Friday, November 11, 2011

The X File

Misteri di sebalik kehilangan tudung

waa...aku sangat takut sekarang. Satu malam, oleh kerana ampaian dah dieksport ke rumah baru pengantin baru,aku pun sidailah baju kat gril kat balkoni bawah. dan pagi esoknya, sebab takut hujan kalau di biar, sebelum aku pergi kerja, aku nak angkatlah kain tu. dan tetiba....

waaa...2 helai tudung aku sudah tak de. elok je hangernya tergantung. Nak kata jatuh, tak nampak pulak bayang2 tudung kat balkoni tu. takkan melayang sampai tembus gril umah pulak...huhu..ke ada orang kidnap.. serius, aku dah gabra. takut plak kalau betul dicuri dengan niat jahat. at last, daripada aku penat fikir benda yang aku memang tak tahu, aku tawakal je lah. moga-moga tudung yang hilang tu xde apa-apa. redha. Sehari berlalu, aku demam. aku tawakal juga, moga-moga demam aku ni tak de kena mengena dengan misteri tudung hilang tu. lagi pulak, badan aku ni memang imunisasi agak lemah. senang sangat nak demam. lagi-lagi dengan cuaca sekarang. kebetulan roomate aku pun demam, kwn ofis pun ada yang demam sampai MC 3 hari. so, aku positif je.

dan hari ni tetiba, Aisyah housemate aku masuk bilik dengan sebungkus plastik. Terus ditanya kenapa tudung aku ada kat luar. huhu...siap berbungkus dalam plastik. dia jumpa pagi tadi masa nak pergi kerja depan pintu. bila dibuka, 2 helai tudung tu memang dalam plastik tu, bau soflan aku pun ada lagi. bila aku tarik keluar tudung tu, nampak syiling 20 sen. waaaa...serius otak aku jam. tak boleh nak rungkai misteri sebaliknya. Sangat berharap tak de yang aniaya aku ke apa. Aisyah siap pesan suruh aku basuh semula tudung, baca selawat segala bagai. aku dah takut...dan ikut hati aku, tak nak dah pakai tudung ni. Dan sesungguhnya, aku doa sangat-sangat. tak de lah sesapa yang berniat tak baik pada aku. Insyaallah...Allah Bless.

2 comments:

cik gha said...

mak takutnye...xyah pkai la dh tudung tu. buang je...risau gak kang ade manusia jahat yg jampi serapah tudung tu...

ShiLa said...

tau xpe...org zmn skang xleh wat men...tp, sgt syg tdg tuuee...

Blog Walking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...