kaki di bumi Indonesia hingga saat terakhir kemenangan termaktup.

Apapun keputusannya, the truth is we proud of u ‘Harimau Muda’. Semangat juang mereka berjaya membuatkan ramai rakyat M’sia masih berjaga mengiringi perjuangan mereka walaupun malam sudah menginjak ke pagi. Harapnya, semangat ini berterusan kerana perjuangan mereka masih belum berakhir. Dan kita yang tidak bersama-sama mereka di padang janganlah pula mencaci maki mereka bila kemenangan tidak berpihak kepada mereka. Sokonglah mereka seadanya, biar kalah atau menang. Itu semangatnya. Dan Indonesia, shame on you. Walau apapun alasan anda untuk membenci Malaysia dengan menzahirkan dengan perbuatan anda terhadap rakyat dan atlit kami di bumi anda sendiri, itu bukan caranya. Sukan Sea bukan medan untuk anda berbuat demikian. Seharusnya cuba difikiri, kalau kami di sini, melakukan seperti mana apa yang anda lakukan terhadap rakyat anda yang membanjiri Negara kami disini….nyatanya, kami tidak seperti anda coz the reality is, we are ‘Malaysian’.

**Tahniah juga kepada kontijen M’sia yang berjaya meraih 59 pingat emas di Sukan Sea.

Thursday, November 17, 2011

A week with Batuk

Satu minggu sudah. Baru tergerak hati nak pergi klinik. Walaupun agak takut sebenarnya. Emmm..dah lama tak jejak klinik. Konon-konon nak try pergi klinik kerajaan. Sebab dekat dengan office. Sudahnya…. Doktor tak check pun. Takat tanya symptom-simptom dan sakit apa sudah. Not even touch or check anything. Padahal, aku suffer sungguh dengan batuk ni. Lagi-lagi waktu malam. Tak boleh nak tido. Lepas tanya everything, terus dia suruh ambil ubat. Adalah dia bagi ubat batuk, selsema, demam & kahak. Lorrr….

Takpelah, sekarang pun aku guna cara tradisional je. Minum air sebanyak yang mungkin, walaupun tak larat nak berulang alik ke tandas. Makan madu (my new colleagues bgi ~ say sorry sbb byk nyusahkan aku agaknya…hehe) + air suam. & kismis juga (beli kat pasar malam). Dah 4 hari tak sentuh nasi. Sebab tak boleh nak telan & tak de selera. Makan pun semua yang berkaitan dengan sup & roti je (nasib baik home secret kat bawah ni provide macam2 sup, siap delivery lagi) + buahan yakni pisang & limau (pasar malam juga). Tak makan benda yang bergoreng sebab tekak gatal semacam (waaa..baru terasa nikmat makan sudah hilang…) Kalau batuk ni berterusan lagi, pergi klinik swasta sudah….Allah Bless. Moga saya cepat sembuh.

Monday, November 14, 2011

Mereka sudah bertunang

Sudah musim agaknya…dan jodoh mereka tentunya.

Nak kata aku tak jealous…bohong!
Nak kata aku tak rasa apa-apa…bohong!
Nak kata aku gembira…50-50…yee aku gembira, finally mereka sudah jumpa jodoh mereka. Tapi, bila sampai masanya, mereka tentu akan berkahwin. Dan selepas itu, semua tidak seperti sekarang lagi… Nak kata aku sedih…tak juga!
Nak kata aku tertekan….sikit la!

Jodoh itu rahsia Allah. Tentunya aku redha. Siapa mereka? Oh..seperti di pesan, aku tak boleh nak revealkan nama mereka di sini. Kalau korang tau, diam-diam sudah. Kalau tak tahu, abaikan saja.

Saturday, November 12, 2011

im not a good teacher..

!'m really not a good teacher.

Bkn jenis yang kesabaran tahap tinggi. Skang, kat ofis ni ada 2 new staff. Ok lah kan, tidak-tidaknya bolehlah diorang ni cover kerja kitaorg yang menggunung ni. But, the problem is, this 2 new staff ni kena ajar satu persatu. Katanya, before this pernah keje data entry, tapi, the basic things pasal excel pun tak tahu..waduh, mau giler aku macam ni. Dah lah banyak data yang aku kena buat semua dalam excel. tu blum lagi nak kena ajar POS and MYOB. yang sorang pulak, katanya pernah kerja jadi store keeper. Aku ingat pasal store & logistic tahulah kan. tapi, tak tahu juga. Tu belum lagi minta tolong untuk sediakan document untuk shipping. aduhai...

sudahnya, banyak kerja yang kami juga nak kena cover sebab belaka-belaka urgent. Kalau nak ajar diorng dulu, mau ambik masa jugak. tapi, sampai bila kan. mesti kena nak ajar diorang juga. cuma yang mnganginkan aku, diorang ni kadang-kadang tak berapa nak dengar kata. note pun malas nk tulis kadang-kadang tu, men ingat kat kepala otak. lepas tu, mulalah nak tanya macam-macam lagi. Bukan aku tak nak jawab, tapi, kalau asyik tanya benda yang sama berulang kali, angin juga. kadang-kadang tu, nak kena remind diorang banyak kali pe yang diorg kena & patut buat. dahlah aku ni jenis malas nak cakap banyak kali. dan kalau tak kena gaya, suara aku pun boleh jadi tinggi & sinis nadanya.

waaa..sesungguhnya aku memanglah tak sabar. sangat tertekan dapat asistant yang semua benda nak kena ajar even the simplest things. Dan diorang ni sesungguhnya sangat dependable, tak ada inisiatif nak belajar sendiri. Bukannya tak ada free time. kalau nak harap aku ajar everything, mana nak cari masa. aku pun banyak kerja juga. Diorang ni plak, kadang-kadang, benda yang nak kena confimation, tak ditanya pulak. ikut sedap kepala sendiri nak buat keputusan.. tapi, difikirkan positif, nama pun staff baru. Apa yang diorang kena buat semuanya benda baru bagi diorang. cuma, aku kena banyak bersabar lah dengan diorang ni. I'm realize, that im truly not a good teacher.....

Pulut Pasong @Aidiladha

Pernah dengar? Aku pun first time dengar. Rupanya sejenis makanan tradisi orang banjar. Oh ya! My Family actually keturunan banjar. Mak ayah orang banjar. Speaking pun klu sesame ‘kulaan’ memang banjar language laa. Cuma anak-anaknya je tak reti nak speaking. Faham tu bolehlah...klu tengok muka kitaorang pun, memang muka orang banjar, sebab belaka-belaka cerah cam Chinese tapi cerah kami, cerah orang banjar.

Oh, penyediaan nya sama je macam nak buat lemang. Cuma tak bakar je. Pulut tu kena kukus lepas balut dengan daun pisang. Rasanya pun sama macam lemang. Cuma bezanya tak de bau bakar. Tapi serius sedap. Ingatkan ni first time makan…rupanya, as my sister said, mak pernah je buat dulu, tapi aku dah lupa ingatan. Sudahnya, abang ipar aku yang mula-mulanya puaslah dok fikir macammana mak nak masak pulut tu sebab banyak juga daun pisang yang mak & abah ambil, siap duk melobi kakak aku suh masak macam ni kat rumahnya nanti. Maklumlah, family dia pun bukan jenis family yang buat lemang jugak. Klu ada pulut pasong ni kalau tak ada rendang tak sedap juga. Dan seterusnya, my mum buat rendang kerang & ayam. Silalah tengok gambar di bawah pada sesapa yang tak boleh imagine rupa dia macam mana…lupa plak nak snap pic rendang kerang & ayam. tak sempat kut, tau-tau je org2 lelaki blok aku dah sampai. Terus lari masuk dapur....
ni pic lepas dipotong..serius mcm lemang..
ni pic sblm dipotong..

Friday, November 11, 2011

The X File

Misteri di sebalik kehilangan tudung

waa...aku sangat takut sekarang. Satu malam, oleh kerana ampaian dah dieksport ke rumah baru pengantin baru,aku pun sidailah baju kat gril kat balkoni bawah. dan pagi esoknya, sebab takut hujan kalau di biar, sebelum aku pergi kerja, aku nak angkatlah kain tu. dan tetiba....

waaa...2 helai tudung aku sudah tak de. elok je hangernya tergantung. Nak kata jatuh, tak nampak pulak bayang2 tudung kat balkoni tu. takkan melayang sampai tembus gril umah pulak...huhu..ke ada orang kidnap.. serius, aku dah gabra. takut plak kalau betul dicuri dengan niat jahat. at last, daripada aku penat fikir benda yang aku memang tak tahu, aku tawakal je lah. moga-moga tudung yang hilang tu xde apa-apa. redha. Sehari berlalu, aku demam. aku tawakal juga, moga-moga demam aku ni tak de kena mengena dengan misteri tudung hilang tu. lagi pulak, badan aku ni memang imunisasi agak lemah. senang sangat nak demam. lagi-lagi dengan cuaca sekarang. kebetulan roomate aku pun demam, kwn ofis pun ada yang demam sampai MC 3 hari. so, aku positif je.

dan hari ni tetiba, Aisyah housemate aku masuk bilik dengan sebungkus plastik. Terus ditanya kenapa tudung aku ada kat luar. huhu...siap berbungkus dalam plastik. dia jumpa pagi tadi masa nak pergi kerja depan pintu. bila dibuka, 2 helai tudung tu memang dalam plastik tu, bau soflan aku pun ada lagi. bila aku tarik keluar tudung tu, nampak syiling 20 sen. waaaa...serius otak aku jam. tak boleh nak rungkai misteri sebaliknya. Sangat berharap tak de yang aniaya aku ke apa. Aisyah siap pesan suruh aku basuh semula tudung, baca selawat segala bagai. aku dah takut...dan ikut hati aku, tak nak dah pakai tudung ni. Dan sesungguhnya, aku doa sangat-sangat. tak de lah sesapa yang berniat tak baik pada aku. Insyaallah...Allah Bless.

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...